Resepi Light Cheese Cake


*gambar dari atas * 


* gambar dari tepi * 

Assalamualaikum ;)

Hari tu hana balik rumah, nasib la menyempat nak buat kek cheese nie. permintaan dari "seseorang ". konon nya la mengidam nak makan kek cheese. di sebabkan baik hati plus comel, so hana buat la.. even masa tu bahan tak cukup sangat ;:) jadi di bawah nie hana nak kongsi ngan korang semua cara hana buat "LIGHT CHEESE CAKE ". sebenarnya dye lain taw ngan cara hana buat OREO CHEESE CAKE. tengok sni kalau korang nak buat >>  kek oreo cheese ;) 

Bahan-bahan

• 250g cream cheese
• 300 ml susu segar/ susu cair
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• 1 sudu kecil esen vanila/jus lemon

Cara-cara

1. Masukkan cream cheese, susu segar. Masukkan pula mentega/marjerin, Blend lagi sehingga kembang.

2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)


3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..

5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek

6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 1jam  (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)

7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.



p/s : hana panas kan oven pada suhu 170 c selama 10 min sebelum baking cake tu ;) lepas dah masak tu, korang biar cake tu sejuk dulu okay. jangan tergopoh gapah nak potong kek tu. nanti kek tu hancur ;) 


9 comments:

  1. mohon poskan sikit ke rumah saya ye..hahaha

    ReplyDelete
  2. Hiho..sedapnya... Mmg akk hntu kek cheese.. Terliur je tgk kek cheese.. Huhu...

    ReplyDelete
  3. pernah buat dulu, tapi tak jadi sangat.. rasa dia masa sikit.. hehe.. kena buat lagi :)

    ReplyDelete
  4. ya Allah, pengsan ena melihatnyaa... sedapnyaaaa.. decoration kek tu pun, menarik hati ena... ambil resepinya ye

    ReplyDelete
  5. seedappnnyaaa .. >>.<<

    ReplyDelete
  6. follow lah sini.. http://boboyzahri.blogspot.com/2013/05/siapa-aku.html.. atau sini untuk makanan..http://fazleyzahri.blogspot.com.. :)

    ReplyDelete
  7. sedapnye kek dye . tahniah dreview . leyla follow sini :))

    ReplyDelete

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^