Modem Korang Okay x?

Assalamualaikum 




Stress betul la kalau modem kt umah nie tiba2 dia buat hal. rasa nak gigit2 je lappy kalau jadi cam tu. 

masalah lembap tu tak boley kira lagi tu. kalau seorang user takpe lagi. nie kalau dah tahap boleh bukak cc kt rumah nie apa citer ? lagi la lambat. dengan adik-adik yang suka main game online. sorang download cerita. sorang lagi pulak suka tengok youtube . aishhh! boleh nak lastik tak kepala sorang-sorang ?? 
yang sekarang nie hana pakai streamyx lagi. tapi cam tu la. servis kadang-kadang tak memuaskan. ada sekali tu, modem rumah kena panah petir. dekat 2 minggu jugak la hana tak on internet. nasib la ada BB kesayanganku. boleh jugak update hal-hal terkini kan. 
lapor punya lapor tak datang jugak rumah baiki . tensiii guaa! last-last ayah call yang ke 4 kali baru la dya datang rumah. apa susah la kan. kita yang bayar perkhidmatan dya kan. bukan FREE  OKAY ? 

Pastu survey la nie pelan mana yang lebih bagus. ramai orang cakap UNIFI bagus. tapi kan. kat terengganu nie susah siket nak dapat coverage dia nie. pastu dengar pulak orang cakap P1 okay. try usha. nie la apa yang hana dapat :) 


nie yang dia bagi kat kita. cam menarik ??




nie orang yang biasa-biasa je guna 




nie yang sederhana penggunaannya 




nie la yang paling heavy :) HAHA. 


kalo korang nak survey jugak. boley ke INTERNET LAJU DI RUMAH 

Jom Tonton Online Adnan Sempit 3

Assalamualaikum :) 


Korang dah tenguk belum nie ?? memang best betul . nak terkeluar air mata nie sebab kelakar gila. memang rugi kalau korang tak tengok taw :) so hana nak share link kt korang. link nie setakat nie tak pernah menghampakan lagi la setakat nie :) 

SINOPSIS : 

Kisah penuh ranjau antara pasangan Adnan ( Shaheizy Sam ) dan Nadia ( Intan Ladyana ) juga Bobby ( Along Raja Lawak ) dan Wawa ( Yana Samsudin ) akhirnya bertemu jalan indah, apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing – masing . Pelbagai persediaan yang telah mereka lakukan untuk menjadikan malam pertama mereka berjalan dengan lancar , bermacam – macam cara dan petua yang digunakan oleh mereka sehingga menimbulkan kelucuan.

Masalah mulai berlaku apabila Nadia dan Wawa bersama – sama didapati mengandung. Sehubungan itu, Adnan turut mengalami alahan yang teruk akibat kehamilan isterinbya. Sementara itu , Bobby pula menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos isterinya bersalin . Nadia asyik moody dan baran sepanjang tempoh ianya mengandung juga menjejaskan hubungannya dengan Adnan yang merasakan dirinya terpinggir.

Masalah mula bertambah besar apabila Adnan dihantar ke Melaka bagi pihak bapa mertuanya , untuk menguruskan kerja – kerja pra-pelaburan yang berkaitan dengan pengeluaran mee segera ( Mamee ) bapa mertuanya, Dato’ Ithnin ( Dato’ Tarmimi Siregar ) dengan sebuah kilang . Kilang yang sama , Adnan telah berkenalan dengan Zita ( Shima Anuar ) seorang gadis yang mempunyai minat yang sama dalam sukan permotoran. Adnan dan Zita banyak meluangkan masa bersama sehingga menjadikan hubungan Adnan dan Nadia renggang 

Nasib malang yang sama juga menimpa Bobby , apabila dia terpaksa menginkari janjinya pada Wawa dan melibatkan diri dalam perlumbaan haram untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan isterinya. Apabila perbuatan  itu telah diketahui Wawa, wanita itu turuy memberikan kata putus untuk berpisah dengannya. 


BAGI yang menonton KL GANGTERS 2 pulak korang boleh pergi ke link nie .




Siapa yang tengah mencari SPONSOR?

Assalamualaikum :) 



Nak bagi tahu pendek je nie :) nak tanya sesiapa atau blogger mana yang sedang mencari sponsor sekarang boley la contact hana :) 

sebab hana sekarang tengah murah hati sekarang nak bagi hadiah, happy sebab si dia dah sampai kat YAMAN :) alhamdulillah dia keadaan baik-baik sahaja :) bersyukur sangat .hadiah yang hana nak kasi tu tak banyak pun. 

tapi boley la sponsor 5 HADIAH untuk pemenang GA korang tu :) 
hana nak bagi barangan pos okay. bukan topup ke barang blog :) 
yang pasti hadiah nya sangat best dan pasti orang akan berpuas hati. sesiapa yang berminat boley la KOMEN KAT BAWAH @ PM FB hana :) 

FB hana ada di sidebar blog sahaja. tekan aje kat situ okay :) simple as ABC . :) 

xoxo :) sekian sahaja :) 

Mati Tidak Mengenal Usia

Assalamualaikum. 


Alhamdulillah. Allah masih bagi kita nyawa untuk kita teruskan kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. tapi alangkah duka nya keluarga arwah kerana telah kehilangan anak kandung lelaki yang menjadi harapan keluarga. Mungkin ramai yang tidak kenal dengan beliau. tetapi hana sungguh tidak menyangka bahawa beliau nie merupakan anak seorang kawan ayah hana sendiri. terkejut apabila ayah mengatakan kepada ku " along, anak kawan ayah, pok azahari telah meninggal masa nak g sekayu. baru 2 hari balik dari Mesir. " innalillahiwainnailahirajiun. takziah kepada keluarga arwah. 

Sebenarnya keluarga arwah nie sangat rapat dengan ayah hana. kerana ayah dia pun bekerja di petronas, Kerteh jugak. sedikit sebanyak keluarga hana mengenali keluarga arwah. adik perempuannya kawan hana. rumah nya pun berdekatan dengan rumah hana di Dungun. 

Sedikit sebanyak tentang nya. Subhanallah ! hebat nya beliau ~ boleh baca tentangnya : 

Meninggal akibat kemalangan jalanraya di Ajil, Kuala Berang, Terengganu pagi tadi 28/8/2013. Katanya dalam perjalanan ke Air Terjun Sekayu.

Beliau sekarang Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams. Pelajar Perubatan Tahun 5, Universiti Ain Shams, Mesir. Sebelum dilantik jadi Pengerusi dulu, beliau sempat contact saya untuk tanyakan pendapat. Memandangkan beliau seorang yang fokus kepada pelajaran. Akhirnya beliau terima jawatan tersebut. Katanya, bila lagi mahu berkhidmat kepada orang lain. Hidup biar bermanfaat.

Dulu time sekolah, kami tinggal di asrama. Beliau waktu petang selalu berjumpa mak dan ayah beliau di depan pintu pagar sekolah semata-mata ingin bertanya tentang pelajaran. Kerana mereka juga cikgu. 

Beliau juga pernah tegur saya dan rakan-rakan, agar jangan panggil namanya dengn panggilan 'Loh" sebabnya tidak membawa apa-apa maksud. Maka, dia minta untuk panggil namanya dengan Abdullah.

Beliau baru sahaja pulang ke Malaysia 2 hari lepas. Terakhir saya chat dengan beliau semalam (27/8/2013). Bertanya khabar dan tanya samaada beliau sudah berada di Malaysia atau masih lagi di Mesir.

Seorang yang hafiz Al-Quran dan menjaga hafalannya. Seorang yang ceria dan suka berjenaka. Semoga engkau tenang di sana sahabat. Semoga Al-Quran yang sentiasa engkau bawa dan jaga itu menjadi peneman dan syafaat buatmu di alam sana.

Mati tidak mengenal usia. Mati tidak kenal tempat dan ketika. 1990-2013. Baru berusia 23 tahun. Allah sudah menjemputmu. Sungguh, terasa kehilangan dan pemergianmu. 

Sama-sama doakan buat arwah.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه



Semoga roh arwah tenang di sana dan bersama orang-orang yang soleh. Ameen. 

Sedih bila ayah cakap kat hana yang ayah dia mengatakan bahawa " TAK SANGKA DIA PERGI DAHULU. INGAT KAN DIA BOLEH BACAKAN YASIN UNTUK NYA DAHULU SEBALIKNYA AYAH YANG BACA UNTUK MU ANAK" :'( 

sumber : SINI 

Tips Menjaga Buah Pinggang ( Kidney )



TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG 


** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakkan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.



p/s : Mencegah adalah lebih baik dari merawat..


Makna Simbol 4 Jari

Assalamualaikum :)


Sekarang dah hari Raya yang ke 10 kan? selama itu jugak la tak henti-henti makan. ye la kan open house merata-rata. tak pergi kan rugi pulak :) HEHE. TAPII ! di sebalik kita raya sakan kat Malaysia nie masih ada yang gugur syahir di bumi anbia'. sedih rasa nya. tapi ku tak mampu untuk menjadi para mujahidah disana. hanya mampu kirim kan doa untuk mesir, syria. sejak minggu nie jugak ramai yang buat DP FB diorang gambar colour kuning dan jugak gambar 4 jari tu kan? tak tahu ? yang nie la . 




Tapi masih ramai yang tak tahu apakah makna sebenar di sebalik 4 jari nie :) hari nie hana akan kongsikan bersama korang apakah maksud nye. yang nie hana search kat google je . jumpa la . tapi ilmu Allah haruslah dikongsi bukan?  jom kita tengok :) 





1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah. 

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.



Sekarang dah tahu kan, so lepas nie tak payah la tertanya-tanya lagi kan? hana ingat lepas nie blog nie akan terus update pasal isu di mesir dan jugak syiria : ) at least korang baca dan ambil cakna. jangan terlampau mewah di malaysia nie . 


Maafkanku Mesir,

Aku tidak mampu untuk sampai ke Dataran Raba’ahmu,

Aku tidak dapat berjihad bersama anak watanmu,

Aku tidak berpeluang mengangkat senjata bersama pejuangmu.
Maafkanku Mesir,
Hanya ini yang aku mampu,
Berkumpul berhimpun berdoa untukmu,
Bersama denyut nadi jihadmu kami bersatu,
Darahmu darah kami,
Maruahmu maruah kami,
Kehormatanmu kehormatan kami.
Kami berdoa untukmu,
Hanya doa yang mampu kuutuskan untukmu.
Maafkanku Mesir….


p/s : jom sama-sama tukar dp kita tanda sokongan kita pada mesir. Bawah nie hana share kan sedikit gambar. mana tahu ada yang korang berminat. jom jugak sama-sama doa yang peperangan ini akan berakhir. dah tak sanggup nak tengok pertumpahan darah yang tak berdosa. ALLAH. ALLAH. ALLAH :'(  











Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum :) 



Sekarang tinggal lagi 1 hari lagi kan nak Raya ! horayyyyy ! tapi hana rasa kan ramadhan tahun nie rasa cam sekejap je kan. tak tahu la korang rasa cam ne kan . betul la orang cakap kalao dulu depan mata tak nak hargai. bila dia dah berlalu pergi mula la nak cari kan? 

Raya nie cukup sederhana je persiapan hana dan jugak family ;) well our theme for this year is ORANGE ~ yeayyhh. orange la orang cakap semangat siket kan . siapa setuju ? yang tak setuju tu tak masuk geng la kita. pergi men jauh-jauh . HAHA. rasanya siket je yang hana nak cakap untuk entry kali nie. sebab hana nak pergi selesaikan order dari customer pulak. busy je memanjang. :) pastu nak buat kuih raya siket lagi. entah la. tahun nie kan rasa semangat gila nak buat kuih raya sendiri :) mungkin kerana banyak masa terluang. ye la. cuti sem 3 bulan woooo.. tak de keje nak buat, so hana berbusiness la kita nie :) ambil peluang ye kawan-kawan. jangan bazirkan masa mu itu :) 

Oh ye. sebelum hana terlupa hana nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. tulus ikhlas dari hati dan limpa ku ini :) semoga raya kali nie lebih bermakna buat kita. budak-budak ! PLEASEEEE ye. jangan main mercun. yang nak main sangat tu main mercun bawang tu jee. yang sekali lempar tu bunyi cam kentuttt dalam kain tu okay ~ tapi hana tahun nie rasa nak mai n mercun "bola @ ketupat " je. HAHAHA. hana takpe okay. dah 20 tahun. besarrrr la sangat kan ?? kepada yang memandu tu sila bawak kereta berhati-hati. kalau mengantuk, boleh la berhenti kat stesen minyak dahulu. tak payah nak . terburu-buru kan nanti raya kemana, kamu tu kemana okay semua ? tak pun suruh je pasangan anda tu picit2 siket kat bahu kot-kot lenguh kan . TAPPIIII INGAT !tawaran nie hanya sah untuk orang yang dah BERKAHWIN @ SAMA JENIS sahaja :) 




Jemput datang rumah hana okay pada raya ke 5 nie :) ada buat makan-makan siket. takde la grand cm kt hotel tu , tapi boley la korang nak makan kenyangkan perut tu. okayy :) duit raya takddeeeee ek. dah besar kan . jangan nak mintak-mintak lak. kan tak pasal-pasal bagi pelempang nyior satu karang ~ bai :) 




p/s : baju raya korang tahun nie colour apa n beraya kat mana ? 


klik sini  :                     

Nak Let Go Baju Cantik !

Assalamualaikum. 


Rasanya dah lama kan tak update blog ? tak tahu la kenapa tapi sejak akhir-akhir nie mood nak blogging masih tiada. apakah sudah terjadi padaku ini ? idea banyak je nak tulis tapi masa sekarang nie pun takde sangat. sibuk dengan tempahan kuih raya sekarang nie. barang tak post lagi. tu yang busy sangat. sampai kan blog pun berhabuk ;) 

Sebenarnya hana nak letgo baju kesayangan hana nie. baju nie hana ada pakai sekali je. ada yang tak pernah pakai langsung. okay. LANGSUNG . tak pakai sebab apa? mula tu nampak cantik pakai kat badan, pastu disebabkan asyik duduk kat rumah je buat lemak, baju nie jadi lah tak muat. so hana mencari SERIUS BUYER only ! dont play-play with me okay ;) 

Apa kata korang tengok -tengok dulu mana tahu ada yang berkenan di mata kan ? 




*COLOUR:  LIGHT PINK
SAIZ: MUAT SAMPAI SAIZ 38. (M)
MATERIAL: COTTON 
GUNA: 1X
HARGA: RM 20 INCLUDE POSTAGE




RESERVED 






*COLOUR: SWEET CREAM
SAIZ: FREE SAIZ
MATERIAL: COTTON
GUNA:  --
HARGA: RM 25 INCLUDE POSTAGE



P/S : BELI 2 HELAI BLOUSE RM 50 FREE POSTAGE 



BERMINAT :    Please PM me at FB ---->>> DHYEA HANA 
WeChat iD : Hannaawesome


Giveaway Rekaan Sendiri By Eymasu





Top referrel

1 set bantal couple rekaan sendiri
10 biji brooch rekaan sendiri


Random

keychain nama 2 pemenang -Alyaa
Shiseido Black Mask 2 pemenang-Cik Hawa
review blog untuk 3 pemenang-Arrien
3 brooch 3 pemenang-Najihah
Brooch 2 pemenang -Nur Izzatie
Edit blog  2 pemenang-Nur Izzatie
kad raya seorang-Nur Izzatie
3 header 3 pemenang-Nasya
2 edit blog 2 pemenang-Nasya
2 brooch 2 pemenang-Syeeda
15 bloglist 15 pemenang-Areena
3 org pemenang buku nota kecik -areena


Tamat 

31 Ogos 2013



Review : Hadiah dari Blogger IntanBerlian

Assalamualaikum


Muka belas kasihan daripada kucing putih nie. akak yang cantik. maaf hana lambat update. sebenarnya hana dapat dah hadiah tu semalam. iaitu hari ke 7 puasa ;) akak cakap akak post hari 1 puasa kan? mungkin posmen x larat nk hantar cepat- cepat. HEHE ;) btw, hadiah kerongsang yang akak kasi kat hana tu sangat la cantik ;) padan dengan tudung hana nak buat raya :) Tudung hana colour PINK pastu di padan kan pulak dengan brooch akak yang colourful tu memang sangat la secocok. Hana suka sangat akak ;) 

Terima kasih daun keladi, lain kali bagi lagi ;) HEHE.. kalau korang nak tahu , hana dapat hadiah tu daripada entry sini >> http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2013/06/siapakah-yang-dapat-printscreen-angka-1.html
tapi apakah punya EXCITED TAHAP PANDA hana nie, tak sempat sampai SEJUTA dah berlumba nie printscreen ;) bila tengok balik . EHHH ! Aku princscreen no 100000 bukannye 10000000. HAHA. semangat tunggu depan laptop nie. takut terlepas nye no tu kat orang lain. last-last hantar email pastu akak tu cakap , tak cukup satu lgi 0 . makkkk aiiii ~ malu nyee muka nie * sila tampar muka laju-laju

Tapi yang paling tak boleh blah ialah rupanya bukan hana sorang je senasib cam tu, orang lain pun sama. tapi disebabkan akak nie menghargai masaku yang duduk depan laptop nie, dye bagi jugak ;) nie sayang akak lebih nie taw ;) nie lah hadiahnyaa ~ 


cantik kan? 

Bagi sesiapa yang belum follow blog akak cantik nie boleh la pergi serbu blog dye sekarang ~ 




P/S : Rugi kalau korang tak follow sebab nya akak nie suka buat GA taw. biasa dia bagi cam tu je hadiah, tak payah nak follow atau like banyak-banyak. setakat nie hana dah menang 3 hadiah dari blog akak nie taw ;) thanksss sangat-sangat akak cantik ! 


REVIEW : Sarung Laptiop yang kawaiii :) MURAHHH !

ASSALAMUALAIKUM :) 



Korang, hana nak review pasal barang yang hana tempah hari tu ;) sarung laptop nie taw. sangat awesomee ! serius hana cakap. bukan yang siket-siket tercabut benang ke apa taw ;) nie yang memang tahan lasak punya. sebab apa ? sebab tukang jahit dye memang seorang yang sangat teliti okay. puas hati la kalau korang beli ngn dia pun. tak rugi. dia kait kemas, dah la guna benang kait yang BERMUTU TINGGI. susah nak dapat taw ;) padan la dengan harga dye ;) bagi hana dah berpatutan :) sebab bukan senang nak kait bunga-bunga cintann tu kan ? 

Macam-macam pattern korang boley request. nak yang bebutang ? atau pun berzip ? ataupun yang open cm tu je ? semua ada bak hang !





Selain daripada sarung laptop nie akak yang baik hati nie jugak menjual beg tangan yang di perbuat daripada benang kait. cantik giloss u all ;) kalau tak percaya meh hana nak tunjukk ;) 


cantikk kan ? selain daripada tu jugak, korang boleh hadiah kan kepada baby yang comel lagi kiut tu barang yang custome made nie taw :) tapi ingat kena ukur betul-betul la kepada dan kaki baby tu,, memang menawan ;) lebih-lebih lagi kalau baby yang pakai kan ? tak gitu ? 



* sengaja ambik kaler merah sebab merah itu cinta * haha ;) 

Bagi yang rasa was-was tu nak beli ke tak ? hana dah cari bukti untuk korang . supaya korang lebih senang hati untuk membeli nie :) page untuk jualan nie ada no pendaftaran taw ;) nie no nye :) No.Pendaftaran SSM : CA0189596-D

okay . kalau korang nak pergi usha produk apa yang akak cantik nie jual, korang boley jenguk ke fan page beliau okay :) happy shopping ! 

Sebelum tu nak tunjuk yang hana punya ;) HEHE. my favourite colour ;) 


*siap ada freegift taw *


p/s : korang ley pergi usha page dye nie :) 




Giveaway Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


tarikh tutup 30. 7 ;) 

HADIAH NYEE :) 

(1) Sheila Eiman 
  • 2 buah buku (untuk 2 orang pemenang )
(2) Nur Nabilah 
  • Topup RM5/Seorang/maxis/celcom
(3) Nabilah Hamzah
  • Sehelai Tshirt daripada album [INI] (Seorang pemenang )
  • 2 Button Badge (2 pemenang )
  • Buku tips menjadi pelajar ipt cemerlang hasil tulisan Dato' Dr Fadzilah Kamsah (seorang pemenang)
  • Sepasang handsock ( seorang pemenang )
(4) Azwar Syuhada 
  • Topup RM5/Seorang
(5) Budak Kampung
  • 2 helai tudung plain (2 pemenang ) 
(6) Norvanida
  • 2 helai pashmina (2 pemenang)
(7) Iryani Amirah 
  • Topup RM5/Seorang
(8) Farhana 
  • Buku 101 doa mujarab 
  • Buku doa dan penawar
(9) Nna
  • Topup RM5/Seorang


I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com




CARA MENYERTAI :
  1. Buat entry yang bertajuk : I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com
  2. Tepek banner pink di atas. Tak kisah lah nak tepek besar-besar atau kecik-kecik. Asal nampak.
  3. Follow dan like semua sponsor hadiah giveaway. KLIK SINI : Senarai Hadiah GIVEAWAY
  4. Back link ke entry ini semula. Atau dalam erti kata lain letak je link entry giveaway ni dalam entry.
  5. Submit link entry anda di ruangan komen di bawah. PERMALINK okay ! Maknanya link untuk entry tu sahaja. Jangan submit link blog sahaja, rajin lak aku nak check entry korang satu-satu kan? Memang tak dilayan ar kalau buat macam ni.

Mana Satu pilihan Anda ?

Assalamualaikum . 

kawan-kawan. sila pilih yang mana yang anda suka ye ;) 

mana tahu korang ade rezeki korang tersendiri tu kan ?

SILA TEKAN UNTUK MELIHAT KEJUTAN ;) 

































Segmen Jom Pilih Hadiah Raya



Segmen ini dianjur oleh Nabila Biela dan ditaja oleh IesyahShadhira, NazirahDr AisyahHasrul HassanEjulzCik WanieLinteddy DesignTiey SmilezKyra Hizrina , Miszz NadeaNor FarhanahNFH Boutiques , Insyirah Collection, Cap Ayam BrandShawls To LoveNur Be'lla CollectionHandmade Bag,De Nasuha TeamHijab Pilihan dan jom ping entry di Pingje.org.




Tamat 24/7/2013 *10 hari sahaja*


SENARAI HADIAH
DRESS (SORANG)
KUIH RAYA ( 8 0RANG)
TSHIRT ( DUA ORANG)
MINYAK WANGI ( 3 ORANG)
BEDAK TANAKA ( DUA ORANG)
SHAWL ( 4 ORANG )
TUDUNG BAWAL ( 4 ORANG) 
BEG ( 3 ORANG) 
SKIRT STLISTA ( SORANG)
BB PLUS COLLAGEN DRINK (SORANG)
BB CREAM COZUMA (SORANG)
PANTILLINER HERB ( SORANG )
KEYCHAIN ( DUA ORANG )
DUIT RAYA ( 3 ORANG)
KAD RAYA ( 23 ORANG )
100 KEPING SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVE DESIGN (10 ORANG)


hana nak dress dan jugak beg ;)