Showing posts with label kek oreo cheese senang. Show all posts
Showing posts with label kek oreo cheese senang. Show all posts

Resepi Light Cheese Cake


*gambar dari atas * 


* gambar dari tepi * 

Assalamualaikum ;)

Hari tu hana balik rumah, nasib la menyempat nak buat kek cheese nie. permintaan dari "seseorang ". konon nya la mengidam nak makan kek cheese. di sebabkan baik hati plus comel, so hana buat la.. even masa tu bahan tak cukup sangat ;:) jadi di bawah nie hana nak kongsi ngan korang semua cara hana buat "LIGHT CHEESE CAKE ". sebenarnya dye lain taw ngan cara hana buat OREO CHEESE CAKE. tengok sni kalau korang nak buat >>  kek oreo cheese ;) 

Bahan-bahan

• 250g cream cheese
• 300 ml susu segar/ susu cair
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• 1 sudu kecil esen vanila/jus lemon

Cara-cara

1. Masukkan cream cheese, susu segar. Masukkan pula mentega/marjerin, Blend lagi sehingga kembang.

2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)


3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..

5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek

6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 1jam  (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)

7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.



p/s : hana panas kan oven pada suhu 170 c selama 10 min sebelum baking cake tu ;) lepas dah masak tu, korang biar cake tu sejuk dulu okay. jangan tergopoh gapah nak potong kek tu. nanti kek tu hancur ;) 


Resepi Oreo Cheesecake


terliur tak ? HAHAA. 

nampak kan hana post apa tu ? well .nie la oreo cheesecake . yang kaler hitam tu oreo . kawan hana ada mintak resepi, so sharing is caring . jom share ;) 

sangat senang . barang pun sangat la mudah okay . 
so apa tunggu lagi ? jom kita intai resepi nya ;) 

RESEPI OREO CHEESECAKE :) 

  • 2 bungkus oreo yang telah di buang cream nya * Pecahkan biskut menjadi kepingan kecil, hana blander je, lebih sedap dan senang nak letak dalam loyang *
  • 1/3 butter di cairkan terlebih dahulu . lepas dah cair tu, masukkan dan gaul sebati bersama oreo yang telah di blend tu okay :) 


Bahan untuk di blend -:)

  • 250 g cream cheese
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 limau kasturi * kalau tak letak pun takpe , jangan susahkan diri anda * 
  • 2 biji telur
  • 1/2 esen vanilla

* hana guna cawan yang nie * 

* creamy cheese yang 250 gm * senang tak payah sukat dah ;) 

blend semua bahan di atas dan letak dalam loyang .hentakkan loyang untuk keluarkan angin.
Baked 1 jam pada suhu 160 C atau sehingga cake itu masak



p/s : kalau nak tahu dia masak ke tak, ambil lidi sate tu, cucuk sedikit . kalau masih ada cairan cake tu maknanya cake anda tidak masak lagi okay :) 

bila dah siap baking, sejukkan dahulu pastu baru letak dalam fridge. nak makan baru letak toping okay :) 

toping tu ikut kreativiti anda sendiri . tapi hana letak blueberry toping + hirisan badam + kacang . 
kalau anda nak letak chocolate chip pun boleh. suka hati okay :) 

**** bagi yang nak kukus pulak, boley je. kukus selama 45 min sampai la kek itu masak okay ** 
nak senang , bakar je . microwave kan ada . USE IT.