:: Da Nampak Dah kat Situ ::

apa khabar semua ? 
hari nie, hana dah lepas dah satu paper bi, 
masyaallah~ ade lagi 5 paper lagi, FINAL EXAM la katakan.. 
time study week, tak nak stdy, HAHA. skrg baru nak tergopoh gapah~ 

takpe la hana, nasi dah jadi bubur kan, bubur pun boley makan lagi, sedap apa kalau makan dengan ikan bilis goreng~ kan ? kan ? 

okay la, lari dari tajuk pulak kan~ cm nie, tadi masa hana blok walking td, ternampak la satu blog nie yang ade tutorial nk buat top commentor tu, ala.. yang boley nampak bpe ratus org yang komen blog kita tu.. 

pastu hana pun test la~ menjadi ! alhamdulillah.. 
baru hana perasaan yang selama nie siapa yang rajin komen entry hana.. 

tapi yang hana terharu sangat ialah bro BONI KACHAK  nie taw~ selalu je komen entry hana~ hana rasa terharu gila.. HEHE. bro, sila kembang kan hidung anda yerk, kerana hana nk puji nie.. 
actually nak cakap kenal sgt dengan bro tu takde la, tp bro nie rajin benor komen entry org2 lain. atau memang hobi dye kowt. 
hana selalu la jugak tgk blog dye nie.. kemas je.. takde widget yang serabut-serabut sangat. actually dia nie seorang blogger ala - ala RETISSS  gitu.. selalu je hang out dengan blogger2 feymes~ hana nie bila la lagi kan ? maybe suatu hari nanti, akan jadi blogger yang famous jugak.. ** berangan lebih nie ** 

kalo korang nak jenguk, boley la ke link nie , 

http://www.bonikacak.com/
thanksss bro~ <3 

lagi satu pengumuman hana nak buat, kali nie hana akan tengok, blogger mana yang paling banyak komen, akan dapat hadiah dari hana, sebagai penghargaan terhadap beliau .. 



HADIAH NYA ?? 
well.. mana boleh cakap kan.. tapi jangan la expect hana nie anak DATO SYAHBANDAR  pulak, nak kasi i-pad sorang satu kan ~ 
so rajin-rajin la komen yerk~ trimas.. 

:: Siapa nak REMBAT hp rebat rm200 ? ::

okay la. tanpa buang masa lagi, hana nak cerita pasal hp nie .
ye la. siapa yang tak nak telefon baru kan? dengar cerita nie semua hp android je~ ala.. yang samsung tu memang ada la kan..

hana pun nak, tapi fikir balik. UMUR tak cukup.. syarat dia mestilah yang berumur  21 ketas :) memang tak la. hana baru je 19 tahun . :( sedih nye. tapi tak kesah la. boleh je kan suruh orang lain yang belikan ? HEHE. siapa yang nak tolong hana?

okay la. bagi sesiapa yang belikan tu pastikan anda mendaftar dengan 

http://nbi.skmm.gov.my 

taw ;) bukan senang-senang je nak dapat? HAHAHA. ( ketawa jahat) . 





dan peluang nie hanya lah terbuka pada rakyat malaysia seramai 1.5 juta je ;) siapa cepat dia dapat lak kan ~ so apa lagi, siapa nak boleh la berdaftar dengan link di atas pada SELASA  depan okay~ 



nie la antaranya telefon yang menjadi taruhan~ 






:: Unisza BANJIR. bukan luar biasa.


selamat malam semua. dah lama hana tak update blog. 
sangat busy sekarang nie. sebenarnya banyak cerita nak di habaq kt kome nie, tapi SABAR. jangan tergopoh gapah okay ? 

kali nie memang teruk la u hana kena, BANJIR TERUK. mungkin dah tahap merah dah nie. sampai kan kenderaan tak boley masuk, kerana menurut housmate hana, air dah paras lutut dah, bayangkan la cam ne.. memang gila lah ! tapi nak salahkan siapa kan? 
budak-budak nie cakap saliran paip longkang tak baik, sebab tu air ley bertakung macam tu.. 
tapi kita siapa kan nak lawan kuasa ALLAH ? sesungguh nya ALLAH maha mengetahui daripada kalian semua. 

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Surah Al-Mulk Ayat 19.

masalahnye sekarang, macam mana hana nak balik unisza esk? memang terengganu nie kalau bulan 12 memang bulan dia la. musim tengkujuh.. siapa yang datang melancong kt TERENGGANU, KUANTAN,KELANTAN.. lupakan sahaja nat korang okay . 
karang tak pasal, kena pikul barang ats belakang tu.. 
hana berharap dan berdoa sangat yang esk jangan hujan kt terengganu, kalo tak parah la hana nak kena jadi mangsa banjir. malu beb ;) lagi satu kena sedia kasut but awal-awal nie . 
tak boley nak pakai heel cket ;) kacau line betol la. 

okay la. sampai di situ sahaja entry hana kali nie. lepas nie hana akan update percutian hana ke melaka pulak ~ best siottt kowt ;) hehee.. orang MELAKA sila bangga :) banyak nak cerita nie, nak komen pun banyak gak~ <3 ilovemelaka <3


** nie la gambaran blok kediaman hana yang sedang menanti masa untuk tenggelam ** 


** tengok, hanya kereta yang hebakk2 cm nie je boley lalu **



:: Sekarang jadi Peniaga pula ::


apa khabar korang? korang . nak ty, dah rasa belum durian crepe yang orang selalu duk ceritaa- cerita naa~ meh sini cek nak habaq mai.. cek pun sebenarnya peniaga durian crepe~ 
kat terengganu nie memang laku makanan kuning tu . siyes tak tipu . mungkin kerana kt sini penduduk dia minat makan durian kan ?? who knows . HEHE . 

sebenarnya hana nak bukak tempahan sekarang . bagi yang duduk area kuala terengganu boley lah tempah crepe tu dengan hana . hana konpem korang akan berpuas hati dengan crepe tersebut . 

tapi sebelum hana cerita panjang pasal crepe tu, hana nak promote tudung bawal ~ bagi perempuan dan gegirl kt luar sana yang mencari koleksi tudung bawal yang murah-murah boley la datang tengok okay . nanti hana akan uplod kan semua gambar tudung bawal tu . 
antranya ialah tudung bawal rose, matahari, tudung padle pop,  tudung 2 tone , 3 tone pun ada . 
yang crown pun ade kowt . tengok stok la :) jualan sangat memberansangkan la ~ ye la.  siapa tak nak barang murah tapi berkualiti kan ? nanti kan kemunculan tudung bawal tu yerk~ 

sementara nie jum la tengok crepe :) HEHE. mcm-mcm jenis crepe ada , DURIAN, STRAWBERRY , MANGO.  korang just pilih je . kitaorg akan hantar  ;) 



:: Tolong Hana sekali jerk~ ::


okay fine~ comell gila kan kucing nie .. 
tu la yang hana sedang lakukan sekarang nie. 
nak mintak tolong korang yang comel, budiman lagi sweet 
tolong like fan page hana~ hana wt page tu sebab senang nanti hana nak post pape, 
selain dari tu start tahun 2013, hana nak buat business . jadi senang kalo korang nak tgk kan . 
kan sekarang semua pakai facebook je . 
jadi manfaat kan laj peluang tu .. 
nie link fb fan page hana~ tolong like yerk . 
bagi sesiapa yang nk suh hana like jugak page dye, sila tinggalkan link di petak komen yerk sayang~ 


Gergous Giveaway By Nurul Ezatee


nak comment yerk?? 

>> nie bagi kak hana la.. 
kak rasa blog adik dah cantik lagi gorgeous. . sila bangga yerk~ 
tapi masalah nya. ada satu la yang akk kuarang berkenan.. 
adik punya hover tu cm serabut siket. maaf . tapi kalo adik tak letak hover pun dah cukup awesome! siyes. 
yang cam kt header adik tu.. tak pyh letak pun takpe sayang . yang lain- lain pulak . PERFECTO! 
cantik . pink gitu . i loikeee~ weeee.. tu je la kowt apa yang kak hana tgk dan berkenan di hati~ 
kalau ada salah silap, mohon di maafkan ~ sekian dahulu adik manis~ 



:: 3 HARI 2 NAFAS ::




"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI":

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

"HIDUP KITA CUMA ADA 2 NAFAS":

Nafas Naik. Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dancarilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersamanyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

"HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN" :

Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
Kekal di dalam neraka.Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikandan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itudan puncaknya adalah SOLAT ...
Amat sukar untuk dipercayaibagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.
Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t. 


Ayat Pengasih- Bolehkah?


selamat petang to all bloggers! 
hari nie cuaca di terengganu sungguh mendung. mungkin nikmat ALLAH akan turun membasahi bumi nanti. alhamdulillah.. 

tadi hana jumpa kawan hana.. dah lama tak jumpa kowt. RINDU! 
sambil-sambil borak-borak kan, kawan hana yang sorg tu tanya kat hana 
"mcm mana nak suruh orang yang kita sayang , syg balik kt kita? " 
aikkk =='. nampak tak permainan dia tu? HAHA. tak boley blah kan punya soklan.. dia ingat hana nie budak fakulti agama ke ape? 
hana fakulti computer la mak cik! silap orang betol tanya soalan.. tapi apa yang hana boley cakap kt sini ialah kita tak perlu nak taruh harapan kt org yang hanya anggap kita sebagai kawan.. 
cari je orang lain. macam dah takde orang lain je kt dunia nie.. tapi jawab dia.. apabila hati dah sayang, semua orang hanya nampak muka dia je . WHAT THEEEE.. lawak btol.. 
nampak gayanya memang cam nie la gaya orang yang jatuh cinta kan? pelik . pelikk. pelikk.. 

nie belum sampai kemuncaknya lagi tau. nak tahu apa yang memeranjatkan lagi?? 
dia boley tanya ada tak ayat pengasih? weyh.. yang nie la bahaya taw.. sangat bahaya.. 
kalau guna ayat al quran bagus la.. tapi kalau guna jampi yang entah pape cam ne? boley jadi khurafat tahu ~ 

dulu nenek hana pernah ajar hana, tapi hana tak amalkan pun. dia cakap ayat nie untuk orang supaya org yg benci kita boley jadi sayang kt kita, yang nak marah, tak jadi marah,. sebenarnya banyak lagi. tapi yang hana ingat hanya lah~ 
  • surah yusuf . 
  • surah ar -rahman
  • surah yunus. 
tu je lah yang hana tahu.. tapi korang. betol hana cakap, jangan mainkan perasaan orang cam tuje. BERDOSA !! kerana orang yang main-main nie akan dapat balasan dia balik.. wajib kahwin dengan dia kalau si dia dah termakan.. 

tapi ayat atas nie tak mujarab kalau orang tu tak solat 5 waktu okay dan tak mengaji. ye la. tiba-tiba je nak baca ayat atas nie. mengaji nye tidak~ say GOODBYE la yerk! 



SEGMEN CIKMUN : DOMAIN FREE UNTUK BLOGGERS


jom join ramai2 ;) 

tarikh : 
10/12/2012 sehingga 20/12/2012


GiveAway by La NIAR


Syarat- Syarat Penyertaan

  • Follow blog Ayu
  • LIKE fan page La NIAR
  • Buat satu simple entry mengenai GiveAway by La NIAR berserta gambar banner
  • Tinggal comment serta LINK entry korang dibawah
  • Hantar penyertaan sebelum 10.12.2012, jam 12.00 pm
  • Pemenang diumumkan secara cabutan (macam cabutan bertuah tu) pada 11.12.2012, jam 10.00am


" Cik Lyeen's Giveaway"


HADIAH-HADIAH
Tudung Bawal Balqis/Roses
Syria Balqis/Roses
Shawl Half Moon Sakura
 Shawl Tiara
Shawl Sophie
Tudung Chiffon
Tudung Bawal Pelangi
Tudung Bawal Checkers
Tudung Bawal Beads/Buttons
Tudung Bawal Printed
Syria Chiffon 
Pashmina

hana tag :  
                http://ceriteraaquengkau.blogspot.com
                    http://siiannieyzzpunyastory.blogspot.com
              http://rahasiabelogaku.blogspot.com
              http://dakwahmahabbah.blogspot.com
             http://nielaisma97.blogspot.com
             http://anismonalisa.blogspot.com/



Mega Giveaway 2012 by Lyana's Studio


TERMA DAN SYARAT JOIN THIS GIVEAWAY IALAH :

  1. First of all, you need to be my followers. And like my fan page Lyana's Studio
  2. Buat satu post yang bertajuk Mega Giveaway 2012 by Lyana's Studio
  3. Letakkan Banner yang diilhamkan oleh Miss Biella
  4. Like, Follow dan Click para sponsor
  5. Tag 3 orang blogger dan pastikan mereka tahu! :)
  6. Letakkan link URL post anda dan tinggalkan ID Facebook 
  7. SIAPP! 
  8. Giveaway terbatal sekiranya pernyataan kurang 50 orang! :) Nak menang? Join ghamai2 :D
hana tag : http://ceriteraaquengkau.blogspot.com
              http://siiannieyzzpunyastory.blogspot.com
              http://rahasiabelogaku.blogspot.com/



Adakah korang tahu ??

selamat malam semua . 
dah lama giler kan hana tak update blog? maaf la.. hana terlampau sibuk dengan test-test midterm hana kat u nie . harap follower hana tak cabut lari la ep ? sape LARI aku kejar sampai lubang rumah nanti :) 
cam nie . hana tak tahu nak cerita dari mana , tp sekarang nie banyak sangat hana dengar pasal kematian . korang nak tahu pasal ape? mesti korang nak jawab dah ajal kan? memang la ALLAH dah tetapkan ajal kiTa..tapi hana rasa terkilan kerana seseorang yang telah banyak membantu hana sedang bertarung nyawa kerana telah terkena "KENCING TIKUS" . tikus mana lah yang gila sangat kencing merata-rata tu . AGAK LA TIKUS woii.. banyak tempat ko nak kencing asal la ko kencing kt tempat orang ramai ep ? 
mak hana cerita yang pada mulanya "dia" hanyalah demam biasa yang biasa korang demam tu . pastu tiba-tiba dia jadi sesak nafas dan sekarang koma . tak sedarkan diri . tengok la betapa dasyat nya dugaan yang dia lalui.  hana doakan semoga cepat sembuh.. nanti siapa yang nak tolong hana pasal computer lagi kan? 
cerita nie bukan saja-saja . tapi untuk korang ambil cakna . jangan biarkan perkara nie berlaku pada diri anda dan jugak family anda jugak ; 

kat bawah nie hana google pasal air kencing tikus :)



LEPTOSPIROSIS adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA.

Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup didalam air laut.





CARA PENYEBARAN KEPADA MANUSIA

Air, Tanah atau Tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.



SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA JANGKITAN

Demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa nilu dibahagian betis dan punggung.

Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.

Maka adalah wajar untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebelum terkena.



KOMPLIKASI YANG BAKAL DIHADAPI OLEH MANGSA YANG DIJANGKITI


  • Pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6. Kegagalan Ginjal (buah pinggang) .
  • Jantung berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan gagal berfungsi.
  • Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas.
  • Akan berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang,alat sulit dan mata.
  • Bagi pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan,lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir


    LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIAMBIL.
  • Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
  • Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
  • Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
  • Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dsbnya.
  • Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.
  • Dan pastikan kita hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran

    Ikutkan banyak lagi cara-cara untuk mencegah,tetapi mungkin adakalanya kita mudah terlupa atau lalai.

    Paling mudah perkara ini berjangkit bagi aku adalah melalui Bekas Tin terutama minuman ringan yang diletak ditempat terbuka.

    Jadi ingat-ingatlah jangan main teguk jer air tuh..Cuci bahagian atas atau pun minumlah menggunakan straw.Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit. 
p/s : hana sekarang dah tak tertarik nak bela hamster, coz hamster tu kan SEJENIS dengan tikus jugak . even hamster tu 70% lebih comel dan cute dr tikus rumaah ~ HAHA.. 

:: GA- izzah last giveaway 2012 ::

siapa yang nak join ;) sila tekan banner ;) 
tamat pada : 15 Disember 2012 .


                                             

"Segmen : Aku Blogger Bertuah by Izzah Ismail"



kenapa hana suka berblogging? 
well. bagi hana.. menulis tu hobi hana . hana lebih prefer luah ikut blog hana yang tercinta nie . senang . apa yang terlintas di hati, semua hana update kan dalam nie . senang bukan? selain dari tu . hana dapat kenal blogger yang famous2 nie . dan yang paling penting . even hana tak kenal izzah nie cam ne, sejak hana da masuk ga dan segmen izzah nie, hana da menang berapa kali dah . tu yang wat hana semakin follow blog izzah . tu je ;) sekian sahaja pada kali nie <3 

tamat pada :17.11.12

" Saya join GA 2012 Nurul Yui "



Saya join GA 2012 Nurul Yui kerana saya minat giler dengan barang kraft yang dijual kat blogshop dia tu. siyes comel. mula-mula hana berminat nak tempah bantal felt. tapi tu kalo menang la. coz nampak tiutttttt sangat dia buat , jahitan pun kemas je . so apa tunggu lagi? yang view entry hana nie . jum la join ga nie ,. dan jangan lupa tgk blogsop dia! 

tamat pada : 23.11.12 -----> birthday mak hana kowt ;) 

"Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)"




well. 
kali nie hana masuk ga lagi . tapi yang nie special taw. 
coz entry kali nie pasal nak wish befday tok blogger famous amos nie . 
siapa lagi kalo bukan bro EZ. siapa tak kenal? 
sila stalk blog dia. HAHA. 
hana dah wish kt contact form abg . 
jadi abg tgk kat situ je lah yerk :) ikhlas dari lubuk hati nie taw. hehe. 
tu je la kowt . 
sekian ;) 

Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com


** pengalaman yang manis ep? 
rasanya yang paling manis ialah hana punya follower meningkat naik dalam masa 2 minggu je menjadi 1000 
kerana hana ada join satu segmen nie . 
lgi apa ep? mungkin hana banyak masuk GA hana alhamdulillah banyak menang hadiah . yang tu pling best. 
siapa yang tak nak hadiah free kan? siapa tak nak hempap laptop la ;) HEHE. tu je kowt . 
sekian ;) 

hana tag : semua yang baca blog hana ;) 

:: Mana nak ku Cari ?? ::

wahh! home sweet home . sebab tu la orang cakap mana-mana yang kita pergi , rumah kita jugak yang paling best kan? 
dah lama tak balik rumah . akhirnya dapat jugak bercuti kt rumah nie . 
asyik belajar je . bosan sudah . HEHE. 
ye la. asyik mengadap codingg je . sampaikan termimpi- mimpi coding tu . korang dapat bayangkan x? 

sebenarnya cam nie . nanti 29 NOVEMBER hana akan ada GRAND ANNUAL DINNER anjuran 
fakulti informatik U hana , tema dia ialah "smart & elegent" . 
tempat dia exclusive kowt ~ kat 
TAMAN TAMADUN ISLAM. 
mesti ramai yang dah pergi kan ? cantik bukan seni bina kat sana ? 
sapa yang tak pernah pergi tu sangat la rugi . HEHE. 
disebabkan tempat cantik, bayaran dia pun cantik . 
ingat free ke nak pergi event tu ? 
banyak cantik muka nak pergi free ? so terpaksa la bayar jugak . budak2 sem 1 memang semua wajib pergi . 
yew la . nak raikan senior-senior kan . takpe . kitaorang memang sayangkan senior kitaorang pun . 
kan . kan? 
so hana nak mintak korang . boley tak cakap kat hana, kat butik ke apa ke yang jual dress
hana ingat nak pakai dress je kt event tu . 
tolong hana please . hana lebih prefer beli online je senang . 
help me, and ALLAH will help u too ~ 
lotsoflove~ <3

p/s: pastikan dress tu labuh taw ~ 
menutup aurat . hehehe ;) 

*gambar sekadar hiasan*


:: Apa lagi yang Patut ku Ubah::

selamat pagi korang . 
yang masih tido tu, bangun-bangun la .. dah nak masuk tengah hari nie . 
nak kena jirus air ke baru nak bangun ? 
orang tua-tua cakap orang yang bangun tengah hari nie , muka cepat TUA. 
siapa nak berkerepot2 cepat tu sila kan la yerk ;) HEHE.. 

okay la . hana tak nak cerita pasal muka sekarang nie . 
hana nak tanya pendapat korang la , 
apa yang patut hana ubah kat blog hana yang tercinta nie ?? 
mungkin bagi hana dah okay , tapi pada mata korang tak okay? 
so sila berterus terang je . hana tak makan orang okay 
hana makan nasik je . 
makan kamu buat apa , jadi vampire nanti . 
tak pasal betukar nama blog nie jadi "vampire diaries " 

sebarang komen anda ,amat la hana hargai . sila cakap apa yang x puas hati . nanti hana akan betolkan .
=="skema gila bapak kan ayat aku? HAHA. pedulikan . 


:: Kenalan baru ::

okay la.. entry hana pada kali nie memang istimewa siket. kerana ada orang yang special dalam entry nie taw.. 
betol la orang cakap, kalau kita nie baik, kita akan jumpa orang yang baik .. ALLAH akan utuskan orang yang baik untuk berada di samping kita .. 
bagi hana, walaupun hana belajar di unisza, yang orang lain sering pandang rendah , hana selesa . rasa tenang berada di sini.. mungkin ALLAH tahu kemampuan kita kan . jadi tidak perlu bersedih . mungkin ada hikmah disebalik nya . dan hana telah temui hikmah nya .. 
mungkin orang yang tak tahu atau kurang tahu akan kelebihan belajar di TERENGGANU nie . 
bukan nak promote negeri hana , tapi nie la kebenaran dia.. 

Semenjak hana belajar di sini, hana rasa ketenangan dan ilmu senang nak masuk dalam kepala .. kalau ada orang tanya kenapa? 
YESS! hana akan jawab, kerana kat sini amat jarang kalau kita nak tengok lelaki dan perempuan berdua-duaan. hana masuk di sini pada 3.9  .  pada hari mula2 masuk, hana dah nampak tempat nie akan banyak merubah aku " bisik aku dalam hati" . dan memang betol . di sini hana temui apa yang hana cari selama ini.. iaitu KETENANGAN & KEBERKATAN..

Hana juga temui "housemate" yang BAIK HATI, SPORTING habiss la.. 
dulu masa hana kat matrik, susah nak jumpa yang cam nie .. yang selalu tegur menegur kalau ada kesalahan.. kitaorang diibarat macam family yang kecik.. 
dalam satu rumah ada 10 orang tuan puteri lagi cantik dan rupawan .. 
sesiapa yang melihat mesti tertawan . ceeewaah~ 

meh sini hana nak habaq maii .. nie la roomate hana ;) 

nama manje nye ijah ~
yang pakai shawl tu okay . cantik kan? nie la awek kelate.. 
ada kawan hana cakap yang dia nie budak fakulti islam ;) 
hana dengar gelak kowt~ memang tak boley blah.. jauh tersasar dari kos sebenar ;) nie la teman hana untuk bersembang dan bercerita.. dia nie jugak, cam ustazah taw ;) acu try test bab kawen~ hehe.. konpem ley jawab~ HEHEE.. 
dia nie kalau korang nak tahu, budak pandai nie taw ;) siyes gua tak tipu . tiap2 malam hana dah tido, dia masih lgi study. jeles tengok dia~ tapi semalam, ingatkan dia buat esaimen, rupanyaaaa .. teng.. tengg. tenggg.. 
peminat no 1 RUNNING MAN


yang tengahh tu okay ~ mata tu tak payah la nak melilau sangat ;) tahu la dorang nie comey ;) 
yang tgh tu nama sweet nya ummie ;) 
dia nie rajin orang nya ;) selalu je jadi mak2 kitaorang yang tak pandai nak susun2 kasut dan bab-bab kemas rumah nie ;) memang beruntung la sapa yang jadikan dia isteri. 
mesti korang tertanya kan ? knp ijah ada sekali ? 
WELL. ijah tu kawan forever after ummie sejak dari matrik lagi .. memang tak ley dipisahkan . dimana ada ijah, disitu ada ummie ;) 


nie pulak akak senior okay . 
sangat la sporting ;) cam rasa nak g genting pun ada ~ mesti kalau korang tengok dia nie cam AYU sleeping je kan? sebenarnya .. hanya orang yang kenal dia je yang tahu cam ne.. 
nie namanya khalijah~ dah ada orang taw! dont play2 ;) HEHE. pasal akk nie, memang hana suka. banyak persamaan antara kami. mungkin lahir pada bulan yang sama iaitu APRIL. dan ramai jugak yang menganggap akk nie kakak kandung hana ? entah cam ne la dunia hana nie kalau ada kakak kan ? mesti kena buli je . cam adik tiri je la~ 


yang ceria nie la rumate kepada puteri di atas. nama nya faiqah.. budak fakulti food tech~ budak terengganu jugak . 
sangat la busy orang nya .. siang malam keluar je .. bukan keluar dating okay . keluar belajar.. 
dia nie pun rajin baca buku.. kalah la aku nie yang rajin mengadap MUKA BUKU je ;) HEHE.. 


 yang manis lagi cun nie ialah tata ;) 
budak sabah bah~ hehe.. nie jurusan undang-undang taw . bakal menjadi lawyer yang famous amous nanti taw ;) nie pun seorang yang sangat2 busy ;) siang malam lewat balik study.. kadang-kadang nak jumpa dia pun susah dalam sehari .. tetapi tetap senyum walau dalam keletihan . banyak ajar hana bahasa sabah ~ sebenarnya teringin nak g sabah . nak g gunung kinabalu cam cerita "DEJAVU DI KINABALU".. 
Boley buat aksi cam tiz zaqyah siket ;) hehee.. 


fokus pada gambar yer ;) yang nie puteri yang berasal dari negeri jelapang padi ;)
hah ! siapa yang tahu kat mana ? kembangkan hidung anda :P. 
nama comel dia azi :) seorang yang aktif dalam SUKSIS.. 
tak tahu apa itu suksis? tanya Mr Google ;) rajin dia nie ;) seorang yang perahsia jugak kowt ;) kerana jarang bertemu dengannya ;) susah nak korek rahsia ,. HEHE. 

yang 3 orang lagi hana tak dapat nak cerita kerana hana xde lagi FB diorang . tapi hana nyatakan kat sini yang selebihnya ialah mierah, kritha dan jugak kak wa

kiranya rumah hana nie macam-macam ragam la boley jumpa . nak yang mana ? semua ada.. bak kata astro, macam-macam ada~ tinggal nak pilih je ;) nie la yang hana suka kalau duk sini ;) BEST sangat.. harap lepas nie kitaorang akan lebih rapat lagi . 

itu je la yang hana nak cerita pada korang , insyaallah esok hana akan ceritakan pasal budak-budak SOFTWARE pulak ~ nantikan sambungan nye . 




wordless sunday ~

selamat pagi . 
terengganu hujan lagi, al maklumlah musim tengkujuh kan, memang selalu hujan je . 
pagi nie awal2 pagi dah ade kuiz COA .. 
selamat la bi pada pagi nie batal  . 
boleh la balik bilik ;) HEHE. 
tapi hari nie memang tanpa kata la ;) bosan pun ada sebenarnya kalau takde kelas . 

pastu tiba-tiba baru teringat yang hana kena jawab kuiz online PROGRAMMING . aduhaii . 
satu masalah lak timbul .
ENCIK JAVA nie tak nak bercinta ngan aku la . stress betol la cekk nie . 
aku tangkap cintan sama java . tapi dia reject cinta aku mentah2 . sabor je la .. kang x pasal-pasal lappy nie duk bawah . takpe -takpe .. akan ku menangi hati mu encik java . 
i love you java <3 <3 .

okay la . nak buat kuiz ;) 
cuba korang tengok gambar bawah nie , ade kaitan ngn korang tak? korang kategori mana?


:: Berita Tergempar :: ??

Ohoiii ;) lama tak dengar cerita korang . 
ada sapa2 yang nak suruh hana komen blog diorang ? hana suka pergi jalan-jalan blog orang nie ;) 
tapi sesiapa yang letak "word verification " tu memang hana tidak akan pergi lagi dah . 
menyusahkan orang je la . 
sekarang nie banyak kan cerita yang tak BERMORAL
semalam hana di kejutkan dengan cerita ustaz penipu tu . entah apa la dunia nie nak jadi sekarang kan . mungkin dunia akhir zaman, nak khiamat dah kowt? betol tak wahai rakan blogger sekalian? 


mungkin kegiatan menipu tu biasa bagi dia, tetapi hana rasa tidak patut la kerana mempermainkan perasaan perempuan . ustaz nie khabarkan tidak memilih perempuan yang "gedik-gedik" atau tidak menutup aurat nie, kebiasaan nye dia memilih gadis melayu terakhir la katakan . yang tutp litup tu . amacam? sentap tak? HEHE. dah ramai kowt yang menjadi mangsa dia nie . nak cakap playboy, dia tu ustaz . tapi apakah? aduhai . pening den di buat nya . sampaikan dah 11X kahwin tu, pastu tinggalkan anak bini dia cam tu je tanpa sebarang nafkah!




hari nie pulak hana terbaca pasal seorang pelajar malaysia berbangsa cina yang upload gambar seks nya bersama kekasihnya tanpa "sensor" what the !? yang memalukan lagi ialah dia nie tanpa segan silu ambil gambar tanpa menutup muka lansung . nampak sangat la yang dia nie memang tak de sifat malu dalam diri . nauzubillah himinzalik. alhamdulillah jugak kerana kes nie bukan kaum melayu atau lebih tepat lagi beragama ISLAM. kalau tidak, mana la nak letak muka nie kan . jadi hana berharap sangat wanita di luar sana, jagalah maruah anda sebaik-baik nya . janganlah kerana seorang lelaki yg belum sah menjadi suami anda, anda serahkan segala benda termasuklah mahkota diri anda kepada mereka ;) 

p/s: kepada ustaz razis tu, moga dibukakan hati untuk bertaubat, sesungguhnya perkataan "ustaz " tu sungguh besar maknanya dan tinggi martabatnya . kerana ustaz di hormat kerana agama nya . 
* yang pelajar china tu no komen la* masing-masing agama, ada cara yang tersendiri .