Skirt Yang Sesuai Dengan Tubuh Anda

|| Assalamualaikum ||




YA Allah. DAH 7 hari hana tak update blog hana nie. kadang tu rindu jugak nak menulis. tapi apakan daya. esaimen dah bertimbun nak dekat final dah kan. jadi cm nie la. semua lecturer nie berpakat je nak esaimen serentak. sabar je la kita nie kan . 

Hari tu ada lah karnival kat U hana nie kan. hana berkenan gila dekat skirttt denim tu ! sumpah lawa.. tapi kecikk sangat. sendat hana nak pakai. sedih je rasa.. hana memang x sesuai pakai skirt yang kain cam tu. so hana pun research la kt PAK CIK GOOGLE nie pemilihan skirt yang sesuai dengan tubuh. hana sekarang dah tahu . so hana nak SHARE dengan para pembaca di blog hana pulak ;) 



1. Wanita bertubuh pear ( tubuh badan pear shape )
Ciri-ciri tubuh badan :
  • pinggul dan peha lebih luas
  • bahagian bahu yang kecil dan sempit
  • Bahagian bawah badan luas
  • Dada yang kecil

SARANAN : > Skirt A-line adalah yang terbaik untuk anda yang berbadan begini kerana ia akan menekankan bahagian lekukan/curve tubuh anda tanpa membuat ia kelihatan longgar ( saggy ) dan tidak menarik.
Seluar dan skirt yang rata  atau lembut berlipat ( soft pleated ) akan menekankan kecantikan kawasan pinggang anda

ELAKKAN : Skirt pendek dan ketat kerana iaa menekankan kawasan bermasalah sepanjang punggung dan paha.
Elakkan skirt dari bahan melekat seperti Lycra kerana ini akan membuatkan kawasan punggung dan paha menjadi tumpuan.



2. Wanita bertubuh seperti jam pasir ( tubuh badan hourglass shape )
Ciri-ciri tubuh badan :
Dada dan pinggul saiz hampir  yang sama.
  • Pinggang juga ditakrifkan kurang 9 “atau lebih kecil daripada dada.
  • Dada yang penuh dan luas.
  • Kaki  yang panjang dan indah.

SARANAN : pakai seluar yang berkaki lebar dan longgar dan memakai baju yang cantik. Ia bukan sahaja kelihatan menarik untuk tubuhanda, anda juga akan berasa amat selesa.
Pakai ¾ skirt panjang atau lebih untuk membuat anda kelihatan lebih tinggi
Skirt pensel, jaket dan baju tak bertali bahu amat sesuai dengan mereka yang mempunyai tubuh badan ini. Fitted dress,  seluar dari material kain drapy, kasut bertumit amat sesuai dengan anda.



3. Wanita bertubuh maskular ( tubuh badan tegap/tomboy )
Ciri-ciri tubuh badan :
  • pinggang yang biasa/rata.
  • pinggul yang kecil
  • Dada kecil
  • bahu tegap/bidang

SARANAN : Skirt lembut dengan bahan-bahan yang lembut seperti kain chiffon adalah baik untuk anda kerana  ia mewujudkan ilusi pinggul yang lebih luas. Pada waktu malam pula, swingy bias-cut dress akan membuatkan anda kelihatan seksi dengan kasut bertumit.
Skirt pensil amat sesuai untuk tubuh anda yang muscular dan kurus. Skirt duyung, skirt yang berlapis dan bertekstur serta skirt berbentuk tulip membuatkan tubuh badan anda kelihatan langsing dan lebih kewanitaan.



4. Wanita bertubuh epal ( tubuh badan apple shape  )
Ciri-ciri tubuh badan :
  • dada lebih besar.
  • bahu luas
  • pinggul kecil
  • Pinggang lurus / tak ada shape

Pakai pakaian pendek dan skirt untuk menarik mata ke arah pinggul anda paha anda. Pendek itu kira-kira 1 hingga 5 inci atas lutut.  Skirt yang berbentuk A- Line boleh memberikan ilusi bentuk badan jam pasir atau hourglass.
Elakkan skirt/ seluar berpoket, pelisir ( pleated )  di bahagian pinggang kerana ini akan menambahkan beberapa inci kepada perut anda ( nampak gemuk ) . Chiffon dan sutera  sesuai untuk mereka yang berbadan epal dan anda boleh pakai warna-warna terang dan berani.
Jauhi dari seluar yang terlalu ketat atau seluar dan skirt yang lurus kerana ini juga akan membuat anda kelihatan lebih besar di bahagian atas.


Pinggul tiada curve/bentuk : Pakai skirt material dari kain Lycra, skirt ketat, dan skirt bias-cut.
Wanita rendah : Skirt terbaik untuk anda yang rendah/ pendek adalah skirt tirus lurus (tipis) dan skirt A-line skirt. Panjang hendaklah sekitar lutut; tetapi jika ia adalah terlalu panjang atau terlalu pendek, skirt itu boleh membuat anda kelihatan lebih pendek walaupun anda mempunyai kaki yang cantik.
Peha besar : Skirt yang longgar dan menutupi peha anda atau pleated skirt. Elakkan memakai  dari material Lycra.



P/S : orang cam hana nie memang sesuai pakai skirt A line je kowt ? HAHAHa.. 





3 comments:

  1. oh menarik nih . momoy banyak skater skirt. baru nak cuba-cuba pakai skirt harlem labuh

    ReplyDelete
  2. hehe..good tips..mybe nt xtakut nk pki skirt dah..agaknye..hahaha

    ReplyDelete

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^