:: Sahabat Selamanya ::

peace yo! 
cam ne puasa korang hari nie? semua baik? 
yang tak puasa tu baik diam je.. tak baik taw makan depan orang puasa. ngee :)
dah 2 hari hana tak update blog hana.. 
maaf la. hana balik kampung.. da rindu kat kampung halaman.. ley makan gulai ayam kampung.. 
lauk2 kampung la katakan.. 

buat pengetahuan semua. hana nanti dah nak sambung belajar.. 
kawan2 hana pun sama.. tahniah la hana ucapkan pada mereka.. ada yang jadi cikgu, engineer, pakar it dan juga pensyarah. Insyaallah~ 

so entry hana pada kali nie ialah pasal sahabat hana.. atau dikenali sebagai "GENG SLUMBER"
bukan nak cakap kitaorang nie assabiyah~ tetapi kitaorang memang wt perkara sama2. semua sama2 la.. 
nak g kantin pun sama2 taw.. hana rindu sangat kita kat sekolah dulu.. kalau g kantin mesti order mee sup ;) pergghh . sedap gila !
bahagia je rasa ;) kadang tu kalau pergi kem mesti geng2 kita ada jugak.. tu yang best! 
kadang-kadang tu hana fikir mungkin kita memang di takdirkan untuk jadi sahabat yang baik kan? 
sahabat yang baik ialah sahabat yang selalu memberikan semangat pada sahabatnya ketika dia sedih dan juga tumpang gembira untuk sahabatnya sekiranya dia bahagia~ itu la sahabat sejati.. 


korang mesti nak tengok kan gambar geng hana yang mana? 
diorang nie memang terbaik la~ semua orang ade kelebihan dan kekurangan masing2 tetapi kami saling melengkapi antara satu sama lain. ;) 
bak kata kenalan hana :) 
" kelebihan menutup kekurangan diri" 

nie lah geng terbaik hana :) 

*geng slumber*

bagi hana, hana sangat bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang baik, memahami cam nie. 
nie gambar masa kitaorang form 4 nie. seingat hana la. ;) haha.. kebanyakan dari kitaorang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang SAINS KOMPUTER. antaranya ialah kyra, solehah,c,wan,yuni dan terakhirnya hana la~ insyaallah kitaorang akan jadi pakar IT. yang selebihnya tu pula akan melanjutkan pelajaran dalam kos masing2. 
antaranya ialah nadz~ nadz tu dia amek TESL taw.. dasyat . nanti boleh la jadi lecturer. hehe~ 
yana pula amek MEDIC. belajar pulak jauh, kena naik belon gas nak sampai sana. haha.. jadi doctor la sorang ahli geng kami nie.. nanti senang la, kalau sakit, jumpa doc yana je. 
wani pulak amek kos ENGINEERING. memang tak dinafikan lagi yang sahabat hana yang sorang nie memang sejak dari sekolah menengah lagi memang terer fizik,, kalau fizik, serah r kat dye . betol tak sayang? hehe.. 
ikhz pula sedang sambung pelajaran nya dalam bidang agama.. insyaallah akan sambung ke AL AZHAR. 
bakal ustazah la nie kan. hehe.. sejuk perut mak mengandung. hehe~ 

ain pula sedang sambung form 6.. ambil stpm.. dah lama tak dengar berita tentang dirinya.. senyap je.. kalau yang lain tu bolh jugak contact ikut fb mahupun hp.. takpe la ain, kitaorang selalu doakan yang terbaik untuk ain yer~ 

tapi sebelum tu, gambar geng hana sorang lagi AIN, tiada dalam gambar.. dia nie susah siket nak ambik gambar. pemalu la katakan.. nak amek gambar macam nak kene culik aje~ 

tu je la.. yang dapat hana ceritakan.. hana harap persahabatan antara kami nie akan kekal sampai bila2.. kerana sahabat sejati tidak akan terpisah dek waktu mahupun tempat kerana dalam diam, mereka berhubung melalui doa ;) 
ingat nie taw, walau cam ne pun berlaku 
korang belajar la kt mana2 pun, kita tidak akan berpisah ok :) 
sayanggg korangg ketat2 taw.. 

p/s: selamat belajar yew kawan2.. UTM,UKM,UPSI,UNISZA,UIA, MESIR, dan mana2 sahaja, tempat semua jauh2, tetapi dekat di hati taw~ 
salam ukhwah semua.. 

nie adalah entry rindu merindu yerk~ maaf panjang ! ;) 



3 comments:

  1. sahabat sejati takkan berubah hati.
    so appreciate laa sahabat2 kita

    =)

    comel sume geng slumber =D

    ReplyDelete
  2. Alhamduillah. Jagalah persahabatn ini seperti tali.

    Insya Allah..

    :)
    http://www.youtube.com/watch?v=r-yBdqvuv3k&feature=related

    :)

    ReplyDelete

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^