:: Ayah tak Sepandai kamu nak:

“ Along , tukar baju tu .. kan tak sesuai baju tu.. Ketat sana sini baju tu.. Iskh.. Dah , tukar tukar .. “



“ Ala yah , boleh laa... Malam ni jer .. Pls plsss ayah .. “



“ Ayah tak kisah sebenarnya .. Kalau kamu nak keluar ketat gitu , nak lagi ketat pon ayah tak kisah .. Cuma ayah tak nak nanti kat akhirat , kamu jawab kat Allah yang ayah tak jaga kamu masa kamu di bawah tanggungan ayah .. Haaa..Kamu berani jamin ke kamu takkan jawab gitu ? “

“ Gini je la .. ayah benarkan kamu pakai ketat macam ni .. Tapi kamu kamu kena mintak izin dari Allah .. Cuba bukak kitab Al-Quran tu dan cari dalam tu kot kot ada tulis dibenarkan wanita Islam berpakaian begini .. Kalau jumpa , tunjuk kat ayah.. Hari hari ayah benarkan kamu berpakaian gini .. ok ? Setuju ? “



“ Er .. ayah je la carikan .. “



“ Eh , apa lak.. ayah mmg dah jumpa.. Takde tulis dalam Al-Quran kata wanita Islam boleh pakai ketat cam hantu bungkus ni .. Kot la ayah ada terlepas pandang .. Kamu kan lebih pandai dari ayah .. Sekolah sampai universiti .. Haa… cepat cari.. “



“ Yelaahh.. saya tukar je la… Iskh..susah la ayah ni .. “



“ Kamu marah ayah ke marah kat Allah ? “



“ Erk.. “

"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)

"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23)




3 comments:

  1. yaaaa, nice.,. saya pun suka dengan entri ni.. Betul juga kan, betapa susahnya nak menjaga anak permpuan dan isteri ni... kang kat akhirat kami plak yang menjawab.... hehe..

    salam Ramadhan

    ReplyDelete
  2. haahahah kalakar citer ney :P

    anyway, salam ramadhan :)

    ReplyDelete

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^