Sakit Itu Kifarah Dosa



Assalamualaikum . 

harap semua sihat sejahtera pada hari jumaat penghulu segala hari nie . kadang kala banyak yang kita tak sedar dalam melayari hidup kita nie kan . kita lupa yang kita nie hanya lah pinjaman Allah semata-mata. kita alpa. kita sombong dengan apa yang dikurniakan kepada kita . Masya Allah . haruslah kita ingat bahawa segala benda termasuk la MAK AYAH  kita pun hanyalah pinjaman kepada kita . kesihatan,kekayaan,kemasyuran. semuanya milik Allah bukan ? Sekali Allah nak terik, dalam sekelip mata kita akan hilang segalanya . yang sihat boley jadi sakit, kaya menjadi miskin . Pada hari jumaat yang mulia ini, sama-samalah kita menghayati kejadian kita sendiri sebagai makhluk Allah yang paling hina . di ciptakan daripada air mani. bersyukurlah wahai kawan-kawan hana sekalian kerana masih di beri peluang untuk terus hidup. ALHAMDULILLAH. 

Ya Allah,
Sakit itu kifarah dosa,
Tanda Allah sayangkan kita..

Batuk, demam, selsema.
Sakit itu nikmat..


Alhamdulillah..:')


Bila teringatkan Rasulullah, air mata pasti mengalir..Rasulullah sendiri pernah mengalami sakit yang teruk..namun begitu, Rasulullah tetap sabar dan tabah..

Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahwa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya..

Ya Allah, ampunilah dosaku ini yang tanpa sedar aku lakukan..jarang sekali diri mensyukuri nikmat yang telah diberi....♥

10 comments:

  1. Betul..ade hikmah dsebalik semua tu..

    ReplyDelete
  2. Sedih bila baca entry kak Hanna ni kita hanyalah manusia yang lemah ..diharap Allah SWT sentiasa membimbing kita..

    ReplyDelete
  3. Kadang kadang kita rasa kita lah yang paling malang dalam dunia tanpa sedar beribu lagi yang bernasib malang dari kita.

    ReplyDelete
  4. tertunduk diri ini bila baca entry Hana..

    memang,manusia mudah lupa..

    bila sakit terus mengeluh, terlupa yang sakit itu penghapus dosa-dosa kecil.

    ReplyDelete
  5. bila mengingatkan penyakit itu penghapus dosa2 kecil, terus ena rasa tak sakit bila tengah deman ke, sakit perut ke, apa2 jelah...

    betapa Allah sygkan kita, menolong kita untuk hapuskan dosa

    ReplyDelete

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^