Resepi Tart Telur * Sangat Simple *

Assalamualaikum . 

harap korang semua sihat yerk ;) hari nie hana sangat murah hati . 
nak share dengan korang resepi tart telur hana sendiri ;) banyak perkara hana renovate sendiri , sudah pasti resepi hana kan ? HEHE. resepi original hana tak tahu la ambil kat mana, sebab sume campur-campur sahaja. 

sebenarnya semalam penat gila kowt buat tart nie . banyak . tapi takpe . ikhlas kan hati kan nak bagi keluarga tersayang makan ;) apa salahnya . 
so tanpa berlengah , hana nak share la . jangan risau, nanti hana akan post banyak lagi resepi . tapi setakat nie resepi hana update kat FB hana sendiri . sesiapa yang nak tengok, boley la tengok album >> ANEKA RASA . yang tak friend dengan hana pun ley tgk, sebabnya hana buat public dan boley subscribes hana kalau anda nak ? 

Bahan-bahan curst :

·                     250 gm tepung gandum ( * 2 cawan  + 1/2 cawan )
·                     125 gm butter ( * 2 cawan )
·                     55 gm gula icing ( separuh cawan )
·                     1 biji telur, dipukul sikit
·                     Secubit serbuk vanilli atau 1/2 tsp asen vanilla

Bahan-bahan kastad/ filling :
·                     3 biji telur
·                     110 gula kastor ( hana buat 1/2 cawan )
·                     225 gm air panas
·                     85 gm susu cair
·                     1/2 tsp asen vanilla

Cara-cara (penyediaan crust) :
1.                  Pukul butter dan gula hingga gebu.
2.                  Masukkan telur dan pukul pada kelajuan perlahan. Tambahkan vanilla dan kacau rata.
3.                  Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga membentuk doh yang lembut.
4.                  Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tart hingga kemas. Buang lebihan doh di tepi-tepi acuan tart dengan pisau.



Cara-cara (penyediaan kastad/ filling) :
1.                  Larutkan gula di dalam air panas.
2.             Pukul telur bersama susu cair . Masukkan larutan gula di atas tadi dan gaul sebati.
3.                  Tapis adunan ke dalam jug kecil untuk buang lendir-lendir telur putih. 

Cara-cara  membakar Tart Telur :
Cara Pertama :
1.                  Tuang larutan kastad/ filling ke dalam tart shell yang belum dibakar.
2.                  Bakar di dalam oven pada suhu 180-200 C selama 25 - 35 minit atau hingga kastad masak.** hana bakar pada suhu 220 selama 40 min ** 



Cara Ke Dua :
1.                  Cucuk dasar tart shell yang belum dibakar dengan garfu. Bakar separuh masak di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180-200 C selama 10 minit.
2.                  Keluarkan tart shell dari oven.
3.                  Tuangkan larutan kastad/ filling ke dalam tart shell dan bakar semula selama 20-25 minit pada suhu 180-200 C atau sehingga kastad masak.


so nie lah hasil nya >> 

percubaan pertama  ***


percubaan ke dua *** 


so mana satu pilihan anda ? terserah . 
p/s : ~ ** hana buat cara pertama lebih senang dan cepat 
** kalau nak hasil yang lebih baik, panaskan oven dahulu selama 10 min pada suhu 190 C okay :) 
** masa panaskan oven, doh boley la letak dalam fridge dulu 
** hana letak planta dekat acuan tart tu supaya senang nak keluar . anda juga boley gunakan minyak . letak sedikit sahaja yerk ;) 

sekian sahaja. kalau ada apa-apa pertanyaan boley la tanya hana ;) cuba lah sangat puas hati, dapat makan banyak dari beli kat kedai kan ? kalau malas sangat, boley je nak tempah dengan hana .
sesiapa yang nak amek resepi, sila creditkan kepada hana okay ;) 








19 comments:

  1. takde lebih ker...? kasi la sample dulu...hehehe :)

    ReplyDelete
  2. hari tu baru je makan tart telur .. bolehla rasanya

    ReplyDelete
  3. wah, sangat senang.. 6t eyqa nak try buat lah

    ReplyDelete
  4. saya suka tart telur ! nanti nak try laa

    ReplyDelete
  5. Fie paling malas nak buat isi luar dia tu, hari try buat fail lah hana. hahaha

    ReplyDelete
  6. bez nye...done folo u..t bleh kongsi2 lg..haha..

    sggh n folo me too k..
    http://iekazalikhams.blogspot.com/

    tq~~

    ReplyDelete
  7. baca entry ni sambil telan liur berkali2..ahhaha

    ReplyDelete
  8. mohon buat banyak2 lepas tu, rajinkan diri ke pos office utk pos lajukan tart tu ke aku..kekeke

    ReplyDelete
  9. ena tak gemar sgt tart telur, minat tart blueberry.,.. kalau boleh, bg lah resepi tart blueberry.. nk buat.. nk beli mahal sgt

    ReplyDelete
  10. wah sdpnya..hehe..nak skit..

    tuto dah buat da cek sini
    http://www.opzzpinky.my/2013/02/cara-buat-iklan-bergerak-kiri-ke-kanan.html

    ReplyDelete
  11. salam sis nak tanye susu cair tu kalau sukat dgan cawan banyak mana,,,sy krang pndai gm tu

    ReplyDelete
  12. salam sis nak tanye susu cair tu kalau sukat mangikut cawan banyak mana sy krng kalau sukatan gram

    ReplyDelete
  13. wahh ! senangnyee :D thannks bab letak resepi tart telur yg senang . hihi ;D

    ReplyDelete
  14. crust dia tu betul ke ltk 2 cwn butter . x lembik ke ???

    ReplyDelete

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^