Showing posts with label unisza. Show all posts
Showing posts with label unisza. Show all posts

Aku Orang Jepungg ??

Assalamualaikum. 

Pada hari khamis minggu lepas, U hana nie ada buat Cultural Language Day taw.. jangan tak tahu, budak sem 2 memang wajib ambik bahasa asing. Antara subjek yang boleh diambil ialah JAPAN, FRANCISS, ARABIC, MANDARIN, VIETNAM, THAILAND. 

kalau korang pandai cuba teka hana ambil bahasa apa? kalau betul memang terer la korang ;) 
banyak betul booth yang ada kat sini taw.. dan macam-macam makanan jugak yang ada.. 
pergi je kat sana, perut hana nie dah bermain lagi PUTIH-PUTIH MELATI dah :) siapa yang baik hati pasti ku terimaaaa ~~ terima untuk makan je la :) HEHEE. 

apa- apa pun korang tengok la gambar kat bawah nie ;) 
yang sempat hana makan ialah makanan dari THAILAND ( somtam, megi homemade tomyam)
VIETNAM ( rice paper ) 



* di booth vietnam * 



* kawan hana tengah khusyuk buat rice paper *




* nie kak eykin comel *


* harris menunjukkan ketereran * ( betul ke ayat aku tuh )

* chef handalan *


* my bff eating rice paper * 


* rice paper * 


* budak lepas buat show * 




* chef dari thailand * 



* cuba teka hana yang mne * 


* homemade somtam *


* barang2 nak buat homemade megi *


* persembahan dari budak2 vietnam * 



* budak2 jepungg *



* busy buat tempahan sushi *







:: Kenalan baru ::

okay la.. entry hana pada kali nie memang istimewa siket. kerana ada orang yang special dalam entry nie taw.. 
betol la orang cakap, kalau kita nie baik, kita akan jumpa orang yang baik .. ALLAH akan utuskan orang yang baik untuk berada di samping kita .. 
bagi hana, walaupun hana belajar di unisza, yang orang lain sering pandang rendah , hana selesa . rasa tenang berada di sini.. mungkin ALLAH tahu kemampuan kita kan . jadi tidak perlu bersedih . mungkin ada hikmah disebalik nya . dan hana telah temui hikmah nya .. 
mungkin orang yang tak tahu atau kurang tahu akan kelebihan belajar di TERENGGANU nie . 
bukan nak promote negeri hana , tapi nie la kebenaran dia.. 

Semenjak hana belajar di sini, hana rasa ketenangan dan ilmu senang nak masuk dalam kepala .. kalau ada orang tanya kenapa? 
YESS! hana akan jawab, kerana kat sini amat jarang kalau kita nak tengok lelaki dan perempuan berdua-duaan. hana masuk di sini pada 3.9  .  pada hari mula2 masuk, hana dah nampak tempat nie akan banyak merubah aku " bisik aku dalam hati" . dan memang betol . di sini hana temui apa yang hana cari selama ini.. iaitu KETENANGAN & KEBERKATAN..

Hana juga temui "housemate" yang BAIK HATI, SPORTING habiss la.. 
dulu masa hana kat matrik, susah nak jumpa yang cam nie .. yang selalu tegur menegur kalau ada kesalahan.. kitaorang diibarat macam family yang kecik.. 
dalam satu rumah ada 10 orang tuan puteri lagi cantik dan rupawan .. 
sesiapa yang melihat mesti tertawan . ceeewaah~ 

meh sini hana nak habaq maii .. nie la roomate hana ;) 

nama manje nye ijah ~
yang pakai shawl tu okay . cantik kan? nie la awek kelate.. 
ada kawan hana cakap yang dia nie budak fakulti islam ;) 
hana dengar gelak kowt~ memang tak boley blah.. jauh tersasar dari kos sebenar ;) nie la teman hana untuk bersembang dan bercerita.. dia nie jugak, cam ustazah taw ;) acu try test bab kawen~ hehe.. konpem ley jawab~ HEHEE.. 
dia nie kalau korang nak tahu, budak pandai nie taw ;) siyes gua tak tipu . tiap2 malam hana dah tido, dia masih lgi study. jeles tengok dia~ tapi semalam, ingatkan dia buat esaimen, rupanyaaaa .. teng.. tengg. tenggg.. 
peminat no 1 RUNNING MAN~ 


yang tengahh tu okay ~ mata tu tak payah la nak melilau sangat ;) tahu la dorang nie comey ;) 
yang tgh tu nama sweet nya ummie ;) 
dia nie rajin orang nya ;) selalu je jadi mak2 kitaorang yang tak pandai nak susun2 kasut dan bab-bab kemas rumah nie ;) memang beruntung la sapa yang jadikan dia isteri. 
mesti korang tertanya kan ? knp ijah ada sekali ? 
WELL. ijah tu kawan forever after ummie sejak dari matrik lagi .. memang tak ley dipisahkan . dimana ada ijah, disitu ada ummie ;) 


nie pulak akak senior okay . 
sangat la sporting ;) cam rasa nak g genting pun ada ~ mesti kalau korang tengok dia nie cam AYU sleeping je kan? sebenarnya .. hanya orang yang kenal dia je yang tahu cam ne.. 
nie namanya khalijah~ dah ada orang taw! dont play2 ;) HEHE. pasal akk nie, memang hana suka. banyak persamaan antara kami. mungkin lahir pada bulan yang sama iaitu APRIL. dan ramai jugak yang menganggap akk nie kakak kandung hana ? entah cam ne la dunia hana nie kalau ada kakak kan ? mesti kena buli je . cam adik tiri je la~ 


yang ceria nie la rumate kepada puteri di atas. nama nya faiqah.. budak fakulti food tech~ budak terengganu jugak . 
sangat la busy orang nya .. siang malam keluar je .. bukan keluar dating okay . keluar belajar.. 
dia nie pun rajin baca buku.. kalah la aku nie yang rajin mengadap MUKA BUKU je ;) HEHE.. 


 yang manis lagi cun nie ialah tata ;) 
budak sabah bah~ hehe.. nie jurusan undang-undang taw . bakal menjadi lawyer yang famous amous nanti taw ;) nie pun seorang yang sangat2 busy ;) siang malam lewat balik study.. kadang-kadang nak jumpa dia pun susah dalam sehari .. tetapi tetap senyum walau dalam keletihan . banyak ajar hana bahasa sabah ~ sebenarnya teringin nak g sabah . nak g gunung kinabalu cam cerita "DEJAVU DI KINABALU".. 
Boley buat aksi cam tiz zaqyah siket ;) hehee.. 


fokus pada gambar yer ;) yang nie puteri yang berasal dari negeri jelapang padi ;)
hah ! siapa yang tahu kat mana ? kembangkan hidung anda :P. 
nama comel dia azi :) seorang yang aktif dalam SUKSIS.. 
tak tahu apa itu suksis? tanya Mr Google ;) rajin dia nie ;) seorang yang perahsia jugak kowt ;) kerana jarang bertemu dengannya ;) susah nak korek rahsia ,. HEHE. 

yang 3 orang lagi hana tak dapat nak cerita kerana hana xde lagi FB diorang . tapi hana nyatakan kat sini yang selebihnya ialah mierah, kritha dan jugak kak wa~ 

kiranya rumah hana nie macam-macam ragam la boley jumpa . nak yang mana ? semua ada.. bak kata astro, macam-macam ada~ tinggal nak pilih je ;) nie la yang hana suka kalau duk sini ;) BEST sangat.. harap lepas nie kitaorang akan lebih rapat lagi . 

itu je la yang hana nak cerita pada korang , insyaallah esok hana akan ceritakan pasal budak-budak SOFTWARE pulak ~ nantikan sambungan nye . 




:: Doakan Hana yerp:


'
hari nie dah hari ahad kan ? 
esok dah hari isnin . yeahhh! isnin . hana akan daftar kt unisza . 
malasnya nak pergi . nak cuti lagi . nanti hana akan kurang update blog hana nie . tapi hana harap korang akan masih setia follow blog hana ;) 
ye la. nak jadi pelajar sepenuh masa la katakan . sekarang nie dah masuk degree . tak boley main- main lagi.. umur pun dah 19 tahun . anggar nak habis degree umur dah 23 tahun . sebab kos hana nie ambil masa 4 tahun untuk habis. degree untuk pelajar lepasan matrik memang la lama cket ;) padan la kan dengan matrik yang satu tahun je . 

hana dah message kawan2 hana yang sekarang dah ada kat UTM, UPSI,UKM . masing2 seronok dengan kolej kediaman masing-masing . ada sorang kawan hana tu kan , dia cakap kolej kediaman dia kt UKM, cam bukit siket. nanti slim la kawan baik hana tu . jangan nanti hana pulak yang cam tong drum ;) 

yang jumpa artis pun ada , kawan hana WANI yg sekarang pelajar UTM KL, jumpa rusdi ramlee kowt ;) 
alahaiii . sempat lagi ep dia usha-usha artis . dia cakap hensem je . artsi tu tengah buat "shooting" . hana rasa, dia nak suasana daftar pelajar baru la tu untuk lakonan dia yang akan datang . 
kawan hana yang dekat UPSI tu pulak cakap yang dia dapat tingkat 4, satu rumah 6 orang , 1 bilik 2 orang . maklumlah kampus baru dia dapat . 
yang lain- lain hana tak tahu berita lagi . 
tapi jangan nak seronok sangat la, kerana esk dah tak boley update lagi . 
tunggu minggu depan la pulak nak update :) 
tapi jangan bimbang, BB kan ade :) tapi kena aktif kan bis lak pulak ;) hurmm ;( 

pape pun , korang tolong doakan hana untuk hari pendaftaran esok . semoga pendaftaran akan berjalan seperti biasa ;) mudah segala urusan . dan hana jugak harap yang hana akan dapat rumate yang baik hati dan jugak taat pada perintah ALLAH . yang sering mengigatkan ku ketika alpa dan sentiasa ada ketika aku susah ;) aminn ;) 

selamat tinggal FB, BLOG . ku pasti merindui mu nanti ;) 



:: Nie yang TERBAIK untukku::

selamat pagi.. sekarang sudah masuk jam 1.06 pagi~ 
peace! 
hana catat rekod tak tidur lagi waktu jam cm nie.. 
biasa2 kul 12 da tidur~ nie mesti tengah mimpi naik kereta nissan fairlady~ hehee.. 
merapu je hana nie kan.. sebenarnya.. 
hana nak cakap sesuatu .. 
kan hari nie adalah semakan keputusan IJAZAH PERTAMA  bagi lepasan MATRIKULASI @ ASASI. 
hana termasuk la dalam tu.. tapi apa punya la malang sangat kan, kat dahimah guest resort tu
wifi tak boley gunaaa! ishhh. geram,terpaksalah la mintak bantuan abg joe. nasibb baik la dia online mase tu kan~ terima kasih abg! 
tunggu keputusan tu rasanya macam nak tercabut jantung.. kalau boley keluar. da lama dia keluar. 
dupp dappp dupp dappp.. 
hanya ALLAH yang tahu perasaan hana masa tu.. 
pastu call la, mula2 abg joe cakap hana ley tempat jauh sangat~ mati2 ingat hana ley SABAH atau SERAWAK.. makkk aiii.. hana tak nak pergi sana.. menangis kering la aku kalau hantar kat sana.. 
tapi ALLAH lagi merancang yang terbaik untukku.. DIA hanya lah menghantarku ke negeri ku sendiri iaitu terengganu.. alhamdulillah ku panjatkan kepadaNYa kerana makbulkan doa ku.. 
tapi ku menyangka bahawa yang hana dapat UITM dungun.. 
tapi hana dapat yang lain.. korang tgk je la kt bawah nie.. 



unisza! kos sc comp.. pada hakikatnya hana ingin kan yang lain . tapi ALLAH da tetapkan rezeki di situ.. ku pasrah dan redha.. terima kasih, ku harus jadi seorang hamba yang bersyukur. 
cikgu kesayanganku puan hasni.. cakap "nie sudah rezeki awk, ALLAH tahu apa yang terbaik untukku"
ku sebak. ku sedar, ku tak patut tangisi apa yang telah ditentukan.. 
ingatlah bahawa, 
"TAK SEMESTINYA APA YANG KITA HENDAK,KITA AKAN DAPAT"
tu semua rancangan dari maha pencipta. siapa kita nak menolaknya? 

ok. mulai sekarang. ku tidak akan berpaling ke belakang lagi. aku akan teruskan cita2 ku.. doakan semua untukku.. terima kasih jugak kepada liyana kawan ku, kerana kata2 nya begitu tersentuh di jiwaku.

# zahirnya, nampak macam kita yg pilih kos tu.
tapi tersuratnya, Allah yg pilih. Sebab Dia tahu itu yg terbaik buat kita..

p/s: maaf lah entry panjang. meluahkan perasaan~