wah~ selamat malam korang! buat apa ep malam cam nie? nie mesti ada yang tengah sengih online kt FB kan?
tadi, hana ada post kat fb hana tentang nazmi faiz ;)
siapa yang tak kenal dengan nazmi faiz tu memang hana x taw la nak cakap cam ne..
alaaaaa~
ada kan, pemain bola sepak yang dulunya kelab HARIMAU MELAYA~ sekarang nie dah bertukar kepada kelab SC BEIRA MAR.. dulu masa hana kat matrik kan, kalau sebut nazmi faiz nie, budak kelas hana mesti da cam
"Maybe he has a cute face " kawan hana cakap.. hana minat biasa- biasa je.. tak de la sampai nak jerit- jerit segala kalau tengok dia pun. tapi sayang, hana dengar dia dah syyhhhhh!
DIA DAH BERPUNYA! Melepas la hang! tok sah nak berangan lagi naa~
mesti korang da tahu kan kes dia hari tu masa perlawanan bola sepak hari tu, yang mengatakan beliau bertumbuk dengan penjaga gol.
oleh itu mari kita saksikan.. uh~ hana da boleh tengok peminat fanatik nazmi faiz nie da berapi tuh~
ZASSS~
PERANCANG utama Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengakui gagal mengawal emosi ketika aksi perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 22 tahun Qatar di Stadium Shah Alam, petang tadi.
Insiden yang menyaksikan pemain SC Biera-Mar itu dilayangkan kad merah pada minit ke-40 selepas berang dengan Kapten Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla yang mengasari rakan sepasukan, Mohd. Azrif Nasrulhaq.
Nazmi Faiz yang bakal berusia 18 tahun pada 17 Ogos depan meluru ke arah pemain tersebut dan melepaskan tumbukan ke atas Abdelkarim yang menyebabkan pengadil perlawanan mengarahkannya keluar dari padang.
Dalam pada itu, Nazmi memohon maaf kepada para peminat dan menegaskan insiden tadi tiada kena-mengena dengan kisah peribadi sambil mengakui gagal mengawal emosi.
“Terus-terang saya beritahu kenapa saya hilang sabar. Saya tidak tahu. Apapun ia tidak mengganggu konsentrasi saya dan tidak mengambil peduli mengenai kisah peribadi saya,” jelas Nazmi kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.
Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 21 Jun ini.
Sementara itu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menasihatkan Nazmi supaya bertindak lebih profesional dan matang.
Dalam masa yang sama, pengendali yang berasal dari Melaka itu berpendapat faktor usia yang begitu muda yang menyebabkan dia bertindak sedemikian.
“Dia masih muda. Perasaan marah itu memang biasa dalam usia sebegini. Saya nasihatkan agar dia mengawal emosinya dan bertindak lebih matang di masa akan datang,” jelasnya.
Kalau anda masih tidak puas hati, boleh la lihat adegan yang sebenar disini ;) lawak pun ada hana tengok.. tapi tak tahulah kan kalau korang cam ne ~ NAZMI FAIZ.
*barisan HARIMAU MALAYA*
*HOT FM & PEMAIN HOT*
wah....cerita ni gempar jgk yee... dia xdapat kwl emosi la tuh...
ReplyDelete