Kepada BF anak aku,
Peraturan 1: Kalau kau sampai kat pagar rumah aku pastu dok hon hon hon, pastikan kau bawak barang yang nak dihantar sebab kau takkan ambik ape ape atau sesapa.
Peraturan 2: Jangan kau pegang-pegang anak aku depan atau belakang aku. Kau boleh pandang dia, selagi mata kau tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalau kau tak boleh jaga tangan kau dari duk pegang-pegang anak aku, aku boleh tolong cabut dan jaga tangan kau kat rumah
Peraturan 3: Aku tau sekarang ni fesyen budak-budak pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender kauo. Aku ni open-minded so aku tak kan suruh ko pakai seluar tu elok-elok macam manusia normal.
Tapi, bagi memastikan yang seluar kau tak kan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar kau kat pinggang.
Peraturan 4: Aku rasa mesti kau tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang orang putih duk canang hari-hari kat TV atau internet. Kalau tak pakai perlindungan macam kondom atau lain-lain, kau mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh kau satu hari nanti.
Meh sini aku nak bagitau, kalau dengan anak aku ni, aku lah pelindung tuh dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan kau dan kemungkinan besar akan bunuh kau jugak. Paham?
Peraturan 5: Biasalah kalau kau nak berkenalan lebih baik dengan aku ni sebagai calon bapak mertua kau, kau nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain-lain topik semasa. Aku tak mau dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: "Bila kau nak antar anak aku balik ke rumah ni semula?" Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”
Peraturan 6: Aku rasa kau ni hensem, popular kat kolej/pejabat kau, banyak peluang nak dating ngan aweks-aweks lain yang lagi kiut-miut. Aku takde hal ngan kelebihan kau tu selagi anak aku pun ok dengan kepopularan kau.
Tapi, sekali kau dah couple ngan anak aku, kau jangan pandai-pandai cari perempuan lain sampai la anak aku dah bosan dengan kau atau dia break-off ngan kau. Kalau kau buat anak aku nangis, aku pulak akan wat kau nangis.
Peraturan 7: Sementara kau menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalau dia bersiap lama sangat. Kalau kau nak orang yang punctual, kau boleh dating ngan mat askar. Kalau kau bosan menunggu kat luar tu, tolong lah buat ape-ape yang patut, macam basuh kereta aku atau cat pagar rumah aku ni.
Peraturan 8: Tempat-tempat berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating ; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa-apa tempat yang boleh duduk-duduk atau baring-baring. Tempat-tempat yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat-tempat yang gelap. Tempat-tempat yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat-tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan, pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium-cium tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.
Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak tapi aku akan tau semua pergerakan kau dari spy-spy aku. Kalau aku tanya kau nak pergi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, kau ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka.
Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang rumah aku ni. Selalunya aku duk menembak khinzir kat situ. Kalau aku tembak kepala kau kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main-main dengan aku.
Peraturan 10: Kau patut takut ngan aku ni. Kalau boleh biar sampai sangat-sangat takut. Aku ni duk teringat-ingat lagi peristiwa Bukit Kepong. Sampai sekarang kalau ada orang datang rumah senyap-senyap pastu duk berbual kat laman aku nak tembak. Aku ingatkan komunis.
Nanti dah habis dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua-dua tangan kau tinggi-tinggi. Cakap dengan jelas“saya datang hantar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang kau nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.
Sekian,
Yang ditakuti,
Bapak Kepada GF kau.
p/s : Begitu sayangnya seorang ayah kepada seorang anak perempuannya kan? :')
hihi terbaik lahhh . :)
ReplyDeletehaha,untunglah kalau masih ada ayah lagi =')
ReplyDeleteSerius lawak ! tp best gak ada bapak mcm nih xD
ReplyDelete