:: Pesanan Rabiatul Adawiyah ::

✿ “Barang siapa yang menyukai sesuatu nescaya banyak menyebutnya.”

✿ “Mencari rumah untuk dijadikan tempat tinggal amat mudah, tetapi mencari jiran adalah sukar.”

✿ “Apabila ada kegembiraan dengan musibah seperti kegembiraannya dengan nikmat, itulah tanda keredhaan Allah.”

✿ “Tuhanku, tidakku dengar suara binatang mengaum, tidakku dengar desiran pohon yang bergeser, tidak ada air yang mengalir, tidak ada siulan burung yang menyanyi, tidak ada nikmatnya teduhan yang melindungi, tidak ada tiupan bayu yang bertiup nyaman dan tidak ada dentuman guruh yang menakutkan, melainkan ia menjadi bukti keesaan-Mu. Serta tiada satu pun yang sama dengan-Mu.’

✿ “Biar waktu yang akan membuktikan bahawa tiap langkah yang dipijak, tiap titisan darah dan keringat yang mengalir, tiap jiwa yang melayang, akan sampai pada satu keadaan di mana keadilan adalah nadinya. Kesejahteraan adalah nafaznya, kebijaksanaanadalah sifatnya, dan redha Allah adalah tujuannya.”

✿ “Ya Allah, ya Tuhanku, Aku berlindung kepada Engkau daripada segala yang boleh memesongkan aku daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau.”

✿ “Tuhan member kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah yang dinamakan cinta.”

✿ “Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku didalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak pada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadamya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar dan berilah aku peluang untuk melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”




3 comments:

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^