Ustaz Azhar & Shiro BERGABUNG Dalam Satu Filem "Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang "

|| Assalamualaikum || 



Selamat malam hana ucapkan kepada pembaca sekalian . 
hari nie hana terbaca pasal satu post yang mengatakan bahawa UIA dan shiro akan bergabung sekali dalam satu filem bawah arahan Pierre Andre yang bertajuk, "USTAZ, MUNG TUNGGU AKU DATANG "

Hana yang baca nie kan, rasa sangat bangga kot menjadi rakyat terengganu nie. dah semakin popular ustaz kita nie kan. sampai kan masuk layar perak. yang pastinya yang menonton pasti akan pecah perut. ye lah , kalau korang pernah menonton video uai kat YT, konpem2 korang akan gelak tak ingat dunia. sporting dan kelakar ;) 


mengikut sumber yang boleh di percayai,  menurut Pierre Andre sendiri, Ustaz Azhar Idrus masih belum memberikan kata putus sama ada mahu terlibat atau tidak dengan filem ini. Kata Pierre Andre:-
Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut. Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini.



Kumpulan Shiro berasa teruja apabila diberi peluang berlakon di samping penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.
Shiro yang dianggotai oleh Shahrul dan Ajak berkata, selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi.
"Setakat ini kami masih belum mempunyai adegan bersama beliau namun cukup teruja untuk berlakon di sampingnya kerana filem ini sarat dengan pelbagai pengajaran dan berbentuk keislaman," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.
Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).

p/s : yang pasti hana akan pergi tengok cerita nie kat wayang, sebab nak tengok yang ori punya, 100% gempak ! pecah panggung ! 

4 comments:

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^