Showing posts with label uai. Show all posts
Showing posts with label uai. Show all posts

Ustaz Azhar & Shiro BERGABUNG Dalam Satu Filem "Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang "

|| Assalamualaikum || 



Selamat malam hana ucapkan kepada pembaca sekalian . 
hari nie hana terbaca pasal satu post yang mengatakan bahawa UIA dan shiro akan bergabung sekali dalam satu filem bawah arahan Pierre Andre yang bertajuk, "USTAZ, MUNG TUNGGU AKU DATANG "

Hana yang baca nie kan, rasa sangat bangga kot menjadi rakyat terengganu nie. dah semakin popular ustaz kita nie kan. sampai kan masuk layar perak. yang pastinya yang menonton pasti akan pecah perut. ye lah , kalau korang pernah menonton video uai kat YT, konpem2 korang akan gelak tak ingat dunia. sporting dan kelakar ;) 


mengikut sumber yang boleh di percayai,  menurut Pierre Andre sendiri, Ustaz Azhar Idrus masih belum memberikan kata putus sama ada mahu terlibat atau tidak dengan filem ini. Kata Pierre Andre:-
Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut. Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini.



Kumpulan Shiro berasa teruja apabila diberi peluang berlakon di samping penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.
Shiro yang dianggotai oleh Shahrul dan Ajak berkata, selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi.
"Setakat ini kami masih belum mempunyai adegan bersama beliau namun cukup teruja untuk berlakon di sampingnya kerana filem ini sarat dengan pelbagai pengajaran dan berbentuk keislaman," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.
Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).

p/s : yang pasti hana akan pergi tengok cerita nie kat wayang, sebab nak tengok yang ori punya, 100% gempak ! pecah panggung ! 

:: Tips Perkahwinan dari UAI ::

selamat malam semua kepada pembaca blog hana. 
sekian lama hana dah tak update blog kerana sibuk berGA. 
maklumlah.. musim cuti tanam anggur nie memang best kalau dapat barang free. 
elehh.. 
jangan nak buat muka toyee la. lempang nak? haha.. 
korang pun mesti terloncat2 kalau dapat barang free kan. siapa tak nak memang rugi la.. 

kali nie hana nak share dengan korang tips PERKAHWINAN
hana ulang sekali lagi perkahwinan.. 
ialah. korang jangan main2 dengan nikah kawen nie taw.. kita nak hidup dengan pasangan kita bukannya sehari dua.. tapi selamanya .INSYAALLAH. 
jadi di harap dengan perkongsian nie hana harap korang dapat manfaatkan apa yang di sampai kan oleh ustaz azhar al idrus kita nie. 
HIDUP TERENGGANU! 

Antaranya ialah :-

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita...

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4.KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5.KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6.SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

8.KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.

9. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

10. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

11KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

12.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

13.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda

14.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan

p/s : pesan hana. jangan lah mencari kesempurnaan, kerana hidup anda akan sempurna selepas bernikah~ 



korang ley check up blog awesome nie :  http://khusainikusi.blogspot.com/