Cara Kempiskan Perut Dalam Waktu Singkat

Assalamualaikum. 

Malam nie hana nak kongsikan cara untuk MENGEMPISKAN PERUT MUNCETT. alaa.. korang tak payah tipu la.. rata-rata penduduk di Malaysia nie memang cenderung untuk memiliki perut mengandung. kenapa hana cakap macam tu ? kerana penduduk malaysia nie suka makan FAST FOOD. yelah sibuk la katakan. jadi semua benda haruslah cepat dan segera.. maka terjadilah fast food nie . 

Tapi jangan risau, Insyaallah jika anda mengamalkan petua di bawah nie, Perut anda akan kempis dan slim balik . tapi kena ingat, kena rajin dan jangan putus asa.. dia tidak mungkin akan dapat lihat terus dalam masa sehari, faham betul- betul. 

1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.


Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
8. Minum air suam 

Seseorang yang minum air suam selepas makan lebih cepat proses pembakaran lemak kerana ia dapat memecah lemak dalam badan berbanding air sejuk dan berais yang mampu membeku kan lemak dan menyebabkan lemak tersebut tersumbat dalam kapilari darah. so u choose ? 
hana juga sarankan minum air limau nipis kerana terbukti limau nipis nie mampu mengurangkan berat badan dan mengempiskan perut anda..

7 comments:

  1. thanks for the sahring..amat berguna,hehe

    ReplyDelete
  2. membaca entry sambil meneguk air masak...thanks hana for the tips..memang tengah berusaha nak mengempiskan perut nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. kurus kurus kurus!
    yeah... sangat obses dgn kurus!
    haha..
    thankss 4 the tip :)

    ReplyDelete
  4. menarik baru taw better minum air suam after makan.
    thanx =)
    boleh wat lepas ni.

    ReplyDelete
  5. nice entry..please follow my blog...im new in blogging...

    ReplyDelete

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^