Mati Tidak Mengenal Usia

Assalamualaikum. 


Alhamdulillah. Allah masih bagi kita nyawa untuk kita teruskan kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. tapi alangkah duka nya keluarga arwah kerana telah kehilangan anak kandung lelaki yang menjadi harapan keluarga. Mungkin ramai yang tidak kenal dengan beliau. tetapi hana sungguh tidak menyangka bahawa beliau nie merupakan anak seorang kawan ayah hana sendiri. terkejut apabila ayah mengatakan kepada ku " along, anak kawan ayah, pok azahari telah meninggal masa nak g sekayu. baru 2 hari balik dari Mesir. " innalillahiwainnailahirajiun. takziah kepada keluarga arwah. 

Sebenarnya keluarga arwah nie sangat rapat dengan ayah hana. kerana ayah dia pun bekerja di petronas, Kerteh jugak. sedikit sebanyak keluarga hana mengenali keluarga arwah. adik perempuannya kawan hana. rumah nya pun berdekatan dengan rumah hana di Dungun. 

Sedikit sebanyak tentang nya. Subhanallah ! hebat nya beliau ~ boleh baca tentangnya : 

Meninggal akibat kemalangan jalanraya di Ajil, Kuala Berang, Terengganu pagi tadi 28/8/2013. Katanya dalam perjalanan ke Air Terjun Sekayu.

Beliau sekarang Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams. Pelajar Perubatan Tahun 5, Universiti Ain Shams, Mesir. Sebelum dilantik jadi Pengerusi dulu, beliau sempat contact saya untuk tanyakan pendapat. Memandangkan beliau seorang yang fokus kepada pelajaran. Akhirnya beliau terima jawatan tersebut. Katanya, bila lagi mahu berkhidmat kepada orang lain. Hidup biar bermanfaat.

Dulu time sekolah, kami tinggal di asrama. Beliau waktu petang selalu berjumpa mak dan ayah beliau di depan pintu pagar sekolah semata-mata ingin bertanya tentang pelajaran. Kerana mereka juga cikgu. 

Beliau juga pernah tegur saya dan rakan-rakan, agar jangan panggil namanya dengn panggilan 'Loh" sebabnya tidak membawa apa-apa maksud. Maka, dia minta untuk panggil namanya dengan Abdullah.

Beliau baru sahaja pulang ke Malaysia 2 hari lepas. Terakhir saya chat dengan beliau semalam (27/8/2013). Bertanya khabar dan tanya samaada beliau sudah berada di Malaysia atau masih lagi di Mesir.

Seorang yang hafiz Al-Quran dan menjaga hafalannya. Seorang yang ceria dan suka berjenaka. Semoga engkau tenang di sana sahabat. Semoga Al-Quran yang sentiasa engkau bawa dan jaga itu menjadi peneman dan syafaat buatmu di alam sana.

Mati tidak mengenal usia. Mati tidak kenal tempat dan ketika. 1990-2013. Baru berusia 23 tahun. Allah sudah menjemputmu. Sungguh, terasa kehilangan dan pemergianmu. 

Sama-sama doakan buat arwah.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه



Semoga roh arwah tenang di sana dan bersama orang-orang yang soleh. Ameen. 

Sedih bila ayah cakap kat hana yang ayah dia mengatakan bahawa " TAK SANGKA DIA PERGI DAHULU. INGAT KAN DIA BOLEH BACAKAN YASIN UNTUK NYA DAHULU SEBALIKNYA AYAH YANG BACA UNTUK MU ANAK" :'( 

sumber : SINI 

4 comments:

  1. innalillahiwainnailaihirojiun. mati tidak mengenal usia.

    ReplyDelete
  2. sedih....abg ni sbnarnya budak skul akak dulu hana...skul imtiaz...huhu

    ReplyDelete
  3. Kesiannya, muda lagi. Dah ajal kan.

    ReplyDelete

  4. Salam takziah...semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..Aamiin:) norazhobbies

    ReplyDelete

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^