Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum :) 



Sekarang tinggal lagi 1 hari lagi kan nak Raya ! horayyyyy ! tapi hana rasa kan ramadhan tahun nie rasa cam sekejap je kan. tak tahu la korang rasa cam ne kan . betul la orang cakap kalao dulu depan mata tak nak hargai. bila dia dah berlalu pergi mula la nak cari kan? 

Raya nie cukup sederhana je persiapan hana dan jugak family ;) well our theme for this year is ORANGE ~ yeayyhh. orange la orang cakap semangat siket kan . siapa setuju ? yang tak setuju tu tak masuk geng la kita. pergi men jauh-jauh . HAHA. rasanya siket je yang hana nak cakap untuk entry kali nie. sebab hana nak pergi selesaikan order dari customer pulak. busy je memanjang. :) pastu nak buat kuih raya siket lagi. entah la. tahun nie kan rasa semangat gila nak buat kuih raya sendiri :) mungkin kerana banyak masa terluang. ye la. cuti sem 3 bulan woooo.. tak de keje nak buat, so hana berbusiness la kita nie :) ambil peluang ye kawan-kawan. jangan bazirkan masa mu itu :) 

Oh ye. sebelum hana terlupa hana nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. tulus ikhlas dari hati dan limpa ku ini :) semoga raya kali nie lebih bermakna buat kita. budak-budak ! PLEASEEEE ye. jangan main mercun. yang nak main sangat tu main mercun bawang tu jee. yang sekali lempar tu bunyi cam kentuttt dalam kain tu okay ~ tapi hana tahun nie rasa nak mai n mercun "bola @ ketupat " je. HAHAHA. hana takpe okay. dah 20 tahun. besarrrr la sangat kan ?? kepada yang memandu tu sila bawak kereta berhati-hati. kalau mengantuk, boleh la berhenti kat stesen minyak dahulu. tak payah nak . terburu-buru kan nanti raya kemana, kamu tu kemana okay semua ? tak pun suruh je pasangan anda tu picit2 siket kat bahu kot-kot lenguh kan . TAPPIIII INGAT !tawaran nie hanya sah untuk orang yang dah BERKAHWIN @ SAMA JENIS sahaja :) 




Jemput datang rumah hana okay pada raya ke 5 nie :) ada buat makan-makan siket. takde la grand cm kt hotel tu , tapi boley la korang nak makan kenyangkan perut tu. okayy :) duit raya takddeeeee ek. dah besar kan . jangan nak mintak-mintak lak. kan tak pasal-pasal bagi pelempang nyior satu karang ~ bai :) 




p/s : baju raya korang tahun nie colour apa n beraya kat mana ? 


klik sini  :                     

No comments:

Post a Comment

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^