Makna Simbol 4 Jari

Assalamualaikum :)


Sekarang dah hari Raya yang ke 10 kan? selama itu jugak la tak henti-henti makan. ye la kan open house merata-rata. tak pergi kan rugi pulak :) HEHE. TAPII ! di sebalik kita raya sakan kat Malaysia nie masih ada yang gugur syahir di bumi anbia'. sedih rasa nya. tapi ku tak mampu untuk menjadi para mujahidah disana. hanya mampu kirim kan doa untuk mesir, syria. sejak minggu nie jugak ramai yang buat DP FB diorang gambar colour kuning dan jugak gambar 4 jari tu kan? tak tahu ? yang nie la . 




Tapi masih ramai yang tak tahu apakah makna sebenar di sebalik 4 jari nie :) hari nie hana akan kongsikan bersama korang apakah maksud nye. yang nie hana search kat google je . jumpa la . tapi ilmu Allah haruslah dikongsi bukan?  jom kita tengok :) 





1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah. 

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.



Sekarang dah tahu kan, so lepas nie tak payah la tertanya-tanya lagi kan? hana ingat lepas nie blog nie akan terus update pasal isu di mesir dan jugak syiria : ) at least korang baca dan ambil cakna. jangan terlampau mewah di malaysia nie . 


Maafkanku Mesir,

Aku tidak mampu untuk sampai ke Dataran Raba’ahmu,

Aku tidak dapat berjihad bersama anak watanmu,

Aku tidak berpeluang mengangkat senjata bersama pejuangmu.
Maafkanku Mesir,
Hanya ini yang aku mampu,
Berkumpul berhimpun berdoa untukmu,
Bersama denyut nadi jihadmu kami bersatu,
Darahmu darah kami,
Maruahmu maruah kami,
Kehormatanmu kehormatan kami.
Kami berdoa untukmu,
Hanya doa yang mampu kuutuskan untukmu.
Maafkanku Mesir….


p/s : jom sama-sama tukar dp kita tanda sokongan kita pada mesir. Bawah nie hana share kan sedikit gambar. mana tahu ada yang korang berminat. jom jugak sama-sama doa yang peperangan ini akan berakhir. dah tak sanggup nak tengok pertumpahan darah yang tak berdosa. ALLAH. ALLAH. ALLAH :'(  











3 comments:

  1. Assalammualikum...dheahana,

    kalau mcam tu..4 ini maksudnyer mati pada jalan Allah...betul x?..

    mselim3

    pls: mselim3 tanyer ... jawab nyer..

    ReplyDelete
  2. sama-sama kita doakan saudara-saudara kita yang berada di Mesir.. Syria.. Palestin.. dan jangan lupa doakan mujahidin-mujahidin yang sedang berjuang di jalan Allah..

    ReplyDelete

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^