:: Ribut Sonamu Melanda Pantai Timur ::

selamat petang semua. 
petang nie cuaca di terengganu sangat mendung + nk ribut . 
korang pernah dengar tentang ribut sonamu? bukan lagu personamu tu okay .. 
sekarang nie terengganu dalam keadaan berjga-jaga.. sekarang di unisza pun awan gelap menandakan hujan lebat akan turun. Ya Allah. lepas satu-satu nak jadi  . tahun nie hana rasa adalah tahun yang paling buruk bagi terengganu . minggu lepas baru je tamat pasal banjir di terengganu, sekarang ribut pulak datang . hana takut sangat . tak tahu kenapa . 
mungkin rumah hana berdekatan dengan laut . 

YE. memang ribut nie melanda di Vietnam . tetapi dia akan terus berpusar untuk datang ke Malaysia pula . dan yang paling malang nya , dia pergi ke dungun dan jugak seluruh pantai timur termasuklah TERENGGANU,PAHANG & KELANTAN . memang cam nie la kan nasib penduduk pantai timur nie . 
tapi tak mengapa kami masih boleh bersabar dan berharap tiada apa-apa yang akan berlaku . insyaallah . 



Dijangka pada 8 januari sekitar jam 11 pagi akan berlaku satu ribut taufan melanda disekitar perairan Terengganu hingga Pahang. Meliputi Pantai sekitar Besut, KT, Dungun, Kerteh, Kemamah dan sebahagian Pahang. Pusat hentaman ribut taufan tersebut adalah di sekitar pantai Dungun. Ini amaran awal, sila berjaga-jaga dan buat persiapan awal.

Ketika ini, angin kencang sedang membawa Ribut Taufan menghala ke arah Barat Laut dari Perairan Filipina. Kelajuan angin sekitar 65 - 85 kmj. Taufan tropika yg diberinama Sonamu (Auring) sedang berlaku di Perairan Laut Cina Selatan pada kelajuan 85-100 kmj.

Disarankan kepada semua yang berada berhampiran kawasan pantai spt dalam lokasi2 yg disebut di atas, sila berjaga-jaga dan buat persediaan awal. Sekiranya taufan tersebut melanda negara kita, dijangka kesannya akan menghentam sejauh hampir 100 kilometer persegi dengan kadar saiz taufan yang sedang berputar ditengah2 perairan Laut Cina Selatan skrg adalah sekitar 390 kilometer persegi dgn kedalaman 22 kaki ke bawah.

 Ribut Tropika (SONAMU) yang mungkin akan menimpa. Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja. Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki. Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :


اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا
yang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah hujan sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan.


** nie la yang pusat meteorologi keluarkan** 







11 comments:

  1. doa2 agar x de pape yg teruk berlaku kat nergeri kitew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. berdoa + solat hajat agar hajat kita diperkenankan ALLAH ;)

      Delete
  2. uhh...dok sempadan pahang dgn johor...dekat dgn pantai plak tu..hopefully xde pape la..InsyaAllah...Amin..
    http://meetmissza.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm.. bahaya gak tu. dye cakap sonamu tu bergerak ke johor dah ;)

      Delete
  3. Kita doa sama-sama semoga semuanya baik-baik saja ye :)

    p/s: hana ada buat durian crepe?. jauhla sangat.. hihi.. kalau ada delivery ke Johor, ok la :)

    ReplyDelete
  4. subhanaAllah, takutnyaaa.. semoga Allah melindungi negara kita... ni pun dah terasa tempiasnya.. esok tak tahu lah ape yang akan terjadi.. ='(

    ReplyDelete
  5. semoga kita semua dilindungi daripada bencanaNya..amin..

    ReplyDelete
  6. semoga negerimu dijauhkan dari apa-apa yg disebut bencana.

    amin.

    ReplyDelete
  7. salam hanna :)

    x jadikan ribut sonamu tu melanda kat terengganu kn?

    ReplyDelete

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^