::: MAKTAB :: KPLSPM.


Syarat Asas


1.   Warganegara Malaysia.
2.   Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.
3.   Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
4.   Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
5.   Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
1.   Bahasa Melayu
2.   Sejarah
3.   Satu mata pelajaran yang lain serta;
4.   Lulus Bahasa Inggeris
6.   Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.



Pendaftaran
·                     Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada20 Jun 2011 (tarikh tertakluk kepada pindaan).

·                     Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Tarikh-tarikh Penting
  • Tarikh
  • Aktiviti
  • 7 Mac 2011
  • Permohonan Dibuka
  • 31 Mac 2011
  • Permohonan Ditutup
  • 11 April 2011
  • Semakan Temuduga
  • 18 – 29April2011
  • Temuduga
  • 21 Mei 2011
  • Semakan Tawaran
  • 20 Jun 2011
  • Pendaftaran
Tarikh Tutup

·                     Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 akan ditutup pada 31 Mac 2011.

·                     Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat
·                     Tiada surat menyurat akan dikeluarkan untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada pemohon.

·                     Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2011 untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.

·                     Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:

·     BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Telefon : 03 8884 1260/ 1254/ 1253/ 1371/ 1235
·                                             URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu,
Sabah
Telefon : 088 236804
·                                             URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching,
Sarawak
Telefon : 082 258045

No comments:

Post a Comment

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^