PENULIS SENJA TERAKHIR

ASSALAMUALAIKUM.. 
kali nie hana wse nk join contest nie. 
cam best j.. da lme x menulis cm nie! dlu ade la jgk nk tulis nie sume. 
hana join contest nie coz hana nk try nsb j pn.. kalah menang hana x kesah pn. 
asalkan org lain ley bce ape yg ade lam lubuk hati hana . 
okie la. tnpa buang mse .

*PENULIS SENJA TERAKHIR*

tajuk pd kali nie ialah::)

CINTAKU HANYA MILIKMU~

Aku berdiri di tangga kemewahan,kenikmatan dan kesenangan,
Keindahan dunia membuat aku alpha, 
Kemanisan cinta dunia ini mencarik-carik imanku,
Dimanakah aku tanpa kecintaan pada-Mu.

Aku runsing ya ALLAH..
Aku berlari kesana kesini,
Aku mencari dan terus mencari hala hidupku,
Dimanakah ku tagih cinta Ilahi,
Bagaiamana harus ku bayar semua nikmat yang Kau berikan kepadaku,
Sedangkan aku tidak diuji,
Tetapi saat Kau memberikan ku dugaan,ialah adalah ujian yang berat buatku,
Andai bisa ku bercakap denganmu,
Aku berharap dirimu mendengar keluhan hatiku
Sungguh aku tidak bercakap kosong
Inilah keluhan hatiku
Yang merindui cintaMu 
Yang mengaharap keredhaanMu..

Ampuni aku Ya Allah..
Aku lemah lagi tidak berdaya
Melawan sesuatu yang digelar fana dunia
Aku tak mampu Ya Allah,
Belenggu ini menghimpitku..
Belenggu ini menghiburkan hatiku..
Sehingga aku leka dengannya
Sehingga aku takut kehilangannya
Sedang cintaMu itu sangat luar biasa..
Sedang cintaMu lebih dari segalanya..

Sungguh aku tak layak Ya Allah menghampiri syurgaMu
Syurga yang penuh kenikmatan dan kelazatan
Dan pasti menggeletarlah tubuhku mendengar api nerakaMu
Lalu kemana arah tujuku
Selayaknya dimanakah tempatku
Aku hanya menuruti kehendakmu
Andai aku terseksa, kan ku patuhi
Asalkan Kau meredhai hidupku ini..

Terima kasih Ya Allah kerana mengasihi diriku
Terima kasih Ya Allah kerana sering mendengar keluhan dan pengaduanku
Terima kasih Ya Allah kerana sering bersama-sama denganku
Tak kira apa keadaan imanku
Sesungguhnya Ya Allah..
Cintaku hanya milikmu..

hana nk tag :) razi ;)chekumujahid fillah

**sekian je lah..** terima kasih coz sudi baca nukilan yang tidak seberapa*

:: program MDAB~ UITM


ASSALAMUALAIKUM..
to all my follower n my members. (skipping jap yaw) hehe..
td kn hana pgi la wimozard.. tup2..jupe la kwan lme hana..
act x la lme sgt pn.. haha. classmates hana,..
yew ade la ckp sal MDAB nie.
hana ingtkn ape la MDAB.. rupanya
MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA!
butt!! alert here.. 
yg nie jux tok owg yg xde A j ep lam spm.. yg ade 2
tak payah nk gatal2 nk mohon.. anda tidak akn diterima!! hahaha.. 
okie la.. nie syarat2 yew. 
bce taw!!
Borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
 
2. Penubuhan program MDAB ini adalah bertujuan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan bumiputera luar bandar, juga di bandar yang pendapatan ibu/bapa kurang daripada RM2,000 sebulan tanpa mengira kawasan dan tanggungan.

3. Kategori kelayakan;-
· Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan 
4 kepujian termasuk Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia serta tidak layak ke program diploma UiTM
· Bahasa Inggeris dan Matematik hendaklah sekurang-kurangnya lulus.
4. Tawaran ini sah untuk satu (1) kali permohonan sahaja. Calon yang telah ditawarkan perlu mengambil peluang dan menggunakan tawaran ini sebaik-baiknya jika berjaya ditawarkan tempat. Jika ditawarkan, semua peraturan UiTM perlu dipatuhi kerana peluang ini hanya sekali seumur hidup.

5. Pelajar yang berjaya dalam Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) layak ditawarkan ke program diploma mengikut syarat dan kelayakan yang terdapat di semakan syarat yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

6. Program yang ditawarkan ialah Pra Diploma Perdagangan, Pra Diploma Perakaunan atau Pra Diploma Sains di UiTM Kota Samarahan.

Program
Syarat –Syarat Wajib dan Tambahan
Pra Diploma Sains (PD008)
4 kredit termasuk Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia
Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
DAN Lulus Bahasa Inggeris
SERTA
Lulus SATU (1) daripada mana-mana matapelajaran berikut:-
· Fizik
· Kimia
· Biologi
· Sains Tambahan
PD003
Pra
Perdagangan
4 kredit termasuk Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.
Bahasa Inggeris (lulus)
Matematik/Matematik Tambahan (Lulus)
PD005
Pra
Perakaunan
4 kredit termasuk Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris (lulus)
Matematik/Matematik Tambahan (kepujian)
7. Calon-calon yang layak diterima masuk akan mendaftar secara percuma, diberi asrama dan juga belanja makan sebulan sebanyak RM400.
8. Hanya staf yang dilantik oleh Pihak UiTM sahaja yang berhak untuk mengendalikan borang permohonan ini.
9. Sila hantar borang yang telah lengkap diisi dan sijil-sijil ke alamat berikut: 

Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Teknologi MARA
KM26, Jalan Lendu
78000 Alor Gajah
Melaka
 
10. Untuk kemasukan sesi Disember 2010 - April 2011, tarikh tutup ialah pada: 10 Disember 2010.
11. Tawaran adalah terbatal sekiranya calon adalah BUKAN Bumiputera.
Muat Turun Info klik sini ! 
nie tok yg on9 pnya borang borang mdab

~elak dr kne SPAM FACEBOOK !!~





Assalamualaikum...
Salam sejahtera kpd sume kwan2
Salam satu bloggers ya~.

kali nie hana nk citer cket sal FB nie yg bgtu wt SENGALL!

da byk2 da dak2 yg kene spam....
termsuk la hana sendirikk! menyampah tol la..
ade ke patut muke baikk cm aq nie yew tlis
video owg **** kt tangga!

padahal hana x pnh tgk pn video cm 2..
dengan status2 bodoh yg dipost....tp actually
bkn kita yg post....ktaowg kene SPAM...

So kt sini...hana nk bg tips sket....
kepada sesiapa yg kene SPAM tu....diminta masuk ke 1 page ni...
--->tgk sini<---
 dan tkn block apps kt page tuh... : )

  hana dpt info page tuh...ialah page application orang INDON....maybe besar kemungkinan...
FB korang yg kene SPAM tuh adalah perbuatan orang INDON....

lg 1...korang gak ley gne care ni...

pegi kt ACCOUNT--->ACCOUNT SETTING--->ACCOUNT SECURITY
then, tick SECURE BROWSING ( HTTPS )..
dan terus je tkr kowg pnya psswordd ok..
jgn teragak2 nk tkr. t kne spam plak.

*credit to :) booboo

suke ambil gambAR tak?? cantikkk ouhh.

Assalamualaikum ;)


Sudah menjadi trend sekarang begitu ramai orang termasuk kawan-kawan kita yang menjadikan kamera sebagai teman karib mereka.ada yang mengambil gambar sebagai hobi dan ada juga yang menjadikan itu sebagai karier mereka .

so, hana nk la kongsi di sini hukum-hakam yang berkenaan dengan fotografi.. hana kongsikan soalan dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus..

  • Apa hukum kita mengambil gambar model2 yang mendedahkan aurat (model wanita terutamanya).
  • Jawapan : Haram samada model lelaki, wanita atau khunsa.

  • Lepas shoot kite sebarkan dengan upload dalam Facebook, or mane2 forum. Adakah kita turut mendapat dose dalam kes penyebaran gambar2 sebegini rupa?
  • Jawapan : Setiap yg haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kpd org lain samada dimuatkan pd majalah, akhbar, internet dll. Selama mana gambar2 tersebut belum di delete, maka selama itulah potografer mendapat saham dosa.

  • So ape pendekatan kite sebagai rakan2 photografi dalam menanggani masalah sebegini rupa?
  • Jawapan : Kembali kpd Islam samada kita ni fotografer atau siapa saja dengan mendalami ilmu agama dan sebarkan kpd orang lain atas nama dakwah. Tunjukkan kpd orang lain bahawa gambar yg cantik tak semestinya model atau yg haram. Islam tidak menghalang fotografi cuma mengawalnya sahaja agar tidak melampaui garis panduan agama.


result aqu~

assalamualaikum... 
pd yg ty2 sgt result hana 2.. 
hana just ley ckp yg hana dpt ckup2 mkn j.. 
x sehebat korang!
tp xper la.. hana redha j dpt bpe.. 
mybe ALLAH nk uji iman hana.. nk tgk hana tabah x..
actually kan, hana sdey+ epy!
haha.. gilew k hana ep? ntah la.. 
hehee.. kesimpulannye~
hana xnk ckp ! hahaha.. 
tp yg boley hana ckp yew lbey la dr 5a.. 
okie la.. 2 je hana nk ckp kt kowg.. 
pd yg berjaya dpt stret A TAHNIAH hana ucapkan k..
pd yg x berjya, hana pn ucap TAHNIAH jgk coz kowg da berusha bersungguh2. 
SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN. 

~orang yg mencintai dirimu~

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu,matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



~Makna hadiah~

assalamualaikum.. 
hi my fwen~
hihi.. 
ary nie hana dpt stu idea yg best der. 
nk taw x ape? well.. 
hana nk cite sal hadiah~ 
kowg pnh dpt hadiah tak?
ala.. hadiah. yg kowg dpt dr spe2 pn. 
dr mkwe @ pkwe@ org tersyg.. sme j.. aslkan hadiah.hehe
hah! spe2 yg nk ksi hadiah 2 jom hana nk ksi taw cket. ape mksd disebalik hadiah yg kowg nk ksi 2 k ;)
smbil2 2, befday hana da nk dkt nie.. tggl 1 bulan 7 hary lagi ;) prepare taw!
gedikss lak~opps. sorry~

k la. tnpa buang mse nie. nah. nie hana ksi taw~

JAM TANGAN..
♥  Tanda mengingati setiap masa dan waktu.

CINCIN..
♥ Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG..
♥ Tanda mesra

RANTAI LEHER ..
♥ Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG..
♥ Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT..
♥ Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN..
♥ Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG..
♥ Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI..
♥ Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR..
♥ Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU..
♥ Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA..
♥ Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT..
♥ Semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN ..
♥ Mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN..
♥ Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.



*nie setakat yg hana taw je la ep* 
*tata* wasalam* jupe lgi*






 assalamualaikum rakan :)
skrg nie diri agak rajin kebelakangan ni kerana sanggup utk mnaip entry..:P
entry kali ni nak cecite pasal SAYANG :)
wah2!gedik!haha!
kadang2 kita mesti pelik..kenape lah org tu beria2 sgt couple,
beria2 syg..tpi susah nak kekal..
lumrah manusia,siapa yg nak couple hanya utk maen2??
takde kan..semua nak bahagia and still kekal sampai bile :)
tapi biase lah..mcm2 dugaan kan..
ya ALLAH..tkut lah nak cerita sal benda2 mcm ne..hee~
mungkin tetang SAYANG ni yg mnjadi penyebab kpd perkara itu..cehh~
let's check it out baby! :D

keburukan terlalu sayang :)
♥ Kamu akan berasa kamu di abaikan kalo sesaat si dia buat tak tau je
♥ Kamu sanggup melukai family atau kawan untuk si dia
♥ Sanggup menipu org lain semata-mata untuk si dia sebagai nya
♥ Kamu akan berasa jeles kalau si dia keluar dengan kawan-kawan lain walaupon tade niat
♥ Kamu akan berasa tertipu padahal benda tu kecik je..
♥ Kamu akan mengongkong si dia dan buat dia rasa rimas..
♥ Benda kecik akan dibesar-besarkan dan bergado..
♥ Mungkin akan terputus di tengah jalan.. isk isk

kelebihan bila biase2 aje :)
♥ Kamu akan menjadi seorang yang cool dan chill je kalo si die buat salah..
♥ Kamu akan menjadi open minded..
♥ Si dia pon makin sayang.. hee
♥ Kamu akan rase biase je kalo ditipu..
♥ Hati kamu makin kental
♥ Kamu akan dihormati..
♥ Jarang bergado..
♥ Dapat menyelesaikan masalah dan berfikir rasional..
♥ Kamu akan bersabar dan dapat menempuhi dugaan dengan baik dan InsyAllah sampai ke jinjang pelamin..
♥ Kamu tidak merasakan dunia ini berakhir walaupon putus dengan si dia..

kadang2 terase terkena jugak kat batang hidung sendiri..hehe!
tapi takpe..hanya peringatan utk diri sendiri
and nak share ngan korang2 :)
bercinta boleh..jgn sampai family dan rakan2 terabai :)
diaorang pun nak disayangi oleh korang!

~Hikmah ROTAN~

ASSALAMUALAIKUM.. 

kali nie hana nk kongsi satu kisah menarik.. 
nie pasal ROTAN!
pnh x mse kcik2 dulu cgu2 @ mak bapak kite rotan kita?
spe ckp x pnh, hana wse cm x logikk j.. haha.. 
hana yg dak baek nie pn pnh kne 2x. hihi.. 
adapun.. islam nie kan agama yg syumul.
jd islam tahu hikmah disebalik hukuman yang diberikan.
banyakk bebelll lak hana nie..
k lah. ni maklumat yang hana taw la..
bagi yang ada extra 2,kongsi la kt sni ep.. 


Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

bagi kanak2 lak yg dirotan:) 

Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah berpesan supaya setiap ibubapa perlu mengajar anak-anak sembahyang semasa umur mereka 7 tahun. Sekiranya anak-anak tidak mahu sembahyang pada umur 10 tahun, Rasulullah SAW mengajar supaya pukul mereka dengan rotan dengan cara-cara yang yang telah ditetapkan dalam Islam.


Dalam ilmu Physiology(Fisiologi), kanak-kanak begitu mudah dalam mempelajari sesuatu. Jika ibubapa memukul( merotan) anak-anak, akan berlakunya learning process dalam otak mereka. Merotan atau dalam Physiologynya dikenali sebagai noxious stimulus (rangsangan sakit), akan mempercepatkan firing level urat saraf dalam otak untuk mudah belajar & memahami sesuatu perkara..







JANGAN biadap dgn KEKASIH HATI :)

Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat.
Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan 'penghadang' khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri.
Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w  :-
لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) [1]
Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-
إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]
Jelas dari dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita meletakkan sutrah (penghadang) agar tiada individu yang mendapat dosa kerana melalui di hadapan kita selain merosakkan solat kita. Selain itu, amat perlu juga kita menahan sekiranya terdapat individu ingin melintas sewaktu kita menunaikan solat.
Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa melintas ini kelihatan terlalu besar?. Jawabnya mudah.
Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat. Keadaan ini jelas dari sabdaan baginda nabi s.a.w :-
فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا, فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِيصَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ
Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud) [3]
Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah dan orang yang bersolat melintas.  Secara langsung juga, individu itu juga biadap kepada orang yang sedang solat.
Kesimpulannya, jauhilah sifat buruk dan dosa ini. Adapun ketika di Mekah yang terlalu ramai manusianya yang pelbagai ragam dan sikap, mungkin ada keringanan sedikit disebabkan keadaan yang tidak amat sukar dikawal, namun demikian saya yakin keadaan tersbeut boleh dikawal di Malaysia.  Jangan jadikan diri sebahgaian dari kumpulan biadap ini.
*sebagai renungan *

hatiku untuk siapa~

good morning syg2 sume ;) 
awl pgi nie bnyk pulak idea dtg.. tp kli nie hana tlis sendiri tok owg yg hangat bercintun 2;)
hana jgk tlis nie tok pesan pd diri hana sndiri ;) spy lbey hati2 lam cinta nie ;)

pesan pada diri ..

jangan tersalah memberi aty ..

pada insan yg tak sudi ,

pada insan yg tak mengerti ..

kerana ..

sekali kita memberi ,

selamanya dye d aty ..

kerana ..

sekali kita d lukai ,

sampai mati pon kita tetap ingati ..

pesan lagi pada aty ..

haty2 lah dalam memberi aty ..

sebab ..

ia hanya untuk insan yg tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping aty ..

* im dedicate this to all my friends*


~siapa suami mu kelak ~

assalamualaikum.. 
kali nie hana tertarik btol sal entry nieh!
beshh. 
Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami-isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah SAW, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah SWT. Waullahu a’alam.

Kes 1:
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
+ Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” [Hadis Riwayat Muslim]. Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.
Kes 2:
Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
+ Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes 3:
Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
+ Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes 4:
Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin
+ Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.
Kes 5:
Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu
+ Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.
Kes 6:
Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain
+ Wanita dalam golongan ini akan bersama dengan suaminya yang terakhir sebelum meninggal dunia, tidak kira berapa kali wanita tersebut berkahwin. Suaminya yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi Ahli Syurga. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” Hadis sahih riwayat Al-Albani

*credit to syahirul *

~belajar2~



assalamualaikum.. 
ehh.. pejam celik.. pejam celikk.. hana nk kne smbung belajar blik tawan something.. 
si P nie.ssh tol nk tawan yew ;)
harap dye ske la kt hana.. 
opss.. ehh.. jgn slh fhm lak.. hana mksdkan belajar kereta la.. 
nk keno pelompang eh law ngurat2 nie. :*

wahai si JPJ sayang. 
bagi lah hana llus ep.. bnyk tol rintangan nk p blajar.. 
dis week, tak pgi pn wimozard. wekkss. malaz! 
nakal tol hana nie . hahaha. 
tp xper, next week hana p lh.. 
si SYAM nie da tggu lme da.. msti yew pk hana takut kt yew kn?? 
hahaha. no no la. 
si syam 2 mamat 2 ajar hana cm hana nie terer da.. 
hana nie lak.. ssh btol nk wt site parking..
ssh tahap cipan tol la.. bpe kli ntah si syam 2 ajor hana.. 
sb0rr j lh ep syam.. haha.. 
kwan hana ckp nk nek bkit ssh.. takowt la plk.. 
tkut x smpt nk nek, da trun blik.
law jd cm 2 mmg x boley blah la! 
**doakan hana pass ya **
**lps dpt P nk p jalan2 ngan kwan2 lak ** 
**ayh ku syg, siap2 la blie kete tok ank sulong mu yg manis nie .blushing2.**


~makanan mengikut sunnah nabi~

assalamualaikum.. 

rsenya da lme hana x update blog nie.. entry kali nie. hana nk citer sal pemakanan lak.
oppss. mkn ikt sunnah yew. 
hana terbaca keluaran majalah DARA.COM keluaran mac. 
tertarik lak hana nk bce.. 
yew tlis cm nie :) 

Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:- 
1. Susu+ daging

2. Cuka + susu


3.Ikan + susu

4. Daun salad + ikan

5. Bawang putih dengan bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)

6. Ayam + susu

7. Benda masam dengan benda berasid seperti cuka

8. Cuka dengan nasi

9. Telur dengan ikan. 

** hana terbaca lagi . wink.wink. ikan kan ade ion (-) , ayam lak ade ion ( + ) . pastu kan, bile bercampur ia akn menyebabkan reaksi biokimia lam perut kite. boley merosakkan usus taw. 
** spe nk suh rosak usus, mkn la yew. muahaha.. sekadar perkongsian shj.


*sdp kn? haha *