:: Doakan Hana yerp:


'
hari nie dah hari ahad kan ? 
esok dah hari isnin . yeahhh! isnin . hana akan daftar kt unisza
malasnya nak pergi . nak cuti lagi . nanti hana akan kurang update blog hana nie . tapi hana harap korang akan masih setia follow blog hana ;) 
ye la. nak jadi pelajar sepenuh masa la katakan . sekarang nie dah masuk degree . tak boley main- main lagi.. umur pun dah 19 tahun . anggar nak habis degree umur dah 23 tahun . sebab kos hana nie ambil masa 4 tahun untuk habis. degree untuk pelajar lepasan matrik memang la lama cket ;) padan la kan dengan matrik yang satu tahun je . 

hana dah message kawan2 hana yang sekarang dah ada kat UTM, UPSI,UKM . masing2 seronok dengan kolej kediaman masing-masing . ada sorang kawan hana tu kan , dia cakap kolej kediaman dia kt UKM, cam bukit siket. nanti slim la kawan baik hana tu . jangan nanti hana pulak yang cam tong drum ;) 

yang jumpa artis pun ada , kawan hana WANI yg sekarang pelajar UTM KL, jumpa rusdi ramlee kowt ;) 
alahaiii . sempat lagi ep dia usha-usha artis . dia cakap hensem je . artsi tu tengah buat "shooting" . hana rasa, dia nak suasana daftar pelajar baru la tu untuk lakonan dia yang akan datang . 
kawan hana yang dekat UPSI tu pulak cakap yang dia dapat tingkat 4, satu rumah 6 orang , 1 bilik 2 orang . maklumlah kampus baru dia dapat . 
yang lain- lain hana tak tahu berita lagi . 
tapi jangan nak seronok sangat la, kerana esk dah tak boley update lagi . 
tunggu minggu depan la pulak nak update :) 
tapi jangan bimbang, BB kan ade :) tapi kena aktif kan bis lak pulak ;) hurmm ;( 

pape pun , korang tolong doakan hana untuk hari pendaftaran esok . semoga pendaftaran akan berjalan seperti biasa ;) mudah segala urusan . dan hana jugak harap yang hana akan dapat rumate yang baik hati dan jugak taat pada perintah ALLAH . yang sering mengigatkan ku ketika alpa dan sentiasa ada ketika aku susah ;) aminn ;) 

selamat tinggal FB, BLOG . ku pasti merindui mu nanti ;) 



:: Barang- barang persediaan ke universiti ::

peace yoo .


apa khabar semua. pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan september kan ? wahh. neves gila nie nak sambung belajar pulak . even xde la keluar dari negeri sendiri tapi tetap gementar sebabnya bakal sambung ijazah pulak . macam mana la nasib ku  nie kan ? 
tajuk entry bukan main kan , tapi hana nie jenis tak simpan apa - apa barang lagi . orang lain dah siap pack , tapi hana malas la nak kemas . 
ada siapa -siapa yang baik hati nak kemas kan untuk hana ? nanti hana upah makan 
meegi ketam nak ? uhh.. rugi taw tak nak ;) HEHE. 

bagi yang sama nasib cam hana jugak nie, apa kata korang tengok list nie . takut ade yang membantu korang kan? mana tahu takut ada yang miss . nanti kan ade yang tak sempat pulak ;) 

LIST nie sesuai untuk lelaki dan perempuan :)
- handphone/laptop@pc/earphone
- baju t-shirt/kemeja/berkolar/sukan/sweater
- seluar slack/sukan/jeans
- kasut hitam/sukan/kanvas/stokin
- ubat gigi/berus gigi/sabun/syampu/pencuci muka/shaver
- dynamo/downy/berus/sepit baju/penyangkut baju/febreze
- kettle/iron/plug extension/charger hp,lappy,dll/
- sikat/minyak rambut/minyak/bedak/deodoront/myk wangi
- tuala/kain pelikat/sejadah/kopiah/songkok
- jam loceng/cotton bud/sepit kuku
- cermin mata/alat tulis/kalkulator/buku2 nota/kunci mangga
- sarung bantal/katil/selipar mandi/baldi
- beg kelas/beg jalan-jalan/beg balik kg
- mug/cawan/sudu/garpu/mangkuk/bekas(mkn maggi)..hehe
- STOK MAKANAN & MINUMAN untuk elak kelaparan.

-pakaian orientasi/ pakaian kuliah/ pakaian sukan/ pakaian harian
-sabun mandi/shampoo/ubat gigi/berus gigi/shower puff
-baldi/gayung/berus baju
-selipar toilet/kasut orientasi/kasut kuliah/kasut sukan
-stok makanan/minuman
-stokin
-tuala mandi
-sejadah/al-Quran
-jam loceng
-sepit kuku/cotton bud
-cadar/sarung bantal
-beg kelas/beg balik kampung
-hanger/sepit baju
-extension wire/kettle/iron/toaster/rice cooker/iron board
-mug/bekas makanan/sudu garfu/pisau/axion
-ubat yang perlu (paracetamol/loratadine/ubat batuk)
-tisu yang secukupnye
-alat tulis
-borang2 kemasukan
-segala sijil dan maklumat kita yang original dan salinan
-sabun basuh baju/berus baju/softener/vanish
-lappy/charger lappy/charger handphone
-penyapu/penyodok/mop
-bakul sampah/bakul baju kotor
-keypad lock/engsel
-air mineral secukunye
-ic/surat-beranak/buku akaun
;) amacam banyak tak ? kepada semua bakal siswa dan siswazah, semoga berjaya dalam segala bidang yang kamu semua kerjakan ;) salam sayang dari hanna ;)

p/s : hana kitar semula barang matrik dahulu je ;) jimat la katakan :) 

:: Jom Test Anda Otak Kiri atau Kanan ::

yeah! salam satu malaysia . 
tadi kan, sambil - sambil bosan tak tahu nak buat apa , hana terbaca satu buku nie taw , tak tahu tajuk apa coz kulit buku dah di baham harimau ! 
tapi isi buku tu menceritakan pasal perbezaan otak kiri dak kanan . 
siapa -siapa yang kenal hana, hana nie seorang yang kidal
orang tua selalu cakap , kalau tangan kidal nie pandai math ! tetapi nampak gayanya meleset . hana kurang dengan math dan kira- kira nie. hana lebih pada membaca , subjek paling suka BIOLOGY ! 

So hana nak share la dengan korang tentang otak - otak kita tu . bukan otak-otak yang boleh makan tu, alamakk. sedap pulak otak-otak kt kemaman tu. teringat ~ 
tapi sebelum nak test, tengok ciri - ciri nie dulu ;) 

otak kiri :) 
  1. Banyak menggunakan logik - Menyatakan pedapat based on logik akal.
  2. Detail oriented. - Mudah nampak benda yang kecil tapi penting sebelum proceed ke bahagian yang seterusnya.
  3. Critical thinking - Berfikir secara dalam.
  4. Pandai berkomunicate - Kelebihan dalam bercakap tanpa merancang.
  5. Perform well under stress - Tak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
  6. Non-emotional decision - Biasanya membuat keputusan tak based on emotional.
  7. My opinion is a fact - Suka orang dengar pendapat dia je.
  8. Stay still - Tak suka berubah kepada sistem yang baru. Di takuk lama.
  9. Realist & strict - Salah tetap salah. Tak boleh langgar peraturan.
  10. Suka ambil tahu pasal benda-benda di sekeliling.
  11. Math - Pandai dalam kira-kira.
  12. Forever alone - Suka buat kerja berseorangan. 

otak kanan :)
 
  1. Big Picture Oriented - Mampu melihat sesuatu scope atau isu dengan luas. Broad scope. 
  2. A Dreamer - Mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Dan suka berangan.
  3. Future - Selalu berfikir untuk jangka masa yang panjang.
  4. Philosophy - Lebih sukakan something yang lebih kepada falsafah. Pandai berkata-kata.
  5. Could be bad on Math and calculation. - Lebih kepada sastera dan non math 
  6. Kreative - Boleh menggunakan imaginasi untuk selesaikan masalah.
  7. Spontaneous thinking - At certain time, pengguna otak kanan boleh selesaikan masalah dengan mudah.
  8. Speak Innuendo - Boleh memahami benda yang tersirat. Boleh kesan double meaning dengan mudah.
  9. Feeling - Suka bercakap menggunakan perasaan dan mudah memahami perasaan orang.
  10. Spatial Perception - Macam habits yang kita buat bila dalam masalah. Tak termasuk panas baran etc.
  11. Suka bertindak melulu - Bertindak mengikut emosi.
  12. Berani mengambil risiko - Big risk taker is the bigger success maker.
  13. Mudah mengingat macam mana sesuatu benda berfungsi. - Tahu sesuatu perkataan dan tahu sebut, tapi tak reti nak eja.
  14. Detector - Mudah tahu kalau seseorang tu hiding something atau ada masalah. 
  15. Suka buat kerja secara berkumpulan. 




 


Ibu jari kiri berada di bawah ibu jari tangan kanan, maka Anda pengguna dominan otak kiri.

Ibu jari kanan berada di bawah ibu jari tangan kiri, maka Anda pengguna dominan otak kanan.

 


Lengan tangan kanan berada di atas lengan tangan kiri Anda, maka Anda pengguna otak kiri

Lengan tangan kiri berada di atas lengan tangan kanan Anda, maka Anda pengguna otak kanan

kredit gambar : ahlidesign.com


p/s : hana tangan kidal, otak kanan ;) anda cam ne pulak ?