Showing posts with label pendaftaran unisza. Show all posts
Showing posts with label pendaftaran unisza. Show all posts

:: Permulaan baru di Unisza ::

selamat malam semua. pada yang belum solat isyak tu, sila- silalah
tunaikan apa yang patut ;) 
minggu nie hana dah balik umah. bak kata pepatah , rumahku syurga ku . memang betol . HAHA. 
sebenarnya hana tulis entry kali nie berkait taw . tapi entry yang pertama nie hana nak cerita pasal 
sepanjang permulaan hidup di unisza ;) 
memang korang kena baca dan bagi pendapat korang la . nak tahu jugak apa yang korang rasa kan.. 

sebelum tu nak di jadikan al kisah. hana daftar unisza pada 3 september . 
mesti ada orang cakap dalam hati, " ada aku kisah ? " 
aku pulak balas , "suka hatie aku la nak tulis apa , blog aku kan " HAHA . 
nie hana tunjuk barang yang hana bawak untuk bekalan di sana ;) 


cket aje kan ? ye la . nanti kan orang cakap aku nie pergi tak nak balik pulak kan . ye la. rumah area terengganu je kowt ;) takkan nak bawak satu kontena .

pergi tu hanya ALLAH je la yang tahu cam ne jantung nie berdegup ;) 
turun dari rumah pukul 7.30 . sampai sana kul 10 lebih. lambat tu coz hanta adik pergi sekolah dan pergi breakfast jap . kan perut lapar tak ley drive lak kan . 
sampai je unisza tu, terus je pergi daftar. terkejut kowt coz dapat tahu yang hana kena duduk blok I. blok yang paling jauh sekali . memang jauh sangat . 
selamat la setahun je duduk dalam tu. kalau tak ley jadi mayat hidup la hana nie . 
sekarang ni pun berat dah turun. ye la , dari cafe ke blok dan blok ke kuliah . memang jauh gila2 . 
tapi bersyukur la kan ada jugak tempat untuk beteduh . 




sebelum tu, hana nak cakap yang rumate hana baik taw ;) dia budak kelantan , THE RED WARRIOR  gituu, ambik account ;) 
satu rumah tu ade 5 blik, setiap bilik ada 2 oang penghuni . 
ala.. stail cam apartment gitu ;) HAHA . 
Tapi sorry la. tak sempat nak ambik gamba rumate hana, tapi housemate hana semua baik2 dan periang semua . dari semua negeri ada. termasuk la orang SABAH . 


nie lah bilik hana . luas je bagi hana . 
abaikan muka hana yang tak bermaya tu sebab penat berjalan nak sampai ke bilik ;) 
make up pun dah cair ;) HAHA. 
 

yang tu je la yang hana nak update pada hari nie. esok nantikan hana nak ceita tentang orintasi dan jugak perkhemahan di merang . ;) 




:: Doakan Hana yerp:


'
hari nie dah hari ahad kan ? 
esok dah hari isnin . yeahhh! isnin . hana akan daftar kt unisza
malasnya nak pergi . nak cuti lagi . nanti hana akan kurang update blog hana nie . tapi hana harap korang akan masih setia follow blog hana ;) 
ye la. nak jadi pelajar sepenuh masa la katakan . sekarang nie dah masuk degree . tak boley main- main lagi.. umur pun dah 19 tahun . anggar nak habis degree umur dah 23 tahun . sebab kos hana nie ambil masa 4 tahun untuk habis. degree untuk pelajar lepasan matrik memang la lama cket ;) padan la kan dengan matrik yang satu tahun je . 

hana dah message kawan2 hana yang sekarang dah ada kat UTM, UPSI,UKM . masing2 seronok dengan kolej kediaman masing-masing . ada sorang kawan hana tu kan , dia cakap kolej kediaman dia kt UKM, cam bukit siket. nanti slim la kawan baik hana tu . jangan nanti hana pulak yang cam tong drum ;) 

yang jumpa artis pun ada , kawan hana WANI yg sekarang pelajar UTM KL, jumpa rusdi ramlee kowt ;) 
alahaiii . sempat lagi ep dia usha-usha artis . dia cakap hensem je . artsi tu tengah buat "shooting" . hana rasa, dia nak suasana daftar pelajar baru la tu untuk lakonan dia yang akan datang . 
kawan hana yang dekat UPSI tu pulak cakap yang dia dapat tingkat 4, satu rumah 6 orang , 1 bilik 2 orang . maklumlah kampus baru dia dapat . 
yang lain- lain hana tak tahu berita lagi . 
tapi jangan nak seronok sangat la, kerana esk dah tak boley update lagi . 
tunggu minggu depan la pulak nak update :) 
tapi jangan bimbang, BB kan ade :) tapi kena aktif kan bis lak pulak ;) hurmm ;( 

pape pun , korang tolong doakan hana untuk hari pendaftaran esok . semoga pendaftaran akan berjalan seperti biasa ;) mudah segala urusan . dan hana jugak harap yang hana akan dapat rumate yang baik hati dan jugak taat pada perintah ALLAH . yang sering mengigatkan ku ketika alpa dan sentiasa ada ketika aku susah ;) aminn ;) 

selamat tinggal FB, BLOG . ku pasti merindui mu nanti ;)