selamat malam semua .
dah lama giler kan hana tak update blog? maaf la.. hana terlampau sibuk dengan test-test midterm hana kat u nie . harap follower hana tak cabut lari la ep ? sape LARI aku kejar sampai lubang rumah nanti :)
cam nie . hana tak tahu nak cerita dari mana , tp sekarang nie banyak sangat hana dengar pasal kematian . korang nak tahu pasal ape? mesti korang nak jawab dah ajal kan? memang la ALLAH dah tetapkan ajal kiTa..tapi hana rasa terkilan kerana seseorang yang telah banyak membantu hana sedang bertarung nyawa kerana telah terkena "KENCING TIKUS" . tikus mana lah yang gila sangat kencing merata-rata tu . AGAK LA TIKUS woii.. banyak tempat ko nak kencing asal la ko kencing kt tempat orang ramai ep ?
mak hana cerita yang pada mulanya "dia" hanyalah demam biasa yang biasa korang demam tu . pastu tiba-tiba dia jadi sesak nafas dan sekarang koma . tak sedarkan diri . tengok la betapa dasyat nya dugaan yang dia lalui. hana doakan semoga cepat sembuh.. nanti siapa yang nak tolong hana pasal computer lagi kan?
cerita nie bukan saja-saja . tapi untuk korang ambil cakna . jangan biarkan perkara nie berlaku pada diri anda dan jugak family anda jugak ;
LEPTOSPIROSIS adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA.
Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup didalam air laut.
CARA PENYEBARAN KEPADA MANUSIA
Air, Tanah atau Tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.
Demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa nilu dibahagian betis dan punggung.
Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.
Maka adalah wajar untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebelum terkena.

SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA JANGKITAN
Demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa nilu dibahagian betis dan punggung.
Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.
Maka adalah wajar untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebelum terkena.
KOMPLIKASI YANG BAKAL DIHADAPI OLEH MANGSA YANG DIJANGKITI
- Pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6. Kegagalan Ginjal (buah pinggang) .
- Jantung berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan gagal berfungsi.
- Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas.
- Akan berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang,alat sulit dan mata.
- Bagi
pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir
tidak cukup bulan,lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIAMBIL. - Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
- Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
- Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
- Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dsbnya.
- Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.
- Dan pastikan kita hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran
Ikutkan banyak lagi cara-cara untuk mencegah,tetapi mungkin adakalanya kita mudah terlupa atau lalai.
Paling mudah perkara ini berjangkit bagi aku adalah melalui Bekas Tin terutama minuman ringan yang diletak ditempat terbuka.
Jadi ingat-ingatlah jangan main teguk jer air tuh..Cuci bahagian atas atau pun minumlah menggunakan straw.Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.
p/s : hana sekarang dah tak tertarik nak bela hamster, coz hamster tu kan SEJENIS dengan tikus jugak . even hamster tu 70% lebih comel dan cute dr tikus rumaah ~ HAHA..