:: Apa lagi yang Patut ku Ubah::

selamat pagi korang . 
yang masih tido tu, bangun-bangun la .. dah nak masuk tengah hari nie . 
nak kena jirus air ke baru nak bangun ? 
orang tua-tua cakap orang yang bangun tengah hari nie , muka cepat TUA. 
siapa nak berkerepot2 cepat tu sila kan la yerk ;) HEHE.. 

okay la . hana tak nak cerita pasal muka sekarang nie . 
hana nak tanya pendapat korang la , 
apa yang patut hana ubah kat blog hana yang tercinta nie ?? 
mungkin bagi hana dah okay , tapi pada mata korang tak okay? 
so sila berterus terang je . hana tak makan orang okay 
hana makan nasik je . 
makan kamu buat apa , jadi vampire nanti . 
tak pasal betukar nama blog nie jadi "vampire diaries " 

sebarang komen anda ,amat la hana hargai . sila cakap apa yang x puas hati . nanti hana akan betolkan .
=="skema gila bapak kan ayat aku? HAHA. pedulikan . 


:: Kenalan baru ::

okay la.. entry hana pada kali nie memang istimewa siket. kerana ada orang yang special dalam entry nie taw.. 
betol la orang cakap, kalau kita nie baik, kita akan jumpa orang yang baik .. ALLAH akan utuskan orang yang baik untuk berada di samping kita .. 
bagi hana, walaupun hana belajar di unisza, yang orang lain sering pandang rendah , hana selesa . rasa tenang berada di sini.. mungkin ALLAH tahu kemampuan kita kan . jadi tidak perlu bersedih . mungkin ada hikmah disebalik nya . dan hana telah temui hikmah nya .. 
mungkin orang yang tak tahu atau kurang tahu akan kelebihan belajar di TERENGGANU nie . 
bukan nak promote negeri hana , tapi nie la kebenaran dia.. 

Semenjak hana belajar di sini, hana rasa ketenangan dan ilmu senang nak masuk dalam kepala .. kalau ada orang tanya kenapa? 
YESS! hana akan jawab, kerana kat sini amat jarang kalau kita nak tengok lelaki dan perempuan berdua-duaan. hana masuk di sini pada 3.9  .  pada hari mula2 masuk, hana dah nampak tempat nie akan banyak merubah aku " bisik aku dalam hati" . dan memang betol . di sini hana temui apa yang hana cari selama ini.. iaitu KETENANGAN & KEBERKATAN..

Hana juga temui "housemate" yang BAIK HATI, SPORTING habiss la.. 
dulu masa hana kat matrik, susah nak jumpa yang cam nie .. yang selalu tegur menegur kalau ada kesalahan.. kitaorang diibarat macam family yang kecik.. 
dalam satu rumah ada 10 orang tuan puteri lagi cantik dan rupawan .. 
sesiapa yang melihat mesti tertawan . ceeewaah~ 

meh sini hana nak habaq maii .. nie la roomate hana ;) 

nama manje nye ijah ~
yang pakai shawl tu okay . cantik kan? nie la awek kelate.. 
ada kawan hana cakap yang dia nie budak fakulti islam ;) 
hana dengar gelak kowt~ memang tak boley blah.. jauh tersasar dari kos sebenar ;) nie la teman hana untuk bersembang dan bercerita.. dia nie jugak, cam ustazah taw ;) acu try test bab kawen~ hehe.. konpem ley jawab~ HEHEE.. 
dia nie kalau korang nak tahu, budak pandai nie taw ;) siyes gua tak tipu . tiap2 malam hana dah tido, dia masih lgi study. jeles tengok dia~ tapi semalam, ingatkan dia buat esaimen, rupanyaaaa .. teng.. tengg. tenggg.. 
peminat no 1 RUNNING MAN


yang tengahh tu okay ~ mata tu tak payah la nak melilau sangat ;) tahu la dorang nie comey ;) 
yang tgh tu nama sweet nya ummie ;) 
dia nie rajin orang nya ;) selalu je jadi mak2 kitaorang yang tak pandai nak susun2 kasut dan bab-bab kemas rumah nie ;) memang beruntung la sapa yang jadikan dia isteri. 
mesti korang tertanya kan ? knp ijah ada sekali ? 
WELL. ijah tu kawan forever after ummie sejak dari matrik lagi .. memang tak ley dipisahkan . dimana ada ijah, disitu ada ummie ;) 


nie pulak akak senior okay . 
sangat la sporting ;) cam rasa nak g genting pun ada ~ mesti kalau korang tengok dia nie cam AYU sleeping je kan? sebenarnya .. hanya orang yang kenal dia je yang tahu cam ne.. 
nie namanya khalijah~ dah ada orang taw! dont play2 ;) HEHE. pasal akk nie, memang hana suka. banyak persamaan antara kami. mungkin lahir pada bulan yang sama iaitu APRIL. dan ramai jugak yang menganggap akk nie kakak kandung hana ? entah cam ne la dunia hana nie kalau ada kakak kan ? mesti kena buli je . cam adik tiri je la~ 


yang ceria nie la rumate kepada puteri di atas. nama nya faiqah.. budak fakulti food tech~ budak terengganu jugak . 
sangat la busy orang nya .. siang malam keluar je .. bukan keluar dating okay . keluar belajar.. 
dia nie pun rajin baca buku.. kalah la aku nie yang rajin mengadap MUKA BUKU je ;) HEHE.. 


 yang manis lagi cun nie ialah tata ;) 
budak sabah bah~ hehe.. nie jurusan undang-undang taw . bakal menjadi lawyer yang famous amous nanti taw ;) nie pun seorang yang sangat2 busy ;) siang malam lewat balik study.. kadang-kadang nak jumpa dia pun susah dalam sehari .. tetapi tetap senyum walau dalam keletihan . banyak ajar hana bahasa sabah ~ sebenarnya teringin nak g sabah . nak g gunung kinabalu cam cerita "DEJAVU DI KINABALU".. 
Boley buat aksi cam tiz zaqyah siket ;) hehee.. 


fokus pada gambar yer ;) yang nie puteri yang berasal dari negeri jelapang padi ;)
hah ! siapa yang tahu kat mana ? kembangkan hidung anda :P. 
nama comel dia azi :) seorang yang aktif dalam SUKSIS.. 
tak tahu apa itu suksis? tanya Mr Google ;) rajin dia nie ;) seorang yang perahsia jugak kowt ;) kerana jarang bertemu dengannya ;) susah nak korek rahsia ,. HEHE. 

yang 3 orang lagi hana tak dapat nak cerita kerana hana xde lagi FB diorang . tapi hana nyatakan kat sini yang selebihnya ialah mierah, kritha dan jugak kak wa

kiranya rumah hana nie macam-macam ragam la boley jumpa . nak yang mana ? semua ada.. bak kata astro, macam-macam ada~ tinggal nak pilih je ;) nie la yang hana suka kalau duk sini ;) BEST sangat.. harap lepas nie kitaorang akan lebih rapat lagi . 

itu je la yang hana nak cerita pada korang , insyaallah esok hana akan ceritakan pasal budak-budak SOFTWARE pulak ~ nantikan sambungan nye . 




wordless sunday ~

selamat pagi . 
terengganu hujan lagi, al maklumlah musim tengkujuh kan, memang selalu hujan je . 
pagi nie awal2 pagi dah ade kuiz COA .. 
selamat la bi pada pagi nie batal  . 
boleh la balik bilik ;) HEHE. 
tapi hari nie memang tanpa kata la ;) bosan pun ada sebenarnya kalau takde kelas . 

pastu tiba-tiba baru teringat yang hana kena jawab kuiz online PROGRAMMING . aduhaii . 
satu masalah lak timbul .
ENCIK JAVA nie tak nak bercinta ngan aku la . stress betol la cekk nie . 
aku tangkap cintan sama java . tapi dia reject cinta aku mentah2 . sabor je la .. kang x pasal-pasal lappy nie duk bawah . takpe -takpe .. akan ku menangi hati mu encik java . 
i love you java <3 <3 .

okay la . nak buat kuiz ;) 
cuba korang tengok gambar bawah nie , ade kaitan ngn korang tak? korang kategori mana?


:: Berita Tergempar :: ??

Ohoiii ;) lama tak dengar cerita korang . 
ada sapa2 yang nak suruh hana komen blog diorang ? hana suka pergi jalan-jalan blog orang nie ;) 
tapi sesiapa yang letak "word verification " tu memang hana tidak akan pergi lagi dah . 
menyusahkan orang je la . 
sekarang nie banyak kan cerita yang tak BERMORAL
semalam hana di kejutkan dengan cerita ustaz penipu tu . entah apa la dunia nie nak jadi sekarang kan . mungkin dunia akhir zaman, nak khiamat dah kowt? betol tak wahai rakan blogger sekalian? 


mungkin kegiatan menipu tu biasa bagi dia, tetapi hana rasa tidak patut la kerana mempermainkan perasaan perempuan . ustaz nie khabarkan tidak memilih perempuan yang "gedik-gedik" atau tidak menutup aurat nie, kebiasaan nye dia memilih gadis melayu terakhir la katakan . yang tutp litup tu . amacam? sentap tak? HEHE. dah ramai kowt yang menjadi mangsa dia nie . nak cakap playboy, dia tu ustaz . tapi apakah? aduhai . pening den di buat nya . sampaikan dah 11X kahwin tu, pastu tinggalkan anak bini dia cam tu je tanpa sebarang nafkah!




hari nie pulak hana terbaca pasal seorang pelajar malaysia berbangsa cina yang upload gambar seks nya bersama kekasihnya tanpa "sensor" what the !? yang memalukan lagi ialah dia nie tanpa segan silu ambil gambar tanpa menutup muka lansung . nampak sangat la yang dia nie memang tak de sifat malu dalam diri . nauzubillah himinzalik. alhamdulillah jugak kerana kes nie bukan kaum melayu atau lebih tepat lagi beragama ISLAM. kalau tidak, mana la nak letak muka nie kan . jadi hana berharap sangat wanita di luar sana, jagalah maruah anda sebaik-baik nya . janganlah kerana seorang lelaki yg belum sah menjadi suami anda, anda serahkan segala benda termasuklah mahkota diri anda kepada mereka ;) 

p/s: kepada ustaz razis tu, moga dibukakan hati untuk bertaubat, sesungguhnya perkataan "ustaz " tu sungguh besar maknanya dan tinggi martabatnya . kerana ustaz di hormat kerana agama nya . 
* yang pelajar china tu no komen la* masing-masing agama, ada cara yang tersendiri . 

:: Sambungan ::

selamat pagi semua . 
hari nie hana nak tunjuk kajian yang telah hana lakukan pada entry lepas :) 
korang dah tengok belum ? 
bagi yang belum , jon terjah . 


so keputusannye cam nie je la . 
sape yang dapat lain tu, dia tak ikut step yang hana ajarkan la tu kan . HEHEE . 

*klik untuk pembesaran*

tu je la yang hana nak share ;) lain kali 

:: Nie lah ekk TAKTIK korang!! ::



selamat petang . okay . tak sabar nak update blog . 
hari nie dapat idea nak update pasal apa pulak ~ jon terjah entry hana kali nie . 
korang tengok tak tajuk hana hari nie ? nie idea fresh taw . 
balik dr kelas COA, terus je update . 
cam nie, buat blogger-blogger sekalian, hana nak share kt korang satu mende nie . 
mesti korang terkejut kalau korang tahu hakikat sebenar . 

nak tahu takk ?? 

....
........
..........
...............
.....................

okay . cam nie . cuba korang bukak blog kawan-kawan korang . 
contohnya : amek sampel blog hana la . 
dhyeahana.blogspot.com
* blog cute la katakan* hehe. 

perhatikan betol-betol taw.. 
cuba korang buang huruf "s" kt blogspot tu 
biar dia jadi cam nie .. 
dhyeahana.blogpot.com..
cuba korang tengok apa yang korang nampak .. 

pastu inform balik apa yang korang nampak kat hana ep .. 
hana akan tunjukkan kt korang pada keesokkan hari nya resultnya bagi yang ""malas"" nak explore ilmu nie kan . HEHE. sentap idokk? HAHA. 
bagi yang rajin. korang try dulu, pastu korang komen kt comment box hana ~ 
 

:: Pasrah ::

selamat petang semua . 
mesti korang terfikir kan, di mana hana menghilang selama nie . 
ye la. dah 3 minggu tak update blog . bukan apa, kat sini, line internet jap ade, jap xde .,. 
dah la line cam siput sedut je ==". laju lagi hana hirup kuah tomyam tu . HAHA. 

OKAY la .. 
tanpa buang masa , semalam hana pergi la satu kedai kat bazar kat unisza nie kan.. 
lepas tu ingat dalam dalam hati nak jugak beli headphone yg dr dre tu kan , pastu bila hana tanya penjual tu , dia wt derkkkk je . ingat aku nie tak wujud ke ? 
sabar hana .. tapi bila panggilan ke dua nie tak bersahut jugak , rasa nak lempar jd kotak depan hana kat dia , jahat tak? HEHE . tapi tak buat pun . baik masih ada dalam diri tu kan. 
lepas kejadian tu, hana dah tak pergi dah kt dia . 
okay la . yang tu kes pertama yang pasrah . 
tinggal kenangan je headphone tu. ;) 

nie kes ke dua lak , 
hana punya duet, banyak gila berbelanja dan melabur kat bazar tu , 
aigoo . 
rasanya sepanjang dua hari bazar kt sini, hana dah habiskan rm 70
tapi barang yang hana beli tu memang dah la yang hana nak . 
antaranya screen protector privacy BB 9380, cover bb , baju kemeja , skin lappy, cardigan . 
malam nie nak beli jersey lak ~ HAHA. nampak tak kelicikan dia tu? 
baju jersey tu cantik betol la . even harga dia just rm 10 . tapi memang selesa pakai . betol . wa tak tipu lu la . 
kita tgk je la malam nie hana perhabiskan berapa pulak yerk ~ 

* new cover*

*new skin lappy*


lagi satu , hana perasan kan, follower hana dah LARI PECUT dah 3 orang . 
mana korang lari ep ? tak pe la . mentang - mentang hana dah jarang update, dia lari pulak . sampai hati . isk . isk isk ;( 
tak pe la . yang masih tinggal nie , hana ucapkan ribuan terima kasih . kerana masih setia menunggu . 
ku menunggu, menunggu cinta yang tulus dari dirimu . ceeewaahh ~



okay la . mungkin setakat tu hana nak update pada kali nie , semoga korang hidup aman damai je ;) 
wassalam ~