:: Bediam Diri Itu lebih BAIK ::



Selamat malam pembaca sekalian.. 
harap sihat sejahtera.. nie mesti ada yang buntingg perut nie.. ye la. time berbuka, makan banyak sangat . 
malam nie hana terpanggil untuk berkongsi satu artikel dengan para pembaca sekalian.. tak rugi bukan berkongsi ilmu ? tajuk malam nie ialah DIAM. diam tu ada banyak maksud bukan ? kalau orang datang masuk meminang perempuan, wali nya selalu berkata, anak diam, diam maknanya setuju bukan ? 
tapi diam jugak lebih bagus daripada kita terus menegakkan benang yang basah. 



Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.



HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib. Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:



* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM ) * "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia. 


18 comments:

  1. betol2..lebih baik diam jika tak nak keruhkan keadaan..^_^

    ReplyDelete
  2. law bab kwen,diam itu tnda stuju..hehe

    ReplyDelete
  3. ye,,diamlah selagi termampu
    diamlah untuk tidak merumitkan keadaan.
    dan bersuarlah bila diam ituu membuat orang salah faham..:))

    ReplyDelete
  4. banyak sebenarnya hikmah diam ni kan

    ReplyDelete
  5. diam-diam tersipu malu... kihkihkih

    ReplyDelete
  6. lbh bek diam drp melalut xtentu psl =)

    ReplyDelete
  7. btol..diam lebih baik dr berkata2perkara lagha..

    ReplyDelete
  8. @Plug Mapuh HAHA. amboi.. kalao kawen cepat meyh ;) haha..

    ReplyDelete
  9. @si kiut lavender btol2. hana setuju sangat dengan statement anda ;)

    ReplyDelete
  10. org yang pendiam selalunya baik :)

    ReplyDelete
  11. nana singgah. nana pun selalu memilih untuk berdiam. drpd mengeluarkan kata2 yg boleh menambah keruh keadaan, diam mmg jalan terbaik kan. salam ramadhan. dah nak raya hehehe

    ReplyDelete
  12. mendiamkan diri lebih baik dari cakap bukan2 kan..

    ReplyDelete
  13. bak kata pepatah . diam2 ubi berisi . jgn igt org diam neh tade perasaan . skali keluar dr mulot mereka, smpai mati takkan lupa . haha

    ReplyDelete
  14. @Erna Ziana Lamsera tahu takpe. susah jugak kalo jupe orang mulut laser nie.

    ReplyDelete

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^