:: tanda cinta anda TERBALAS::




Apakah perasaan anda bila mengetahui cinta anda terbalas? Terlebih-lebih lagi yang membalas cinta anda adalah Raja kepada sekalian raja di alam ini, Penguasa kepada kerajaan langit dan bumi dan Kekasih yg abadi dan tidak pernah berbohong dalam cintaNya! Pastinya cinta-Nya kepada kekasihNya lebih anggun daripada cintanya Uda dan Dara, Romeo dan Juliet, Beckham dan Victoria dll. Bagaimana nak tahu anda sedang dicintai-Nya?


1. Suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan
di darul salam(Jannah/ Syurga). Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati
mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan
yang dikasihi. Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin
tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya
ia suka untuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu..
Rasulullah s.a.w bersabda: ertinya: “Sesiapa yang suka bertemu
Allah, maka Allah suka bertemu dengannya”.


2. Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah
berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam
dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu,
meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub
kepada Allah dengan amalan-amalan sunatFirman Allah, ertinya: ” mereka
mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak
ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutama
(yang lain) berbanding dirinya sekalipun merekapun mempunyai keperluan
tersendiri”.


3. Tenggelam dalam zikirullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati
Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan banyak
mengingatinya. Oleh kerana itu antara tanda-tanda kasihkan Allah, suka
mengingatinya (zikir), sukakan al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah
s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.


4. Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepada
Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan
tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus
segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai
kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepada-Nya.
Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebin baik
kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kasih
sayangnya ??


5. Tidak bersedih diatas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih
dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa
mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon
simpati, hisab diri dan juga taubat.


6. Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan
atau kepenatan. Kata al-Junaid: “Tanda orang yang mengasihi adalah
berterusan dalam amal. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati
dia tidak akan lemah”.


7. Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh
musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah:
ertinya: “Orang-orang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di
antara mereka”. Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan
tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah.


8. Kasihnya itu disertai takut dibawah kehebatan dan kebesaran Allah.
Ada yang menyangka takut itu bertentangan dengan kasih. Sebenarnya itu
tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat
sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang
yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta.
Takutkan beralih cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta.
Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut menjauh diri.


p/s : kadang-kadang hana terfikir mengapa cinta pd makhluk melebihi cinta pd sang PERNCIPTA sedangkan DIA lah YANG MAHA SEMPURNA.
-semoga diriku ini kuat untuk mendapatkan cintamu. ku takut tenggelam di dalam laut nafsu ya ALLAH. kuatkanlah diriku.

4 comments:

  1. cinta allah pada umatnya umpama penampar yang hinggap dipipi...zyuuup...sakit tak?...boleh terangkan sifat sakit tu? bulat ker, bujur kr.mesti laaa tak boleh.tp boleh rasakan? mcm tu laaa....

    ReplyDelete
  2. @harrazdanihehe. bgus kte2 2. sokong sgt.. spe2 yg ckp ley trgkn sift sakit 2 mmg power la. haha..

    ReplyDelete

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^