Showing posts with label kek coklat kukus. Show all posts
Showing posts with label kek coklat kukus. Show all posts

Resepi : Mini Muffin Coklat Kukus


Malam nie hana nak kongsikan satu resepi dengan korang semua ;) dah nak puasa kan. so mana tahu korang tgh free atau buntu nk buat hidangan apa untuk raya nie. amboii. belum puasa dah nak raya hana nie kan . HEHE.. 

so tanpa melengahkan masa hana nak share dengan korang nie ;) 

Bahan A:-

2 cawan susu cair 
1 cawan minyak masak/250 gm mentega & cairkan. 
1 3/4 cawan gula kastor (*nak guna brown sugar pun boley)
1 biji telur
1 sudu besar coklat emulco

Bahan B:-

250 gram tepung naik sendiri 
50 gram serbuk koko 
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat 

Cara-Cara:-
Satukan bahan A hingga sebati. Kacau guna whisker sahaja.
Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dan kacau rata, jangan terlebih kacau.
Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan kertas/muffin cups dan kukus selama 10 - 15 minit.


p/s : untuk menjaga keaslian kuih, hana bungkus kan penutup dye dengan tuala.. ala, cam sup bunjut tu. senang je kan ? boley makan puas. sangat gebusssss dan moistt yee. tak percaya ? try la. KUKUSS aja . senang kan ? 



gambar di bawah nie adalah semasa sesi pengkukusan berlaku ye ;) nampak tak wap-wap dye tu. HAHA..