Showing posts with label kejadian supermoon. Show all posts
Showing posts with label kejadian supermoon. Show all posts

Supermoon NIsfu Syaaban

|| Assalamualaikum ||



Selamat malam semua. dah berminggu rasanya hana tak update blog. kerana waktu sekarang tidak mengizinkan ku untuk mengupdate sebarang berita.. khamis lepas baru je balik dari u ;) sekarang home sweet home

Tapi sekarang nie Malaysia dah di landa jerebu la pulak kan? kawasan hana Dungun nie dah tak nampak kawasan dah sekarang nie.. semua jerebu dah tutup.. sabar je la.. musibah dari Allah bukan ? bersabar lah wahai manusia sekalian :) hana nak selitkan sedikit doa supaya hujan turun . agar Malaysia tak lagi selubungi "MISS JEREBU " 


Moga Allah turun kan hujan untuk Malaysia nie ;) kalau hujan satu hari pun rasanya dah cukup untuk hilangkan jerebu kejap. okay la. malam nie hana nak tanya korang. korang tengok bulan tak ? alahh. time balik dari masjid tu takkan tak tengok langsung bulan ? kalau yang tengok tu kita geng !! perasan tak yang bulan malam nie colour merah cket ?? merah oren cm tu.. cantikk.. bersinar terang malam nie taw.. NASA cakap bulan malam nie 3x lebih terang daripada biasa ;) NAMA NYA SUPERMOON ;)

Kesan dye takde la banyak sangat tapi yang nie la yang hana tahu dari sumber yang boleh di percayai :
  •  perbezaan pasang dan surut air laut yang tinggi sedikit berbanding kebiasaan
  • jarak paling jauh Bulan dengan Bumi bagi tahun 2013 ini adalah pada 7 Julai ini iaitu pada jarak 406,491 km.
  • Bulan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah.

Tapi memang cantik gila la bulan malam nie. serius cantik ;) dah la fenomena SUPERMOON nie bersamaan dengan malam nisfu syaaban ;) semoga Allah memberkati kita semua.. Jom kita layan gambar bulan yang cantik nie dahulu ;) 





CANTIK KAN ?? SEMUA CIPTAAN ALLAH SANGAT CANTIK DAN SEMPURNA ;)




p/s :  Buat pengatahuan korang malam ini adalah 15 Syaaban iaitu malam Nisfu Syaaban, dan dalam masa yang sama berlaku fenomena "Supermoon" ini, kalau korang perasan pada post Nisfu Syaaban yang lalu iaitu pada tahun 2011 juga berlaku fenomena yang jarang berlaku iaitu Fenomena Istiwa Matahari.



                                                                                                                       sumber : SUPERMOON