Showing posts with label jawapan pd semua persoalan. Show all posts
Showing posts with label jawapan pd semua persoalan. Show all posts

:: YA ALLAH, aku tak mampu! ::

Assalamualaikum.. 
ya ALLAH.. begitu berat dugaan yang mu berikan padaku . 
pada hari jadi ku. adik ku accident. 
lututnya luka parah. BERLUBANG!
adik hana lak arif 2 demam. 
alhamdulillah hana ada kt umah.. boley jge dorang.. tapi bukan perkara nie hana nk citer.
dugaan nie baru sedikit. insyaallah hana mmpu tanggung lagi. dengan izinMU ya ALLAH.




tapi kt sini hana nk tegaskan TIADA SESIAPA PUN terlepasa daripada MUSIBAH dan KEKECEWAAN.
ats diri kita sendiri untuk mengatasi hal tersebut. 

Sedarlah wahai manusia yang hina..Allah menguji kita kerna Allah sayangkan kita..Kerna Allah S.W.T itu penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Kerna Allah ingin memasukkan ke dalam syurgaNya..Jom kita baca soalan dan dalil di bawah,agar kita mampu mengerti..

KENAPA AKU DIUJI?
Firman Allah SWT: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2~3)

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
Firman Allah SWT: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216)


KENAPA SANGAT BERAT UJIAN INI?
Firman Allah SWT: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS Al-Baqarah: 286)

AKU RASA KECEWA!
Firman Allah SWT: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu serta patuhlah kamu kepada Allah supaya, kamu beruntung (mencapai kemenangan)." (QS Al-Imran: 200)

Firman Allah SWT lagi: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45)

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (QS At-Taubah: 111)

KEPADA SIAPA AKU MENYANDARKAN HARAPAN?
Firman Allah SWT: "...Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia memiliki Arasy yang agung." (QS At-Taubah: 129)

AKU TAK MAMPU BERTAHAN LAGI!!!!!
Firman Allah SWT: "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (QS Yusuf: 12)

Jadilah kita hambaNya yang senantiasa tunduk dan patuh pada syariatNya..Bukan manusia yang angkur dan takbur di bumi Allah ini..Nauzubillah~ Moga-moga kita terus berada di dalam redhaNya..

amin ya rabbal alamin...

:: jawapan kepada semua persoalan ::

 Assalamualaikum.. pagi2 cm nie.. rajin pulak nk bkk FB.. tbe2 tertarik pd satu post kiriman seorang hamba ALLAH nie.. dia telah memberikan semua jawapan pd sume persoalan dibwah.. menarik sgt.. 
cuba la kamu semua hayati.. jgn jadikan hidup kamu sia2.. selamat membaca~




1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
= sekurang-kurangnya, yg tutup aurat, mrka dh cba untk ikt syariat Allah..

2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...
=setiap manusia ada baik dan buruknya
=pakaian mencerminkan keperibadian seseorang


3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
=ingatlah, tubuh bdn bkn hak kita.. ia hanya pinjaman drpada Allah..
=sesungguhnya, pakaian yg mencolok mta itu akn menarik perhatian, dan iman yg teguh sbgai bentengnya..


4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..
=melemparkan pandangan tidak salah.. tp pndangan itu yg salah apabila ia tidak berteraskan syariat..

5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
="sesungguhnya solat itu mencegah (perbuatan) keji dan mungkar" al-'ankabut;45
=dalam solat ada 3 rkun iaitu qaulu, fi'li dan qalbi.. sempurnakah semuanya?


6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
=tidak mahu jadi hipokrit atau tidak mahu jadi bahan bakar api neraka??
=dah tau tutup aurat itu bagus, knp nk buka aurat lg?
?

7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain..
=siapa kata tidak mengganggu?? setiap orang mempunyai hawa nafsu.. kalau kena rogol, bru nk g t report.. dh gnggu polis.. lps tu g nangis kt kwn2 dgn parent.. x gnggu lg kah??

8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
=ingat, mmg hubungan kamu dgn tuhan, tp kamu jgk ada hubungan dgn manusia.. hablu minallah, wa hablu minannas..
=dosa kamu dgn manusia adalah kamu mndedahkan aurat kamu, kamu jgk membangkitkan syahawat..


9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
=tidak salah ikut fesyen?? let me pusing the ayat first..
salah tidak ikut fesyen?? atau salah tidak ikut suruhan Allah..
=mana lebih utama, fesyen atau Allah??


10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..
=mana lebih utama?? ikut arahan photographer atau ikut arahan Allah??
=kamu ni hamba Allah atau hamba photographer??


11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..
=tahukah kita, masa yg Allah berikan kpd kita smpai bila?? mcm mna klau x smpat??

"...Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya [1233] ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
al-ahzab;59