okay la .
sebenarnya kan hana terlupa nak update pasal cerita yang hana dah janji kt korang hari tu ;)
maaf pak . maaf ibu !
sebut pasal Orientasi mesti korang dah bayangkan kan kena ragging segala kan ?
tapi kat unisza nie kira baik cket la.. takde la kne ragging yang pelik-pelik pun . minggu nie dikenali sebagai "MINGGU MESRA SISWA"
cuma dorang suRuh kitaorg ulang alik dari dewan gimnasium tu je la. dah la jauh gila bapak !
nak tercabut lutut nie . hana rasa berat hana turun time orientasi tu la . nak tercabut segala anggota kaki nie . siyes! memang jauh .
dengan panas terik nye, sabar je la . nasib la 5 hari je .
tapi yang paling best, makanan FREE ! dah la sedap - sedap dan mewah segala . HAHA.
tapi memang rushing gila .
pukul 4.30 kitaorang dah kena bangun untuk solat subuh . kalau lambat siket, bunyi la SIREN yang paling best didengar . air tu tak payah cakap la kan . sampai ke tulang rasanya ;)
lepas siap tu, kitaorg ada makan pagi . pukul 8 bergerak ke dewan gimnasium tok dengar taklimat.
uisssh~ sumpah mengantuk gila . hana dan kawan-kawan memang tido je . *nakal siket*
selamat la tak kantoii . kalau korang pun akan rasa cam tu jugk . dengan tido kul 1 . memang tak cukup la kan . tapi nak buat cm ne, memang kena ikut arahan je .
tapi hari last tu kitaorang ade orientasi . abg2 dan kakak fasi semua terbaaikk la!
dorang hiburkan hati yang lara nie kan . cam2 aktiviti ada .
ada wayang kulit la. persembahan dikir barat dan banyak lagi . tapi memang mementingkan 1 MALAYSIA . kerana dorang gabungkan antara melayu, china dan india ;)
memang sedikit terhibur la jugak kan ;)
pastu keesokan harinya kitaoarang ada sesi pemantapan diri kt kem kokuikulum unisza kt merang .
mula - mula datang tu memang tekejut jugak . rupanya kaya jugak unisza nie kerana ada pusat kokurikulum dan jugak balai cerap anak bulan unisza ;) HEBAT!
lagi hebat kerana kami tahu yang esoknya kitaorang kena JUNGLE TREKKING + BERENANG .
Seriously terkejut ! yang berenang tu tak boley blah ;) dah la dah lama tak berenang . malam tu tido dengan lena nya dalam khemah . besar jugak . tapi sejuk .
tapi alangkah tekejut nye , kul 4 pagi tu .
BOOMMM . BOOMMM. BOOMM .
Balingan mercun bola ke ketupat entah . alarm kami untuk bangun tidur . mak aii.. kalau la orang yang ada penyakit jantung boley mati .
dia bagi masa 5 min je untuk keluar dari khemah , dengan muka dah macam apa, terus keluar. lari - lari segala .
pagi tu kami ada LDK . best la jugak ;) dan fasi kumpulan kami ialah pensyarah dari thailand kapp!
dia cakap ramai yang salah bahasa untuk "greeting"
sepatutnya kalau lelaki : "sawadeekap"
perempuan : "sawadikaa "
tak silap hana la. HAHA.
pastu kul 3 tu kitaorang jungle trekking . mencabar gila . coz semalam hujan kan . jadi tanah basah . susah nak naik . tapi kitaorang berhasil jugak untuk naik ke puncak .
dan jeng. jengg. jeng. lepas tak rehatnya . kitaorang dipaksa untuk terus berenang . dengan panas terik nya . memancar ke muka terus .
berenang la jugak kita nie . tapi pegawai keselamatan dia memang sentiasa ada la untuk sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku . terima kasih ;)
tu jel a kot nak cerita . dah penat menaip ;)
*ni la tempat berenang kitaorang *
*pusat kokurikulum unisza *
*nasi untuk kem di merang *
p/s: cerita la jugak pengalaman korang masa orientasi cam ne ;)
pengalaman masa orientasi dulu, memang ngantuk gile.. :)
ReplyDeletethen ada slot tu kena pejam mata, alah segmen yang ada nangis-nangis.. saya bantai tido masa bukak lampu, kantoi ngan fasi yang jaga kumpulan..
nasib baik xde pe2.. :)
seriously siap baling mercun lagi??hahaha
ReplyDeleteAkak,saya bkl mahasiswi kat unisza..dlm bidang sama mcm akak software development...nk tanye sikit camane etika brpakaian nk pergi kelas n semua jenis tudung boleh pakai ker?..
ReplyDeleteCara berpakaian ke kelas tu macam mana ye?kene pakai baju kurung je ker? Pastu tudung plak semua jenis boleh pakai ker?
ReplyDelete