:: Kisah sang Teruna dan Dara::

alhamdulillah.. kini ku sudah mampu tersenyum..
hana sudah keluar dr zaman jahiliyah.. terima kasih Ya Allah.
sesungguhnya aku akur dengan ketentuan ini.

kini ku rasa tenang dan ku juga merasakan keputusan yang di ambil betul.
semoga ku mendapat ketenangan yang hakiki.. kali nie hana tak nak citer panjang,
hana dapat cerpen nie kt FB.
tapi hana da renovate cket.. hana harap korang ambil pengajaran..
bukalah matamu, bukalah hatimu wahai sahabat sekalian~

kisah bermula dari perkenalan amin dan juga haliza ;)


Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasangan 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan saja lah. Saja saja saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.

'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free saja." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.thank you..." balasnya pula.

Keesokannya. Aku menanti awal dia online.

'1,2,3..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...

Amin: assalamualaikum wbt...

Liza: waalaikumusslm w.b.t…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Liza: alhamdulillah. .. sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni… tapi tak mengapa, ok saja semua

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Amin: hurm…

Liza: apa dia? tanya lah… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Liza: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tapi, special sikit… tiada couple-couple macam org lain… declare pun tak kan?

Liza: so, statusnya kawan saja lah…

Amin: hurm…

Liza: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion saja lah - antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… yang lain-lain.. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Liza: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah

Amin: sebab……

Amin: sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya menyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat

Amin: kononya Islamik…

Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam… then, org nampak Islamik

Amin: saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber'couple2' ini..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…Insya-Allah.

Astaghfirullahalazim. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini.
Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengadunkan yang Islam dan al-hawa…

Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….

Liza: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

Liza: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Liza:  Wassalam..

Signed out.

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulail, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya. 


Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah. . Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.


4 comments:

  1. akk,, da penah bace,,,
    hee~
    setuju sgt,,
    couple nih x wujud pon dlm islam..
    even islamik mcm mane pon ttp x bule..

    ReplyDelete
  2. btol2,.kawin teros je klu dah berkenan,=)

    ReplyDelete
  3. @Zulaiqa Nazrihaha, kapel mmg xde. tpi remaja skunk mengada2 kn nya..

    ReplyDelete

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^