:: jatuh CINTA atau jatuh NAFSU ::

                        ASSALAMUALAIKUM.. 

mesti korang tertanya tentang tajuk nie kn, sebenanya artikel nie berkait rapat dengan kehidupan korang jugak.
xde siapa pun ley menafikannya.. nie da biasa terjadi.. 

x pyh tengokk jauhh la.. 
tengokk dalam keluarga kita sudah tak pun kawan2 kita mcm ne kn.. 

semoga artikel nie korang dapat mengambil iktibar daripadanya ;) 

Bermula mungkin daripada persahabatan, lewat sistem pesanan ringkas (SMS) ataufacebook. Setelah beberapa lama, pertemuan diatur. Kemudian, keluar berdua-duaan. Malu-malu. Segan-segan. Selepas itu, bermulalah adegan ayang-ayanganje-anje. Mula berpegangan tangan. Perhubungan ini diisi dengan madah cinta yang sangat romantis.

Cinta suci...


Cinta agung...

Semoga perhubungan diberkati dan kekal...

Setelah itu, mungkin ada yang ke jinjang pelamin dan mendirikan rumah tangga dan mungkin pula daripada berpegangan tangan mula melangkah lebih maju dalam keadaan yang tidak baik.

Malaysia Boleh katakan...

Di akhir cerita lahirlah anak luar nikah. Paling tidak, kehormatan diri sudah tergadai atau mungkin hampir tergadai. Barangkali situasi ini tidak berlaku kepada semua pasangan tetapi hal ini berlaku hampir kepada semua.

Kita lihat pula pada sikap mereka yang berada dalam situasi ini. Sanggup lakukan apa sahaja, betul? Sanggup membelanjakan wang dan mengorbankan masa. Sanggup melayan dan menahan banyak kerenah. Sanggup menyerahkan tubuh badan untuk dijadikan sebagai persembahan ‘cinta teragung'. Lebih dahsyat lagi ada yang sanggup menukar agama kerana sayangkan kekasih hati.

Lihat pula kepada perbualan harian mereka.

"Kenapa dia tak call aku hari ni?"

"Dia suka aku ke tak? Sayang aku ke tak?" 

Kalau nak dengar dengan lebih lanjut, saya mencadangkan supaya dengan tak malunya sila duduk di sebelah mereka yang sedang berpacaran dan dengar perbualan mereka. Jika ingin jalan selamat supaya tidak dimaki, tonton sahaja TV3.

Sekarang harap anda mula melihat dengan jelas. Sejujurnya hal ini adalah masalah yang berlaku dalam golongan muda-mudi kita. Kita disibukkan oleh permasalahan sebegini remeh.


Cinta itu juga satu ciptaan. Bukan Pencipta. Cinta bukan Tuhan!


Bukankah cinta itu telah Allah ciptakan kepada manusia sebagaimana Dia menciptakan pancaindera manusia dan akal manusia. Jadi boleh sahaja kita katakan bahawa cinta itu cuma satu jalan daripada jalan-jalan yang telah Allah kurniakan kepada kita untuk mencari redaNya. Sayang... Kita menjadikan jalan itu sebagai matlamat sedangkan matlamat sebenarnya sudah hilang ke mana. Jadinya, secara tidak sedar kita telah terlampau mengagungkan kalimah cinta dan cinta itu sendiri.


JATUH CINTA 
atau JATUH NAFSU?


Bukankah sudah jelas dalam al-Quran dinyatakan bahawa syaitan akan menampakkan sesuatu yang buruk itu sebagai sesuatu yang baik pada pandangan kita?
Berpegangan tangan. Bercumbu mesra. Peluk-memeluk. Tangan menjalar merata diiringi kalimah-kalimah yang manis puji-memuji. Kadang-kadang siap berdoa supaya kasih akan terus berkekalan. Poorah! Bila sudah perut membesar, barulah tersedar dan tersentak. Bila keluarga si perempuan bawa "abang-abang besar" suruh bertanggungjawab barulah rasa kecut dan takut. 

Haq dan batil tidak boleh bercampur. Islam itu lahir daripada keruntuhan jahiliah. Kita ini terbalik pula. Islam itu jadinya pada kita bercampur dengan jahiliah. Maka patutkah Allah reda dengan tindakan kita? Sepatutnya kita melihat melalui kaca mata al-Quran yang sudah terang haq dan batilnya. Bagaimana indah sekalipun jika yang batil itu dicantikkan oleh syaitan, kita tetap akan sedar betapa buruknya apa yang kita lakukan, betapa jijiknya dan kotornya dosa yang kita lakukan itu.


Berhenti dan
 Periksa diri Anda.


Kita bukanlah manusia yang sempurna daripada segala salah dan silap. Kita seharusnya sedar jika telah berbuat kesalahan dan melakukan perubahan. Itulah yang membezakan Adam dan Iblis. Kedua-duanya membuat kesalahan tetapi Adam bertaubat sedangkan Iblis telah bersumpah dengan angkuh dan sombongnya untuk menyesatkan anak cucu Adam sampai hari perhitungan. Berhenti dan periksa diri kita, muhasabah kembali tiap perlakuan kita. Semoga apa yang tertulis ini mampu memberi sedikit kesedaran kepada saya dan anda. Wallahua'alam.




1 comment:

  1. yes. syaitan selalu kacau kita dalam perhubungan dan sentiasa menyesatkan kita.

    Cara Menulis Surat Untuk Isteri Masa Hadapan.
    (Ini adalah contoh surat yang dibuat untuk bakal isteri. Baca kalau teringin nak tahu apa yang lelaki mahu dari perempuan.)

    ReplyDelete

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^