saya tidak cantik ~

kerana saya tidak cantik..
:) saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik..
:) saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik..
:) saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik..
:) saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik..
:) saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.
Paling penting, kerana saya tak cantik..
:) saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih. Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur. Hati yang bersih tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada’ dan qadar ALLAH, tidak menyampai-nyampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun ia benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan kebaikan, suka bersedekah, sentiasa berusaha dan bersangka baik dengan ALLAH. Bersangka baik dengan ALLAH yakni mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar di sebaliknya. Setiap kali menghadapi apa jua dugaan, ianya hanya sekadar untuk menguji sejauh mana cinta dan keimanan kita kepadaNya. Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha, dialah yang paling CANTIK dan INDAH di pandangan ALLAH.




4 comments:

  1. biar x cntek pada rupa
    asal cantek pada agama..
    entry yg bagus..

    ReplyDelete
  2. trima ksih ;) rjin2 la bce k.. hana akn selit kn jgak t kesah hana yg faiz nk taw sgt 2 ;)

    ReplyDelete
  3. hahaha.. opkoz ;) tp tggu lu la. skunk bz la ;)

    ReplyDelete

hello bloggers!
hope you are enjoying visit my blog
you can ask anything to me~
^_^ hanna ^_^