Siapa yang tengah mencari SPONSOR?

Assalamualaikum :) 



Nak bagi tahu pendek je nie :) nak tanya sesiapa atau blogger mana yang sedang mencari sponsor sekarang boley la contact hana :) 

sebab hana sekarang tengah murah hati sekarang nak bagi hadiah, happy sebab si dia dah sampai kat YAMAN :) alhamdulillah dia keadaan baik-baik sahaja :) bersyukur sangat .hadiah yang hana nak kasi tu tak banyak pun. 

tapi boley la sponsor 5 HADIAH untuk pemenang GA korang tu :) 
hana nak bagi barangan pos okay. bukan topup ke barang blog :) 
yang pasti hadiah nya sangat best dan pasti orang akan berpuas hati. sesiapa yang berminat boley la KOMEN KAT BAWAH @ PM FB hana :) 

FB hana ada di sidebar blog sahaja. tekan aje kat situ okay :) simple as ABC . :) 

xoxo :) sekian sahaja :) 

Mati Tidak Mengenal Usia

Assalamualaikum. 


Alhamdulillah. Allah masih bagi kita nyawa untuk kita teruskan kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. tapi alangkah duka nya keluarga arwah kerana telah kehilangan anak kandung lelaki yang menjadi harapan keluarga. Mungkin ramai yang tidak kenal dengan beliau. tetapi hana sungguh tidak menyangka bahawa beliau nie merupakan anak seorang kawan ayah hana sendiri. terkejut apabila ayah mengatakan kepada ku " along, anak kawan ayah, pok azahari telah meninggal masa nak g sekayu. baru 2 hari balik dari Mesir. " innalillahiwainnailahirajiun. takziah kepada keluarga arwah. 

Sebenarnya keluarga arwah nie sangat rapat dengan ayah hana. kerana ayah dia pun bekerja di petronas, Kerteh jugak. sedikit sebanyak keluarga hana mengenali keluarga arwah. adik perempuannya kawan hana. rumah nya pun berdekatan dengan rumah hana di Dungun. 

Sedikit sebanyak tentang nya. Subhanallah ! hebat nya beliau ~ boleh baca tentangnya : 

Meninggal akibat kemalangan jalanraya di Ajil, Kuala Berang, Terengganu pagi tadi 28/8/2013. Katanya dalam perjalanan ke Air Terjun Sekayu.

Beliau sekarang Pengerusi PERUBATAN Cawangan Ain Shams. Pelajar Perubatan Tahun 5, Universiti Ain Shams, Mesir. Sebelum dilantik jadi Pengerusi dulu, beliau sempat contact saya untuk tanyakan pendapat. Memandangkan beliau seorang yang fokus kepada pelajaran. Akhirnya beliau terima jawatan tersebut. Katanya, bila lagi mahu berkhidmat kepada orang lain. Hidup biar bermanfaat.

Dulu time sekolah, kami tinggal di asrama. Beliau waktu petang selalu berjumpa mak dan ayah beliau di depan pintu pagar sekolah semata-mata ingin bertanya tentang pelajaran. Kerana mereka juga cikgu. 

Beliau juga pernah tegur saya dan rakan-rakan, agar jangan panggil namanya dengn panggilan 'Loh" sebabnya tidak membawa apa-apa maksud. Maka, dia minta untuk panggil namanya dengan Abdullah.

Beliau baru sahaja pulang ke Malaysia 2 hari lepas. Terakhir saya chat dengan beliau semalam (27/8/2013). Bertanya khabar dan tanya samaada beliau sudah berada di Malaysia atau masih lagi di Mesir.

Seorang yang hafiz Al-Quran dan menjaga hafalannya. Seorang yang ceria dan suka berjenaka. Semoga engkau tenang di sana sahabat. Semoga Al-Quran yang sentiasa engkau bawa dan jaga itu menjadi peneman dan syafaat buatmu di alam sana.

Mati tidak mengenal usia. Mati tidak kenal tempat dan ketika. 1990-2013. Baru berusia 23 tahun. Allah sudah menjemputmu. Sungguh, terasa kehilangan dan pemergianmu. 

Sama-sama doakan buat arwah.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه



Semoga roh arwah tenang di sana dan bersama orang-orang yang soleh. Ameen. 

Sedih bila ayah cakap kat hana yang ayah dia mengatakan bahawa " TAK SANGKA DIA PERGI DAHULU. INGAT KAN DIA BOLEH BACAKAN YASIN UNTUK NYA DAHULU SEBALIKNYA AYAH YANG BACA UNTUK MU ANAK" :'( 

sumber : SINI 

Tips Menjaga Buah Pinggang ( Kidney )



TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG 


** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakkan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.



p/s : Mencegah adalah lebih baik dari merawat..