.: kalau hana buat segmen ? :.



okay ;) korang dah tengok kan apa tajuknye . 
hana nak buat segmen . pertama sekali dalam hidup nak buat segmen. 
tapi yang menarik nya segmen nie ada hadiah taw ;) 

hadiah dari hana sendiri ;) tapi kalau ada yang nak sponsor hadiah pun boley. 
tapi hana tak nak ramai2 okay ;) 
cukup la setakat 3 orang . 
segmen nie mungkin boleh dikatakan keuntungan korang jugak la ;) 
nak tahu kenapa ? TUNGGGUUU! 

tapi hana nak tanya pendapat korang dulu la. kalau hana buat ,ada sambutan tak ep? hana akan kenakan syarat yang paling SIMPLE . untuk mudahkan korang jugak kan . 

p/s : sesiapa yang nak sponsor hadiah boley la pm hana di facebook yerk ;) yang para sponsor nie pun layaj bertanding dan jugak akan dapat faedah yang sangat baik ;) trust me ! 

adioss ;) 


alhamdulillah.. berakhir sudah


pertama sekali hana nak panjatkan kesyukuran pada ALLAH kerana hari nie dah hari terakir hana exam final untuk sem 1.. alhamdulillah.. lega dah lepas semua paper.. dah dua hari ku tidur tanpa ROOMATE sejati ku . dah lama tak dengar dia nanyi sorang-sorang.. dan dah lama tak dengar nasihat dye ;) HAHA. rindu pulak. sunyi takde teman nak bercakap . tapi takpe. segala PENDERITAAN dah berakhir.. 

last paperrrr hari nie ialah Programming.. gilaaaa la! susahhh bangat.. masa yang diberikan 2 jam 30 minit. tapi tak cukup siyh.. ngan nak tulis coding nye lagi, rasa cam adrenanlin aku nie rasa dah tahap maksima dah rasanya ~ siyesssss.. tapi pape pun, ku hanya mampu berdoa + tawakal atas segala usaha ku.. tak sabar nak balik rumah.. menggemukkan diri selama sebulan ;) HAHA. dan TAK SABAR jugak untuk menginai kan jari ku 10 jari ini .opsss! tersasur pulak .  jeng.. jengg.. jenggg.. tunggu yerk ~ nanti hana jemput korang semua . 

lagi satu hana nak habaq . yang terengganu sekarang dah bebas dari ribut SONAMU tu.. ye la. siapa la yang tak takut kan. sampai kan ade orang cakap yang ribut sonamu tu lebih kuat dari taufan katrina . syukur alhamdulillah . ALLAH masih mahu melimpahkan belas kasihan nye pada hamba- hamba di terengganu nie.. masih memperkenankan doa-doa hambanya yang merintih sayu . sesungguhnya ALLAH ITI MAHA PENDENGAR .  cuma manusia je yang lalai dan alpa tentang penciptanya . Pencipta tidak pernah lupa pada hambanya . betapa besar rahmat Allah pada kita bukan ? oleh itu bersyukur la ! 




:: Ribut Sonamu Melanda Pantai Timur ::

selamat petang semua. 
petang nie cuaca di terengganu sangat mendung + nk ribut . 
korang pernah dengar tentang ribut sonamu? bukan lagu personamu tu okay .. 
sekarang nie terengganu dalam keadaan berjga-jaga.. sekarang di unisza pun awan gelap menandakan hujan lebat akan turun. Ya Allah. lepas satu-satu nak jadi  . tahun nie hana rasa adalah tahun yang paling buruk bagi terengganu . minggu lepas baru je tamat pasal banjir di terengganu, sekarang ribut pulak datang . hana takut sangat . tak tahu kenapa . 
mungkin rumah hana berdekatan dengan laut . 

YE. memang ribut nie melanda di Vietnam . tetapi dia akan terus berpusar untuk datang ke Malaysia pula . dan yang paling malang nya , dia pergi ke dungun dan jugak seluruh pantai timur termasuklah TERENGGANU,PAHANG & KELANTAN . memang cam nie la kan nasib penduduk pantai timur nie . 
tapi tak mengapa kami masih boleh bersabar dan berharap tiada apa-apa yang akan berlaku . insyaallah . 



Dijangka pada 8 januari sekitar jam 11 pagi akan berlaku satu ribut taufan melanda disekitar perairan Terengganu hingga Pahang. Meliputi Pantai sekitar Besut, KT, Dungun, Kerteh, Kemamah dan sebahagian Pahang. Pusat hentaman ribut taufan tersebut adalah di sekitar pantai Dungun. Ini amaran awal, sila berjaga-jaga dan buat persiapan awal.

Ketika ini, angin kencang sedang membawa Ribut Taufan menghala ke arah Barat Laut dari Perairan Filipina. Kelajuan angin sekitar 65 - 85 kmj. Taufan tropika yg diberinama Sonamu (Auring) sedang berlaku di Perairan Laut Cina Selatan pada kelajuan 85-100 kmj.

Disarankan kepada semua yang berada berhampiran kawasan pantai spt dalam lokasi2 yg disebut di atas, sila berjaga-jaga dan buat persediaan awal. Sekiranya taufan tersebut melanda negara kita, dijangka kesannya akan menghentam sejauh hampir 100 kilometer persegi dengan kadar saiz taufan yang sedang berputar ditengah2 perairan Laut Cina Selatan skrg adalah sekitar 390 kilometer persegi dgn kedalaman 22 kaki ke bawah.

 Ribut Tropika (SONAMU) yang mungkin akan menimpa. Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja. Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki. Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :


اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا
yang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah hujan sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan.


** nie la yang pusat meteorologi keluarkan**