Tutorial cantikkan Scroll Bar

selamat malam semua.. ada sorang budak nie kn dia ty hana
kenapa malam2 je hana buat tuto? 
jwpannya hana nie tak de mse nk buat waktu siang. 
~ngee

okie la. malam nie hujan. sedap nak lelap2 mata nie.
hana nk buat tuto ringkas je, ~simple dimple aja~ 

korang da bce kn tajuk tuto hana.
hana nk ajar korang cantikkan scroll bar. 

ala.. yang nie je pun ;) 
*klik tok jadik besar*

step2 dia cm nie je ;) sila perhatikan yerp 

1- Dashboard>Design>Edit html>Tick Expand Widget Templates

korang cari kod nie lak yer

]]></b:skin>
2- korang copy kod nie lak. 


 ::-webkit-scrollbar {height:12px;
width: 12px;
background: #D9D9D9;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #F2F5A9;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
}
3- kod yang ke 2 tu korang paste ATAS kod no 1 ep. 


NotaKaki : 


Yang berwarna BIRU adalah untuk background scroll bar
Yang berwarna MERAH adalah untuk scroll bar


nak warna lain? sila ke sini :) warna pelangi 



p/s: bagi yang tak faham sila la komen2 kt bawah ye.
 insyallah hana akn jwb semua pertanyaan korang~ 


:: Kisah sang Teruna dan Dara::

alhamdulillah.. kini ku sudah mampu tersenyum..
hana sudah keluar dr zaman jahiliyah.. terima kasih Ya Allah.
sesungguhnya aku akur dengan ketentuan ini.

kini ku rasa tenang dan ku juga merasakan keputusan yang di ambil betul.
semoga ku mendapat ketenangan yang hakiki.. kali nie hana tak nak citer panjang,
hana dapat cerpen nie kt FB.
tapi hana da renovate cket.. hana harap korang ambil pengajaran..
bukalah matamu, bukalah hatimu wahai sahabat sekalian~

kisah bermula dari perkenalan amin dan juga haliza ;)


Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasangan 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan saja lah. Saja saja saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.

'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free saja." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.thank you..." balasnya pula.

Keesokannya. Aku menanti awal dia online.

'1,2,3..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...

Amin: assalamualaikum wbt...

Liza: waalaikumusslm w.b.t…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Liza: alhamdulillah. .. sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni… tapi tak mengapa, ok saja semua

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Amin: hurm…

Liza: apa dia? tanya lah… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Liza: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tapi, special sikit… tiada couple-couple macam org lain… declare pun tak kan?

Liza: so, statusnya kawan saja lah…

Amin: hurm…

Liza: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion saja lah - antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… yang lain-lain.. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Liza: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah

Amin: sebab……

Amin: sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya menyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat

Amin: kononya Islamik…

Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam… then, org nampak Islamik

Amin: saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber'couple2' ini..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…Insya-Allah.

Astaghfirullahalazim. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini.
Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengadunkan yang Islam dan al-hawa…

Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….

Liza: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

Liza: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Liza:  Wassalam..

Signed out.

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulail, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya. 


Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah. . Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.


~Jom join contest raya pertama terompahcaring !

selamat malam semua pada pembaca sekalian.. 
kali nie hana nk try join contest nie.. 
blogger hebad ini buat contest kowt. takkan la hana tak nak cuba kn.
rugi~ 

nie dia header terompah nie~ 


*header cantik coz dia warna biru~ my febret* 100 marks for u. 

okie.. hana mulakan task.. hana nak pilih entry nie~

Hari raya kali ni best  kerana hana boley beraya dengan kawan2.. mula tu memang sedih la bila ayh cakap nk balik ke dungun hari raya ke 4.. habis tu bila nk raya dengan kawan2 pulak.. tapi alhamdulillah.. berkat pujuk memujuk, ayh cakap rye ke 3 blik ke dungun~ YAHOO!
tapi apa yang best nya kerana hana dapat berdikari tahun nie. sekarang kn hana da menjadi pelajar matrikulasi n9 ( KMNS). so hana akn balik sana pd 4.9.2011 = raya ke 5. 
raya nie hana akn beraya dengan kawan2 baru kt matrik sana.. da la naik dengan bas.. banyak gila barang nak bawak. tapi... hana akn pastikan hana bawak balik kuh raya nk beraya kt sana lak.. 
nak kunjung mengunjung antara bilik ke bilik.. mesti seronok gak kerana dapat beraya dengan kawan2 baru.. ahli2 praktikum baru dengan pensyarah2 kt sana.. 
lagi satu, nie la raya pertama yang hana beraya di perantauan.. NEGERI SEMBILAN waits for me.. 
nanti lepas raya nk pergi tengok wayang cerita " raya tak jadi" . memang tak sabar~ 

tu jela yang dapat saya luahkan kt sini yew cik terompah~ saya tak mengharapkan hadiah tu sangat.. tapi kalau da rezeki saya. alhamdulillah.. semoga lebaran ni menjadi hari yang istimewa buat mr terompah dan kawan2.. 

saya tag : 



Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin 

::tolong la daku nie ::

korang! hana da pening nie.. 

korang taw tak link movie citer korea??

tapi hana nak donlod movie korea nie.. tapi tak jupe la laman web mane yang boley donlod citer
bese ley tgk on9 aje.. sedihh kowt.. 

hana da puas cari nie.. hana hARAP ada la yang boley tolong hana ep.. 

hana dahulukan dengan ribuan terima kasih okie.. 

tolongg hana ! please~ 

:: Kehebatan Al -Quran ::

pagi nie hana nak kongsi kt korang kehebtan mukjizat al quran nie.. 
hana dapat taw dr FB kawan hana gak la.. 

korang baca dan try faham yerp ;) 

Betpa besarnya kebesaran Allah...
cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap hu......ruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2


Tutorial link Membesar bila cursor sentuh

selamat malam korang..
hana happyy sgt hari nie.
so hana nk penuhi permintaan kawan hana nie.
dia nk buat link jdi membesar bila cursor sentuh..

so apa lagi, lets go babeh~

1- DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML > TICK EXPAND WIDGET
2- Tekan ctrl+ f  untuk menyenangkan korang cari kod di bawah ini.
]]></b:skin>


              3- then korang copy code kt bawah nie lak. korang PASTE  atas kod yang ke 2 tuh. jangan silap
 a:hover {font-size: 22px;
font-weight: bold;
text-decoration: none;
}

p/s : warna merah : saiz tulisan bila jd giant. (ubah la ikt kesesuaian anda)  



Download Gimp & Photoscape software ~


hi my stalkers~ 

sorry la malam2 cam nie hana nk merepekk cikit.. 
actually nk memenuhi permintaan adik shumel sorang nie.. 
adik eyla nmenya ~


cam nie dik, adk cuma perlu download je software gimp nie kt sni 

klikk ini yew :) 

gimp nie tok transparent taw~ adik ley rujuk akk punya tutorial sal header transparent yew :) 

dan tok transparent korang msti ade header kn? 

law hana, guna photoscape aje ~ senang.. tok photoscape lak, 


~ kt situ ada 3, adik pilih la yang mane adik eyla nak yerp~ 
tu aja. simple aje kn.. tadaaaa~ da siap header t cakap2 la kt akk.. nk tgk jugak.. 


:: Cemburukah DIA::


Kita cemburu apabila...
~kekasih hati menduakan kita
~ibu bapa melebihkn tumpuannya kpd adik beradik kita yg lain
~rakan baik kita lebih rapat dgn org len

TETAPI SEDARKAH KITA...

Allah juga cemburu apabila...
~kita leka dgn maksiat dan dosa..
~kita bebas brgaul tnpa mnjaga batasan..
~kita asyik dgn dunia sehingga terabai waktu solat...
~kita tnpa segan silu bercouple sana sini tnpa ikatan yg sah..

ADAKAH KITA TEGAR MELAKUKAN SEMUA INI??
APAKAH KITA TIDAK MEMPEDULIKAN PENCIPTA KITA??

Ayuhlah...
tinggalkn maksiat dan dosa..
kembalilah kepada Allah..
janganlah buat pencipta kita cemburu..

KERANA...

kita sayang Allah..
kita cinta Allah..
kita rindu Allah...!!!



Tutorial remove navbar

        Selamat malam semua kawan2.. 
uwaaaa... hana selsema la.. tapii.. 
tak nak tido lagi.. jadi hana fikir nk buat tuto la tok korang.. 
yang masih baru lam blog2 nie.. 
elehh.. jangan malu2 la..~ngee 
dulu hana pun tak taw jugak.. sekarang nie, da taw sedikit sebanyak ~ 
oleh itu.. hana mahu kongsikan dengan korang.. 

nie la navbar :) 

* menyemak je kn* da blah2*

oleh itu, mula2. anda kenalah : 

1) Dashboard > Design > Edit HTML 
2) Nak senang gunakan CTRL+F 

/* Variable definitions

then ambil lak kod nie. 


#navbar-iframe {
display: none !important;
}

*korang paste kod tu kt ats kod pertama td. yang variable tu semua ep. ingat taw. ATAS. *

then law da tak de pape, save dan tgk je la~ 

Tutorial remove attribution

           AsSalamualaikum semua.. 

da lama gila kowtt hana tak buat tuto, al maklum lh.. hana busy dengan assgmnt yang perlu disiapkan.. 
kali nie ada seorang dak cumel kt fb yg ty hana cm ne nk buang attribution.

alaaa.. 
yang kt blog korang tu yew tulis 

powered by blogger tu. 
tak taw jugak tak taw la nk cakap cm ne kn. 
sekarang nie hana nk ajar korang.. siap sedia yew korang.. 

1)  Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widget

2. Ctrl+F and cari code ni ye 

<b:widget id='Attribution1' locked='true' title='' type='Attribution'>

yang hana highlight kn warna biru tu, korang tukarkan dr true ---> false yew. 

 Then pegi kat page element > remove gadget powered by blogger and save. siap!!

::: yahoo!! balikkk kampung~

               Assalamualaikum.. 
selamat pagi Malaysia, apa khabar semua?
andakah anda sihat? kalau sihat, alhamdulillah.. 

Hana nak cakapkan sesuatu kt korang. 
hana da boley balikk umah
sukeeeeeee sangat~ 
semua pelajar matrikulasi di benarkan balik kampung pada 19.8.2011..
matrikulasi n9 jela.. matrikulasi lain hana tak taw la.. 
bagi "u" lak, korang balik lambat kn dr ktaorang? haha.. 
tak silap hana la, korang boley balik 28.8 kn? kawan hana la cakap.. 

baju raya korang da siap??
kasut raya?
make up raya?
selendang raya?
t shirt raya? 

kalau yang da ada tu, bagus la. tak payah da nk susah2 beli kn.. hana? hana da siap sume.. tak sabar da nk raya nie. 
puasa tak habis lagi. 
tapi yang paling sedih, lepas raya uh, terus je ada PSPM. 
apa kes aku nk study time cuti, tak syokk la kn.. law korang pn taknak. 
tapi apakan nasibku, kenalah study jgk. 
cakap nk dapatkan 4 flet. 

selama nie hana ingat, senang je nk dapatkn 4 flet, rupanya susah gila! sumpah tak tipu. sekarang baru ku rasa macam mana deritanya pelajar matrik.. 
okie la korang, da penat da hana merepek lam nie, nak chaw dulu time sains comp amali kowt! haha.. curi2 masa jap nk conteng kt blog. 

papai korang~ love u all~ insyaAllah hana akan follow blog korang yang da follow hana tu. jangan risau k. Wassalam.. 

:: jatuh CINTA atau jatuh NAFSU ::

                        ASSALAMUALAIKUM.. 

mesti korang tertanya tentang tajuk nie kn, sebenanya artikel nie berkait rapat dengan kehidupan korang jugak.
xde siapa pun ley menafikannya.. nie da biasa terjadi.. 

x pyh tengokk jauhh la.. 
tengokk dalam keluarga kita sudah tak pun kawan2 kita mcm ne kn.. 

semoga artikel nie korang dapat mengambil iktibar daripadanya ;) 

Bermula mungkin daripada persahabatan, lewat sistem pesanan ringkas (SMS) ataufacebook. Setelah beberapa lama, pertemuan diatur. Kemudian, keluar berdua-duaan. Malu-malu. Segan-segan. Selepas itu, bermulalah adegan ayang-ayanganje-anje. Mula berpegangan tangan. Perhubungan ini diisi dengan madah cinta yang sangat romantis.

Cinta suci...


Cinta agung...

Semoga perhubungan diberkati dan kekal...

Setelah itu, mungkin ada yang ke jinjang pelamin dan mendirikan rumah tangga dan mungkin pula daripada berpegangan tangan mula melangkah lebih maju dalam keadaan yang tidak baik.

Malaysia Boleh katakan...

Di akhir cerita lahirlah anak luar nikah. Paling tidak, kehormatan diri sudah tergadai atau mungkin hampir tergadai. Barangkali situasi ini tidak berlaku kepada semua pasangan tetapi hal ini berlaku hampir kepada semua.

Kita lihat pula pada sikap mereka yang berada dalam situasi ini. Sanggup lakukan apa sahaja, betul? Sanggup membelanjakan wang dan mengorbankan masa. Sanggup melayan dan menahan banyak kerenah. Sanggup menyerahkan tubuh badan untuk dijadikan sebagai persembahan ‘cinta teragung'. Lebih dahsyat lagi ada yang sanggup menukar agama kerana sayangkan kekasih hati.

Lihat pula kepada perbualan harian mereka.

"Kenapa dia tak call aku hari ni?"

"Dia suka aku ke tak? Sayang aku ke tak?" 

Kalau nak dengar dengan lebih lanjut, saya mencadangkan supaya dengan tak malunya sila duduk di sebelah mereka yang sedang berpacaran dan dengar perbualan mereka. Jika ingin jalan selamat supaya tidak dimaki, tonton sahaja TV3.

Sekarang harap anda mula melihat dengan jelas. Sejujurnya hal ini adalah masalah yang berlaku dalam golongan muda-mudi kita. Kita disibukkan oleh permasalahan sebegini remeh.


Cinta itu juga satu ciptaan. Bukan Pencipta. Cinta bukan Tuhan!


Bukankah cinta itu telah Allah ciptakan kepada manusia sebagaimana Dia menciptakan pancaindera manusia dan akal manusia. Jadi boleh sahaja kita katakan bahawa cinta itu cuma satu jalan daripada jalan-jalan yang telah Allah kurniakan kepada kita untuk mencari redaNya. Sayang... Kita menjadikan jalan itu sebagai matlamat sedangkan matlamat sebenarnya sudah hilang ke mana. Jadinya, secara tidak sedar kita telah terlampau mengagungkan kalimah cinta dan cinta itu sendiri.


JATUH CINTA 
atau JATUH NAFSU?


Bukankah sudah jelas dalam al-Quran dinyatakan bahawa syaitan akan menampakkan sesuatu yang buruk itu sebagai sesuatu yang baik pada pandangan kita?
Berpegangan tangan. Bercumbu mesra. Peluk-memeluk. Tangan menjalar merata diiringi kalimah-kalimah yang manis puji-memuji. Kadang-kadang siap berdoa supaya kasih akan terus berkekalan. Poorah! Bila sudah perut membesar, barulah tersedar dan tersentak. Bila keluarga si perempuan bawa "abang-abang besar" suruh bertanggungjawab barulah rasa kecut dan takut. 

Haq dan batil tidak boleh bercampur. Islam itu lahir daripada keruntuhan jahiliah. Kita ini terbalik pula. Islam itu jadinya pada kita bercampur dengan jahiliah. Maka patutkah Allah reda dengan tindakan kita? Sepatutnya kita melihat melalui kaca mata al-Quran yang sudah terang haq dan batilnya. Bagaimana indah sekalipun jika yang batil itu dicantikkan oleh syaitan, kita tetap akan sedar betapa buruknya apa yang kita lakukan, betapa jijiknya dan kotornya dosa yang kita lakukan itu.


Berhenti dan
 Periksa diri Anda.


Kita bukanlah manusia yang sempurna daripada segala salah dan silap. Kita seharusnya sedar jika telah berbuat kesalahan dan melakukan perubahan. Itulah yang membezakan Adam dan Iblis. Kedua-duanya membuat kesalahan tetapi Adam bertaubat sedangkan Iblis telah bersumpah dengan angkuh dan sombongnya untuk menyesatkan anak cucu Adam sampai hari perhitungan. Berhenti dan periksa diri kita, muhasabah kembali tiap perlakuan kita. Semoga apa yang tertulis ini mampu memberi sedikit kesedaran kepada saya dan anda. Wallahua'alam.




:: satu PERSOALAN buat kaum Hawa::

Assalamualaikum...
 selamat berpuasa wahai semua saudara seislam dengan ku..
semoga dalam keadaan sihat semua.. 

puasa2 jugakk... aurat anda cam ne??
tak payah nk tgk orang lain.. tgk diri sendiri pun da cukup..
hana pn tujukan tok diri hana sendiri.. 

cuba korang baca nie ;) 

Satu Soalan Buat Hawa.
Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Baca ni ;

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SW