Hadiah Segmen Akan Diumumkan Esok


okay ;) selamat malam semua. 
HEHE.. penat betul hari nie balik Dungun dengan basss ! mak aiii. penat gila la. dengan PAK CIK BAS yang sengal dan garang.. wah. sangat la menguji kesabaran aku. sumpah !! 

Ohh lupa pulak tujuan utama ialah hana nak cakap yang esok yang bersamaan dengan 1 MAC 11.59 malam, hana akan umumkan PEMENANG SEGMEN WHO IS THE LUCKY ONE BY HANNA & KK :) 

SO, sesiapa yang nak masuk segmen tu, masih lagi terbukak sampai la 12 malam nie. ALERT okay. 
12 PAGI 1 MAC. so cepat-cepat la join. 
siapa yang nak join, boley tekan SINI 
malam nie hana akan contact semua penganjur segmen blog hana nie ;) so harap-harap diorang bagi respon la yerk ;) 

berdoa la yang korang terpilih ;) gud luck all. ada 30 ++ hadiah untuk di menangi ;) 
sekian .. 

SEGMEN : "WHO IS THE LUCKY ONE ? by HANNA & KK "

        | STICKY POST | 

Assalamualaikum . 

kali nie hana akan lancarkan torpedo ke rumah anda. bersedia la ~ HEHE. 
takde la . pada hari jumaat nie bersamaan dengan 25 jan 2013
hana akan mulakan segmen hana . 

harap ramai yang join yerk ;) 
pstttt .. nak bisik siket. nak tolong promote ;) sesiapa yang nak banner free, boley la ke blog sha nie yerk ;) dia buat free, banner nie pun dye yang tolong buat. baik kan dye . HEHE. SAYANG KAMUU <3 



NIE LINK BANNER : http://i.imgur.com/eeyrhtI.gif

Syarat penyertaan : 

>>> WAJIB  follow blog HANNA dan juga KK .

>>> Buat entry yang comel lotey yang bertajuk SEGMEN : "WHO IS THE LUCKY ONE ? by HANNA & KK

>>> WAJIB letak Banner hanna yang cantik nie di entry korang . Backlink kan banner nie ke entry ini ;) ** WAJIB** 

>>> Follow semua sponsor .* sesiapa yang tak follow, hana reject terus * kejam 

>>> Tag 2 orang blogger, dan pastikan diorang tahu * sunat * tak tag pun takpe.kalau lebih, ada hadiah. 

>>> Tinggalkan link entry anda di ruang komen di blog hanna . sesiapa dari blog kk, tinggalkan di blog kk okay ;) hanya satu penyertaan di ambil kira . * bukan link blog, tp link entry okay * 







Tips Hilangkan Scratch Pada Tudung Bawal

 Assalamualaikum. 
 buat apa korang hari nie ? 
 hari nie seharian hujan kt U hana nie haaaa. rasa cam cerita hindustan pulak tiba- tiba nyanyi kuch-kuch ho ta haee . HEHEE. 
 Malang betul hari nie, U takde air. kering . nasib la sempat mandi,. kalau tak, tak pasal-pasal sembur perfume sebotol , biar sampai pengsan lecture ;) 

Pada gegirl yang bertudung tu mesti korang akan rasa "menyampah tahap tujuh petala langit " kan kalau tudung bawal korang tak menjadi ? betul tak ? elehhh. tak payah nak tipuuu la. HEHE. perempuan mana la boley berpisah dengan kecantikan kan ? pernah dengar tak, perempuan akan rasa sangat yakin bila berdepan dengan seseorang apabila dye berpuas hati dengan penampilan nya ?? 
Kalau korang yang LELAKI la perhatikan si perempuan yang gojess nie kan, mesti kaum hawa nie selalu je nak masuk kedai tudung kan ? tak kesah la tudung kat rumah tu dah macam boley buat jual balik pun . tak pun dah penuh almari nak sumbat tudung-tudung dorang tu . tapi apa nak buat kan ? nama pun perempuan . HEHE. oleh itu bersabar lah kaum adam sekalian. Hana pun tak terlepas dari perkara tu sebenarnya . SANGAT PANTANG yek kalau hana nampak tudung bawal yang murah-murah dan kaler dye striking . kommpeeemm kuasa dua, hana akan beli. 

Tapi kan, korang perasan tak yang bile dah lama korang pakai tudung bawal yang "bertone-tone" tu, yang dua tone atau pun 5 tone sekalipun, korang perasan tak yang tudung cam tu cepat je, what we call , ececece, dah kuar dah omputihhh dye :) hehee. haaaaa  tertarik benang tudung ! so hana ada cara nya : 

bagi yang tak pernah tengok lagi, hana tunjukkan satu dua gambar okay ;) 



nie la dye tudung bawal bertone-tone nie. lawa taw, hana suke, tapi every beauty have the weakness ~ 

cepat sangat "tertarik benang " so cam ne nak kembalikan keremajaan nye kembali ? opss ! cam orang lak, means, kecantikan tudung tu, 

sangat MUDAH + SIMPLE . Hanya perlukan satu syiling seposen dan tudung anda tu okay . 




1- Korang ambik duet syiling 10 $ tadi, korang gores kan pada tempat yang putih-putih tu, yang putih-putih tu sebenarnya benang tudung tu tertarik, sebab tu jadi cm tu. jangan buat kasar-kasar taw, ikut arah benang tu. 
kadang-kadang dye kne buat ikut bawah, atas, senget siket, cam2 lagi la, buat sampai benang tu masuk balik ke tempat asal. 





tadaaaaaa ! HASIL NYA. selepasa semalaman buat aktiviti nie taw, 
berbaloii taw, sebab rasa puas hati, sebab dari tangan kita sendiri. so apa lagi ? sila-sila la buat. 

SELAMAT MENCUBA ~ 





Promosi Baju Muslimah 2 pasang Rm 100 Percuma Penghantaran

Assalamualaikum. 
rasa macam dah lama tak update blog . 
entah la. tiba-tiba rasa macam takde mood . Hilanggg =='

tapi hari nie hana kembali menulis . kerana ada sahabat yang bertanya kenapa dah 3 hari tak update blog ? yeeke ? rasa macam kejap je tak update. HEHE. 

sebenarnya hana nak promote la nie. Sesiapa yang nak beli baju muslimah labuh, boley la usha - usha page hana . 
sekarang tengah promosi taw . 2 helai rm 100 sahaja + FREE POSTAGE . kain tak payah cakap la. memang lembut sangat. serap peluh. ye lah, nama pun cotton kan ? memang la serap peluh . 
yang promosi tu baju muslimah yang berjenama " SINAR INSPIRASI " 
1 pasang rm 55. alang- alang nak beli tu kan baik beli 2 pasang je terus. dah la percuma penghantaran ke seluruh negeri . fikir-fikir kan la ;) 
di sini hana update kan sedikit sebanyak gambar baju nye . 
sesiapa yang berkenan tu, boley la jenguk page hana tu yerk ;) 
untuk bloggers, hana pagi special price ;) syhhh. jangan cakap orang taw ;) 

yang perempuan tu, boley la tengok-tengok mana tahu ada yang berkenan . boley pm hana ;) sambil-sambil tu boley la like page hana jugak . HEHEE. 

yang lelaki tu, boley je kalau berkenan nak kasi kt mak , adik ,kakak , tunang , girlfriend pun, nak kasi kat isteri pun boley ? 

jom cuci mata dahulu yerk ;) 


















* nie antaranya lah , banyak lagi boley ke fan page hana ;) 



Sesungguh nya yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari hana sendiri ;) 
esk hana akan update pula baju MUSLIMAH QASEH ;) 

Blog Hana Beratkah ?

♥ Assalamualaikum 

          Hari nie dengan rasminya hana dah masuk SEM 2  IJAZAH SARJANA MUDA PEMBANGUNAN PERISIAN ;)
       adoii. hari pertama memang cam nie la, lecture tak masuk budak-budak kelas tak sampai separuh datang kelas. bosan =='
tak tahu nak buat apa, last-last balik awal. HAHA. 

Haaaa , sebenarnya hana nak tanya korang la, blog hana berat ke ? 

sebab nye hana masuk blog hana, senang dan cepat je loading . nie guna wifi ostel je nie. bukannya broadband ke ape . tapi tak tahu pulak korang yang terjah blog hana nie cam ne kan ? 

cuba bagi respon cket kat hana nie . cakap je, 

yang nak komen tu dialu-alukan, hana akan perbaiki apa yang hana rasakan relevan oleh ku sendiri ;) 
have a nice day ;) love you guys 


cepat je hana rasa . cube try test korang lak cm ne ?? HEHE . 

sape-sape nak check jugak boley la ke sini 

Pasrah Itu Menyerah . Redha Je.

 \\ Assalamualaikum . //
terasa jari jemari nie lemah untuk menaip . seperti tiada erti lagi ku berdiri di sini .
ceewahh . ayat sadis gila . 



hari nie dah keluar result untuk sem 1 . 
mula-mula bangun tu, wah  . terasa malas sekali , tapi aku pelik la kenapa orang lain yang beria-ria nak tahu result aku ep ? padahal tuan punya badan tak pun ? timbul satu tanda tanya . 
dah malas nak berdalih dah . 
bukak PORTAL > SIGN IN > KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 

Mata tengah mamai lagi , ye la. pukul 8 baru. dah la semalam tidur lambat sebab banyak barang nak kena pack . nak balik U dah ~ cuti sem dah habis . tak ley ternak lemak lagi . 

TADDDAAAAA .. 

Result hana takde la sebagus kawan-kawan hana yang lain . tapi alhamdulillah LULUS dengan jayanya . 
tapi hana jugak sedih, kerana classmate hana ada yang GAGAL BERHENTI. nanti tak boley da nak lepak sama dengan diorang , 
DEAN LIST 3.67. aku pulak ? 
tak sampai situ pun . takpe la. sem 2 nie hana akan lipat gandakan usaha . chaiyokk hana ~ 

azam sem 2 2013 :
* study smart, not study hard 
* jangan tidur terlampau awal . dan jangan sampai terlewat sangat pulak .
* kurang kan menonton MOVIE 
*kurang kan berjalan-jalan . 
* perbanyakkan ibadat, dekat kan diri pada Allah 

sebut pasal dekatkan diri tu kan , hana rasa tersangat la betul ada saudara hana nie kan 
nak tahu rahsia kejayaan dye apa ? hana selalu perhatikan dye . 
dye nie sangat la rajin study , tidur kul 3 pagi kadang tu . 
tp yang paling hana suka , dye nie rajin sangat beribadat. terasa diri nie kerdil sangat dengan dia. 
sangat respect orang cam dia, dia nie bukan ustazah , kos agama ke apa, tudung biasa je . 
betul la orang cakap "PERBUATAN KITA YANG MENJADIKAN KITA LUAR BIASA "
Dia nie selalu je buat SOLAT DHUHA dan SOLAT SUNAT. 
hana ? macam chips more la ;) lepas nie kena ikut jejak langkah dye. Nak berjaya haruslah kena dekat diri dengan Allah dahulu. kerana Allah la kejayaan kita ;) 

tahniah hana ucapkan kepada semua kawan-kawan hana yang boley result gempak tu ;) yang kurang memberansangkan tu, perbanyakkan usaha lagi . semoga kejayaan milik kita semua. Insyaallah ;) 

Bukan Salahku !

          Assalamualaikum semua ;) 
              hujan la kat sini, rasa malas pulak nak update . HEHE. 
                baik tido best cket . kihkihkih.



oh ye ! 
hana lupa nak cakap yang hana dah FOLLOW semua yang follow blog hana semalam . 
dah 50 blog hana follow. penat nak tekan satu-satu. 
tapi satu-satunya hana tak suka ialah :>>

  • ada yang tak letak link blog . 
  • ada yang tak de button FOLLOW
  • ade blog yang loading tersangat la LAMBAT. sorry la hana cakap yang hana tak suke blog yang lambat la. nak scroll down pun susah la. 
  • ade jugak yang siap keluar iklan dulu sebelum masuk blog dye, suruh klik-klik segala.. tak ke sengal nama nya tu . 
hana bukan apa. hana ikhlas nak follow korang balik, nak balas korang follow blog hana ;) 
please la. hana nak jugak support korang . hana akan balas kunjungan korang jika korang berbuat demikian kepada hana ;) please respect me , i will respect yours ;) 

siapa yang tak tahu lagi nak masukkan link blog dye boley tengok sini okay :) 

TEKAN SINI UNTUK LETAK LINK BLOG 


p/s : sesiapa yang telah join segmen hana tu, AUTOMATIK NYA hana akan FOLLOW blog korang tanpa syarat ;)
so siapa-siapa yang terlepas nak join segmen hana, masih sempat lagi, just tekan >>>  SINI 

Segmen Header siapa paling awesome ?


okay ;) hana nak cuba nasib header hana nie ;) 

so meh kita tgk okay . Tarikh tutup esk . HAHA. 

so , apa lagi, jom meriahkan segmen nie . siapa nak join, tonyohhh je header hana yang cute tu ;) 



Girls! BEWARE . Cara Baru Curi Kereta


PERHATIAN SATU SEBARAN DIPERLUKAN ..SHARE SEBERAPA BANYAK YANG BOLEH.

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) SEBARKAN PADA SAHABAT-SAHABAT KITA.

" AMARAN - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan sebarkan kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Sekaran ni mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat...
Sila like/share untuk kita saling ingat mengingati sesama kita


Himpunan GA/ Segmen

Assalamualaikum. 

hana rasa dah banyak gA dan segmen yang telah hana join .
jadi nak suruh korang meriahkan jugak ga yang berlansung sekarang nie . korang just perlu klik je kalo nak join . 
pilih la mana-mana korang nak join . takde masalah . kerana ga dan segmen yang hana join nie TERAMAT SIMPLE syarat nya . yang paling banyak suruh like page je. senang je kan ? so apa tunggu lagi ? 
KLIK. KLIK. KLIK.. 


TAMAT : 25 FEBRUARY 


TAMAT : 10 MAC




TAMAT : 22 FEBRUARY



TAMAT : 28 FEBRUARY 



TAMAT : 28 FEBRUARY 


P/S : HANA akan update segmen-segmen dan ga yang best untuk korang jugak ;) 









Contest Blog Comel



SYARAT-SYARAT
1) Follow blog ni dan like pages
2)Buat satu entry ringkas dan tampal banner kat atas dan backlink kan kat entry ni*letak link entry kat komen bawah ni*
3) Like SINI
4) Like SINI
5) Tamat pada 10/3/2013
6) Pemenang dipilih berdasarkan blog comel+kemas+cepat loading

Hadiah
1) Tempat pertama: Bedak arab+ Celak arab
2) Tempat Kedua: Satu Set Krim kologen*Rm55*
3) Tempat Ketiga: Bedak Arab
4) Tempat Keempat: Bedak Arab
5)Tempat Kelima: Celak Arab
6) Tempat Keenam: Celak Arab
7) Saguhati: Review 3 blog


p/s : hana join taw biela. support segmen orang terengganu ;) 

Simple Giveaway Aisyah Humaira'



  • 11/2/13 sehingga 16/2/13 jam 7 malam giveaway akan berlangsung.
  • 17/2/13 akan diumukan pemenang
  • Sila tuntut hadiah dalam masa 2 hari dari masa diumumkan pemenang. Tuntut pada sponsor yang berkenaan. Jika anda lambat, hadiah dikira burn ! Sila Alert ! Kalau nak senang, masukkan je blog niera dalam bloglist kalian. Itu kalau mahu, tak de paksaan sama sekali.
  • 34 Pemenang dicari
  • Pemilihan pemenang adalah berdasarkan top referral dan mr random.

p/s : harap-harap terpilih sebagai pemenang ;) 



Resepi Oreo Cheesecake


terliur tak ? HAHAA. 

nampak kan hana post apa tu ? well .nie la oreo cheesecake . yang kaler hitam tu oreo . kawan hana ada mintak resepi, so sharing is caring . jom share ;) 

sangat senang . barang pun sangat la mudah okay . 
so apa tunggu lagi ? jom kita intai resepi nya ;) 

RESEPI OREO CHEESECAKE :) 

  • 2 bungkus oreo yang telah di buang cream nya * Pecahkan biskut menjadi kepingan kecil, hana blander je, lebih sedap dan senang nak letak dalam loyang *
  • 1/3 butter di cairkan terlebih dahulu . lepas dah cair tu, masukkan dan gaul sebati bersama oreo yang telah di blend tu okay :) 


Bahan untuk di blend -:)

  • 250 g cream cheese
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 limau kasturi * kalau tak letak pun takpe , jangan susahkan diri anda * 
  • 2 biji telur
  • 1/2 esen vanilla

* hana guna cawan yang nie * 

* creamy cheese yang 250 gm * senang tak payah sukat dah ;) 

blend semua bahan di atas dan letak dalam loyang .hentakkan loyang untuk keluarkan angin.
Baked 1 jam pada suhu 160 C atau sehingga cake itu masak



p/s : kalau nak tahu dia masak ke tak, ambil lidi sate tu, cucuk sedikit . kalau masih ada cairan cake tu maknanya cake anda tidak masak lagi okay :) 

bila dah siap baking, sejukkan dahulu pastu baru letak dalam fridge. nak makan baru letak toping okay :) 

toping tu ikut kreativiti anda sendiri . tapi hana letak blueberry toping + hirisan badam + kacang . 
kalau anda nak letak chocolate chip pun boleh. suka hati okay :) 

**** bagi yang nak kukus pulak, boley je. kukus selama 45 min sampai la kek itu masak okay ** 
nak senang , bakar je . microwave kan ada . USE IT. 


Sakit Itu Kifarah Dosa



Assalamualaikum . 

harap semua sihat sejahtera pada hari jumaat penghulu segala hari nie . kadang kala banyak yang kita tak sedar dalam melayari hidup kita nie kan . kita lupa yang kita nie hanya lah pinjaman Allah semata-mata. kita alpa. kita sombong dengan apa yang dikurniakan kepada kita . Masya Allah . haruslah kita ingat bahawa segala benda termasuk la MAK AYAH  kita pun hanyalah pinjaman kepada kita . kesihatan,kekayaan,kemasyuran. semuanya milik Allah bukan ? Sekali Allah nak terik, dalam sekelip mata kita akan hilang segalanya . yang sihat boley jadi sakit, kaya menjadi miskin . Pada hari jumaat yang mulia ini, sama-samalah kita menghayati kejadian kita sendiri sebagai makhluk Allah yang paling hina . di ciptakan daripada air mani. bersyukurlah wahai kawan-kawan hana sekalian kerana masih di beri peluang untuk terus hidup. ALHAMDULILLAH. 

Ya Allah,
Sakit itu kifarah dosa,
Tanda Allah sayangkan kita..

Batuk, demam, selsema.
Sakit itu nikmat..


Alhamdulillah..:')


Bila teringatkan Rasulullah, air mata pasti mengalir..Rasulullah sendiri pernah mengalami sakit yang teruk..namun begitu, Rasulullah tetap sabar dan tabah..

Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahwa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya..

Ya Allah, ampunilah dosaku ini yang tanpa sedar aku lakukan..jarang sekali diri mensyukuri nikmat yang telah diberi....♥

Yeahh ! Buku "Untuk Kita Si Pendosa " da Sampai

       Assalamualaikum. 

Harap sihat sejahtera . Hari nie sumpah sakit . 
entah silap makan ke apa entah . perut ku meragam . perut ku cramp ! hanya Allah sahaja yang tahu :) 
takpe . Sesungguh nya Allah mengujiku dengan kesakitan . 

Hana selalu je ingat ustazah hana pesan dahulu yang "Allah takkan uji hambaNya lebih dari kemampuan hamba itu sendiri (yakni kita manusia ) kerana Allah Maha Mengetahui . Penyayang kan Allah ? oleh itu Nikmat apa yang kamu cuba dustakan - surah Ar - Rahman . 

Tapi sakit- sakit macam nie pun masih ada orang caring kat hana ? tgk? Allah hantar lagi orang yang baik untuk hana . alhamdulillah ku panjatkan padamu . makan ubt . tidur sekejap . 

tiba- tiba " kringgg. kringg . kringg . " ringtone hp berlagu "setia hujung nyawa " HEHEE. 
nanti dah habis cerita tu tukar lagi ;) 

m 1 : hello . rumah kat mana ep ? 

hana : ehh ? tiba- tiba je tanya pasal rumah nie kenapa ? awk siapa eh ? (dm hati, ingat nak orang tu nak cari aku sampai umah ? ) 

m1 : oh. saya dari syarikat SkyNet nak hantar barang kat rumah awak . 

hana : ohh. okay je. kenapa yer ? sesat eh ? 

m1 : ye . sesat la. tak jumpa rumah . rumah dekat area mne eh ? 

hana : rumah area ....... nie la . ( dalam hati, dah jadi delivery berapa tahun dah nie , sampai area dungun still x kenal , padahal bukannya besar sangat pun, dah la kacau orang sakit nie ) HAHA. kejam betol ! 
lantas cakap umah dengan tepat dan jitu nya ~ 

tak sampai 15 min . 
Ponnn . ponn .. ponn.. aku ingat siapa lah yang nak menguji tahap kesabaran aku tu yang memekak je pagi hari . 
rupanya delivery tu dah sampai . yang tak tahan tu, siap mengorat kowt ! gatal . malas nak layan  :p

rupanya hadiah dah sampai ! suke nya dalam hati nie. terus hilang sakit perut . HAHAHA.. 


nak tahu apa dalam bungkusan tu ? 

TADAAAAAAAAA ------- > 



TENGOK ! buku tu hana dah lama pesan taw :) 

buku nie LIMITED EDITON taw. sebab hana buat preorder dengan syarikat beliau, bookstore lain pun takde lagi taw buku nie. sebab nya nie buku baru keluaran "HILAL ASYRAF "  sebelum nie hana dah lama kumpul karya beliau . tapi yang paling best ialah " SEBELUM AKU BERNIKAH & SINERGI "

Tak tahu siapa hilal asyraf nie ? boley tengok sini >> LINK 

Special nye buku nie sebab nya dapat sign beliau . 
jeng. jengg jengggg.. 


*biar tak seberapa, tapi puas hati * 

harga promosi rm 16.20 
harga sebenar rm 18 ;) 

apa tunggu lagi ? 
yang nak menempah boleh terus ke LANGIT ILAHI 

IKUT step yang telah di beritahu ;) SENANG . JIMAT . KUALITI . PUAS HATI 



P/S : apa salah nya kan kalau kita berbelanja buku yang memberi manfaat pada kita ? tak membazir pun kerana ilmu tidak akan lupus di telan zaman . dengan ilmu jugak kita akan mendapat pahala yang berterusan sekiranya di manfaat kan ;) 




Resepi Tart Telur * Sangat Simple *

Assalamualaikum . 

harap korang semua sihat yerk ;) hari nie hana sangat murah hati . 
nak share dengan korang resepi tart telur hana sendiri ;) banyak perkara hana renovate sendiri , sudah pasti resepi hana kan ? HEHE. resepi original hana tak tahu la ambil kat mana, sebab sume campur-campur sahaja. 

sebenarnya semalam penat gila kowt buat tart nie . banyak . tapi takpe . ikhlas kan hati kan nak bagi keluarga tersayang makan ;) apa salahnya . 
so tanpa berlengah , hana nak share la . jangan risau, nanti hana akan post banyak lagi resepi . tapi setakat nie resepi hana update kat FB hana sendiri . sesiapa yang nak tengok, boley la tengok album >> ANEKA RASA . yang tak friend dengan hana pun ley tgk, sebabnya hana buat public dan boley subscribes hana kalau anda nak ? 

Bahan-bahan curst :

·                     250 gm tepung gandum ( * 2 cawan  + 1/2 cawan )
·                     125 gm butter ( * 2 cawan )
·                     55 gm gula icing ( separuh cawan )
·                     1 biji telur, dipukul sikit
·                     Secubit serbuk vanilli atau 1/2 tsp asen vanilla

Bahan-bahan kastad/ filling :
·                     3 biji telur
·                     110 gula kastor ( hana buat 1/2 cawan )
·                     225 gm air panas
·                     85 gm susu cair
·                     1/2 tsp asen vanilla

Cara-cara (penyediaan crust) :
1.                  Pukul butter dan gula hingga gebu.
2.                  Masukkan telur dan pukul pada kelajuan perlahan. Tambahkan vanilla dan kacau rata.
3.                  Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga membentuk doh yang lembut.
4.                  Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tart hingga kemas. Buang lebihan doh di tepi-tepi acuan tart dengan pisau.



Cara-cara (penyediaan kastad/ filling) :
1.                  Larutkan gula di dalam air panas.
2.             Pukul telur bersama susu cair . Masukkan larutan gula di atas tadi dan gaul sebati.
3.                  Tapis adunan ke dalam jug kecil untuk buang lendir-lendir telur putih. 

Cara-cara  membakar Tart Telur :
Cara Pertama :
1.                  Tuang larutan kastad/ filling ke dalam tart shell yang belum dibakar.
2.                  Bakar di dalam oven pada suhu 180-200 C selama 25 - 35 minit atau hingga kastad masak.** hana bakar pada suhu 220 selama 40 min ** 



Cara Ke Dua :
1.                  Cucuk dasar tart shell yang belum dibakar dengan garfu. Bakar separuh masak di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180-200 C selama 10 minit.
2.                  Keluarkan tart shell dari oven.
3.                  Tuangkan larutan kastad/ filling ke dalam tart shell dan bakar semula selama 20-25 minit pada suhu 180-200 C atau sehingga kastad masak.


so nie lah hasil nya >> 

percubaan pertama  ***


percubaan ke dua *** 


so mana satu pilihan anda ? terserah . 
p/s : ~ ** hana buat cara pertama lebih senang dan cepat 
** kalau nak hasil yang lebih baik, panaskan oven dahulu selama 10 min pada suhu 190 C okay :) 
** masa panaskan oven, doh boley la letak dalam fridge dulu 
** hana letak planta dekat acuan tart tu supaya senang nak keluar . anda juga boley gunakan minyak . letak sedikit sahaja yerk ;) 

sekian sahaja. kalau ada apa-apa pertanyaan boley la tanya hana ;) cuba lah sangat puas hati, dapat makan banyak dari beli kat kedai kan ? kalau malas sangat, boley je nak tempah dengan hana .
sesiapa yang nak amek resepi, sila creditkan kepada hana okay ;) 








GA: My Blog Giveaway



Syarat penyertaan 



1.Terbuka kepada semua blogger/facebooker/twitter
2.Follow this blog
3.Like this page : CLICK HERE
4.Untuk blogger buat satu post mengenai giveaway nie dan tag 5 owg rakan anda
5.Untuk facebooker...copy link giveaway nie dan buat satu update status dan tag 5 owg rakan anda
6.Untuk twitter...copy link giveaway nie dan buat satu tweet dan @ lima owg rakan anda
7.Tarikh tutup giveaway 28/2/2013..tarikh adalah tetap dan x kan diubah
8.Keputusan dibuat melalui random.org *bukan aku yang pilih 
9.Finally tinggalkan link blog kowg/link fb kowg/link twitter kowg dkt komen bwh nie ok :)



SEGMEN JOM BLOGWALKING



SYARAT-SYARAT
1) Follow dan like page blog aku*wajib*
2) Like dan follow sponser*wajib*
3) Buat satu entry mengenai segmen ni..dan tampal kuat2 banner kat atas dalam entry dan backlink ke entry aku ni.*link entry letak di komen entry ni sahaja*
4) Follow semua peserta yang join*harus*
5) Segmen tamat pada 10/2/2013
6) Tolong share entry korang dekat FB*nanti lagi ramai yang join kan?*

Cara pemilihan pemenang ade 2 kategori:
1) Random*siapa yang ikut syarat diatas sahaja*
2) Letak banner segmen ni di sidebar dan bloglistkan blog aku*akan diletak dalam hadiah yang lebih special*
#blog yang cepat loading dan kemas pom akan dikire
p/s : hana dah lama follow blog biela . siap ltk banner kt sidebar + bloglist lagi dah ;) 
harap2 terpilih sebagai pemenang "orang ganu kite "