' SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+ '


follower terkini : 887 
 tamat: 31 ogos 2012

siapa2 yang follower bawah dari 1000 aje ley join okie ;) 
jum join ramai2 ;) 


p/s: nak join ? tekan banner diatas! 

:: Semakan Wang Pendahuluan Ptptn::

korang da check belum nie?? 
bagi yang belum check, silakan la check.. mana tahu anda insan bertuah yang menerima WPP  nie kan. 
al maklum la kerana kalau anak datuk nie tak pe la . tapi kalau anak orang biasa nie terpaksalah pinjam dulu kan.. redha je la~ 

tadi kan , hana da cek yang hana punya . aigooo . dapat meyh!
tak sangka pulak .. kawan hana cakap yang wpp nie kita isi time upu hari tu . HAHA. 
hana tak perasaan pun yang tu~ jafi tanpa berlengah lagi.. 
sila la tekan link nie ;) 



P/S: lepas da pinjam tu, reti2 kan la diri anda tu nak bayar balik okie~ 

:: Sahabat Selamanya ::

peace yo! 
cam ne puasa korang hari nie? semua baik? 
yang tak puasa tu baik diam je.. tak baik taw makan depan orang puasa. ngee :)
dah 2 hari hana tak update blog hana.. 
maaf la. hana balik kampung.. da rindu kat kampung halaman.. ley makan gulai ayam kampung.. 
lauk2 kampung la katakan.. 

buat pengetahuan semua. hana nanti dah nak sambung belajar.. 
kawan2 hana pun sama.. tahniah la hana ucapkan pada mereka.. ada yang jadi cikgu, engineer, pakar it dan juga pensyarah. Insyaallah~ 

so entry hana pada kali nie ialah pasal sahabat hana.. atau dikenali sebagai "GENG SLUMBER"
bukan nak cakap kitaorang nie assabiyah~ tetapi kitaorang memang wt perkara sama2. semua sama2 la.. 
nak g kantin pun sama2 taw.. hana rindu sangat kita kat sekolah dulu.. kalau g kantin mesti order mee sup ;) pergghh . sedap gila !
bahagia je rasa ;) kadang tu kalau pergi kem mesti geng2 kita ada jugak.. tu yang best! 
kadang-kadang tu hana fikir mungkin kita memang di takdirkan untuk jadi sahabat yang baik kan? 
sahabat yang baik ialah sahabat yang selalu memberikan semangat pada sahabatnya ketika dia sedih dan juga tumpang gembira untuk sahabatnya sekiranya dia bahagia~ itu la sahabat sejati.. 


korang mesti nak tengok kan gambar geng hana yang mana? 
diorang nie memang terbaik la~ semua orang ade kelebihan dan kekurangan masing2 tetapi kami saling melengkapi antara satu sama lain. ;) 
bak kata kenalan hana :) 
" kelebihan menutup kekurangan diri" 

nie lah geng terbaik hana :) 

*geng slumber*

bagi hana, hana sangat bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang baik, memahami cam nie. 
nie gambar masa kitaorang form 4 nie. seingat hana la. ;) haha.. kebanyakan dari kitaorang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang SAINS KOMPUTER. antaranya ialah kyra, solehah,c,wan,yuni dan terakhirnya hana la~ insyaallah kitaorang akan jadi pakar IT. yang selebihnya tu pula akan melanjutkan pelajaran dalam kos masing2. 
antaranya ialah nadz~ nadz tu dia amek TESL taw.. dasyat . nanti boleh la jadi lecturer. hehe~ 
yana pula amek MEDIC. belajar pulak jauh, kena naik belon gas nak sampai sana. haha.. jadi doctor la sorang ahli geng kami nie.. nanti senang la, kalau sakit, jumpa doc yana je. 
wani pulak amek kos ENGINEERING. memang tak dinafikan lagi yang sahabat hana yang sorang nie memang sejak dari sekolah menengah lagi memang terer fizik,, kalau fizik, serah r kat dye . betol tak sayang? hehe.. 
ikhz pula sedang sambung pelajaran nya dalam bidang agama.. insyaallah akan sambung ke AL AZHAR. 
bakal ustazah la nie kan. hehe.. sejuk perut mak mengandung. hehe~ 

ain pula sedang sambung form 6.. ambil stpm.. dah lama tak dengar berita tentang dirinya.. senyap je.. kalau yang lain tu bolh jugak contact ikut fb mahupun hp.. takpe la ain, kitaorang selalu doakan yang terbaik untuk ain yer~ 

tapi sebelum tu, gambar geng hana sorang lagi AIN, tiada dalam gambar.. dia nie susah siket nak ambik gambar. pemalu la katakan.. nak amek gambar macam nak kene culik aje~ 

tu je la.. yang dapat hana ceritakan.. hana harap persahabatan antara kami nie akan kekal sampai bila2.. kerana sahabat sejati tidak akan terpisah dek waktu mahupun tempat kerana dalam diam, mereka berhubung melalui doa ;) 
ingat nie taw, walau cam ne pun berlaku 
korang belajar la kt mana2 pun, kita tidak akan berpisah ok :) 
sayanggg korangg ketat2 taw.. 

p/s: selamat belajar yew kawan2.. UTM,UKM,UPSI,UNISZA,UIA, MESIR, dan mana2 sahaja, tempat semua jauh2, tetapi dekat di hati taw~ 
salam ukhwah semua.. 

nie adalah entry rindu merindu yerk~ maaf panjang ! ;) 



:: Ayah tak Sepandai kamu nak:

“ Along , tukar baju tu .. kan tak sesuai baju tu.. Ketat sana sini baju tu.. Iskh.. Dah , tukar tukar .. “



“ Ala yah , boleh laa... Malam ni jer .. Pls plsss ayah .. “



“ Ayah tak kisah sebenarnya .. Kalau kamu nak keluar ketat gitu , nak lagi ketat pon ayah tak kisah .. Cuma ayah tak nak nanti kat akhirat , kamu jawab kat Allah yang ayah tak jaga kamu masa kamu di bawah tanggungan ayah .. Haaa..Kamu berani jamin ke kamu takkan jawab gitu ? “

“ Gini je la .. ayah benarkan kamu pakai ketat macam ni .. Tapi kamu kamu kena mintak izin dari Allah .. Cuba bukak kitab Al-Quran tu dan cari dalam tu kot kot ada tulis dibenarkan wanita Islam berpakaian begini .. Kalau jumpa , tunjuk kat ayah.. Hari hari ayah benarkan kamu berpakaian gini .. ok ? Setuju ? “



“ Er .. ayah je la carikan .. “



“ Eh , apa lak.. ayah mmg dah jumpa.. Takde tulis dalam Al-Quran kata wanita Islam boleh pakai ketat cam hantu bungkus ni .. Kot la ayah ada terlepas pandang .. Kamu kan lebih pandai dari ayah .. Sekolah sampai universiti .. Haa… cepat cari.. “



“ Yelaahh.. saya tukar je la… Iskh..susah la ayah ni .. “



“ Kamu marah ayah ke marah kat Allah ? “



“ Erk.. “

"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)

"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23)




Segmen Klik 'Like/Share' dan menang RM50X6



1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai blog,  dan mempunyai alamat di Malaysia.

2. Buat entry di blog anda mengenai segmen ini dengan tajuk: Segmen Klik 'Like/Share' dan menang RM50X6


3. Mempunyai 'Like Button' atau 'Share Button' pada entry segmen ini (Wajib). Sekiranya blog anda tidak mempunyai salah satu daripada 'button' tersebut, sila pasang terlebih dahulu dengan mengikuti tutorial di link berikut: ( klik di sini )

4. Mendaftar menjadi tetamu VVIP blog Coretan Anuar DAN  klik like Page Sembang Hari2

5. Copy dan paste; letak gambar banner Segmen ini di entry dan sidebar blog anda beserta link segmen ini.

6. Tinggalkan url link entry segmen ini dan ID tetamu VVIP anda di ruangan komen post ini.

    
    Contohnya:
    ID VVIP : nuargto
    Link       :  http://www.coretananuar.com/2012/04/segmen-klik-likeshare-dan-menang-rm50-x.html


7. Tempoh Segmen ini: 1 May hingga 30 Julai 2012


8. 6 pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah klik like/share tertinggi yang berjaya diperolehi oleh entri pertandingan ini yang terdapat di blog anda


9. Hadiah yang akan dimenangi adalah RM50 seorang X 6 pemenang yang berjaya mendapat klik  like/share tertinggi


10. Cara Menentukan pemenang:
Setelah tempoh pertandingan ini tamat, saya akan melawat setiap blog yang mendaftar melalui link yang ditinggalkan di ruangan komen entri ini. Saya akan melihat jumlah klik like/share yang berjaya diperolehi pada entri segmen tersebut. Sebagai contoh seperti dalam gambar di bawah:  


Blog di atas mempunyai kedua-duanya iaitu 'like button' dan 'share button' pada entri segmen ini. Satu klik pada 'share button' dan satu klik pada 'like button' dikira mendapat satu mata.


Jadi jumlah mata yang berjaya diperolehi oleh blog tersebut adalah 220 + 209 = 449 mata.


siapa2 nak join : klik banner ;) trimas. tolong like yek n share jugak ;) 

:: ALLAH, dugaan datang lagi :

♥ Aku tetap 'Tertawa' walau aku di 'Hina'..

♥ Aku tetap 'Tersenyum' walau hatiku 'Terguris'..

♥ Aku tetap 'Kuat' walau aku dalam 'Ujian dan 'Dugaan'..

♥ Aku tetap 'Semangat' walau aku 'Tertekan' oleh 'Kesakitan' yg 'Ku Alami'..

♥ Namun yang 'Terpenting' aku tetap 'Sabar'..

♥ Dan 'Memandang' semua ini adalah 'Ujian' dan akan mendatangkan 'Kebaikan' saja



p/s: hana berharap orang yang buat hana cam tu, berpuas hati yer, hana ucapkan terima kasih kepada mu kerana berjaya buat diriku begini. kawan tikam kawan. memang dah lumrah ep? jangan risau korang. aku dah maafkan korang. tapi aku harap korang akan dapat pembalasan yang setimpal. ingatlah, orang yang dianaiya tidak akan di tolak doa nya oleh ALLAH. 



Middle Of The Year GA by Izzah & Amira."


hana join lagi ;) kali nie terliur la nak join ga. hadiah dia superb beb ;) 
kalo tak cye, tekan banner. ;) 
nie senarai sponsor nya :  
GadisIntanMenaip.bs.com -2x Header
Miraahussin.bs.com -3x Header
ErinKahar.bs.com -1x Doodle
Zaralyla Shop -3x Doodles
Bags Aholic -2x TopUp RM5
Handmade by Zliah -1x TopUp RM10
ShawlToLove -1x Voucher RM5
Dazzling Lens -10x Voucher RM10
Pink Lemon Closet -2x Voucher 5%
Sweetie Pretty Lens -5x Voucher 10%
De Closette -5x Voucher 5%
S h i d a h Tupperware -5x Voucher 5%
Azy Collection -5x Voucher 10%
LoveBag LoveBag -1x Voucher RM30
N.N.R Online Shop -1x Cincin
D'Golden Apple -1x Bawal Rose, 1x Bawal Lily & 1x Bawal Printed
Dee's Closet Shop -1x Rantai
Momo Chan Collection -1x Cincin
CAAH Mini Shoppie -1x Selendang & 1x Cincin
WeSellAlmostAnythingBaby -1x Lens
La Dva -5x Mix Shawl
Tudung Lovely Strawberry Collection -3x Tudung
Fluffy Bunny Haus -2x CD'S
Arissa Felt Craft -1x Keychain Craft Name
Dyanuraz Collection -6x Tudung
Iris Raudhah Collection -1x Jam Tangan Kristal
HaiLady CuteStuff -1x Jam & 1x Tudung Bawal
Mustachic -2x Handmade Sea Catcher
Vintage Instinct -1x Bag & 1x Rantai
Miss Qi Closet -2x Navy Dress
Perfumes -2x Dubai Perfumes Worth RM50
Hotz Mumma -2x Brooch
ScarfSweetHoney -1x Shawl
Little Panda FeltCraft -1x Keychain Craft
Mizna Online Shop -2x Tudung Bawal & 2x Inner Bunga
DarlineBoutique.bs.com -3x Dress (Hijau, Merah & Hitam)
PinkUmmi -6x Apam Polka Dot
SweetyBeautyShoppe -1x Tudung Bawal
Blog StoryCikHoneyBee -3x Voucher RM5 pembelian DVD Korean *Updated: Hadiah ditukar.


hana tag :  http://sayasayang-sayangsaya.blogspot.com/
                http://www.littlequeenstory.blogspot.com/

:: Buat Rakyat Terengganu Sahaja ::


apa khabar korang? peace! 
hana doakan korang semua sihat sejahtera.. 
hana ada banyak nak cerita nie.. 
mula2 sekali hana nak cakap yang entry nie khas untuk rakyat terengganu!~
YES. IM PROUD TO BE TERENGGANU citizen. 



TAHNIAH! 
hana ucapkan kepada kontigen terengganu..
anda memang hebadddd arhh~ 
katangg r terengganu.
da 4 kali terengganu menang ;) 
berturut2 pulak tu kan? haha.. kesian negeri laen. takpe.. korang usaha lagi yeahh~ chaiyokkk! 
disebabkan tu lah, menteri besar terengganu, bagi rakyat terengganu cuti hari ahad nie~ 
khas untuk meraikan kemenangan terengganu dalam sukma~ 

oleh kerana itu jugak, hana dengan baik hati, nak share kat korang link untuk pelajar yang bakal melanjutkan pelajran di IPTA mahupun  IPTS. 
korang sekarang tak payah da nak guna borang kertas tu yerk~ sekarang zaman dah maju.. 
semua di hujungg jari kaki je! 
mula2 korang pergi kat link nie. 

Dah click? okie.. pilih bahagian permohonan bantuan kerajaan ok.. 
lepas tu dia akan kuar borang dia.. korang isi je la.. pastu PRINT. senang kan? 
pastu korang follow je la syarat2 yang dia nak tu.. 
kalau ada papa masalah, jangan segan silu okei nak tanya hana.. 
hana sedia membantu.. 

penambahan: hana baik hati sangat hari nie, happy.. 
jadi nie hana nak kasi link tok dapat biasiswa.. try la. mana tahu rezeki korang~ 
biasiswa :)  
click link diatas~ 


p/s: korang share la jugak pada kawan2 lain ok, tolong like blog hana jugak kt bahagian widget kt kt atas sekali tuh~ thanks korang~

:: Amalan Terbalik Orang Melayu ::


bismillahirrahmanirrahim~ 
pada malam nie hana terpanggil untuk memberikan sedikit nasihat yang mungkin korang tak sedar.. 
tapi insyaallah manusia ini tidak selamanya jahat dan alpa ;) 
oleh itu marilah kita sama2 muhasabah diri kita ;) supaya mendapat keberkatan dan rahmat dari ALLAH. 

10 AMALAN TERBALIK YG TIDAK DISEDARI ♥

antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

"Giveaway by Mira-chan"


bismillahirrahmanirrahim~ 
kali nie hana join ga dari mira chan. hana terliur kowt tgk amirumi dolls dia
dia buat sendiri taw.. ;) 
sesiapa nak join, tekan banner aje~ 
trimas. 

tarikh tutup : This giveaway will end on :
20 JULY 2012
(6.00 p.m)

i will announce the winner on :
21 JULY 2012
(2:00 p.m)

:: Nie yang TERBAIK untukku::

selamat pagi.. sekarang sudah masuk jam 1.06 pagi~ 
peace! 
hana catat rekod tak tidur lagi waktu jam cm nie.. 
biasa2 kul 12 da tidur~ nie mesti tengah mimpi naik kereta nissan fairlady~ hehee.. 
merapu je hana nie kan.. sebenarnya.. 
hana nak cakap sesuatu .. 
kan hari nie adalah semakan keputusan IJAZAH PERTAMA  bagi lepasan MATRIKULASI @ ASASI. 
hana termasuk la dalam tu.. tapi apa punya la malang sangat kan, kat dahimah guest resort tu
wifi tak boley gunaaa! ishhh. geram,terpaksalah la mintak bantuan abg joe. nasibb baik la dia online mase tu kan~ terima kasih abg! 
tunggu keputusan tu rasanya macam nak tercabut jantung.. kalau boley keluar. da lama dia keluar. 
dupp dappp dupp dappp.. 
hanya ALLAH yang tahu perasaan hana masa tu.. 
pastu call la, mula2 abg joe cakap hana ley tempat jauh sangat~ mati2 ingat hana ley SABAH atau SERAWAK.. makkk aiii.. hana tak nak pergi sana.. menangis kering la aku kalau hantar kat sana.. 
tapi ALLAH lagi merancang yang terbaik untukku.. DIA hanya lah menghantarku ke negeri ku sendiri iaitu terengganu.. alhamdulillah ku panjatkan kepadaNYa kerana makbulkan doa ku.. 
tapi ku menyangka bahawa yang hana dapat UITM dungun.. 
tapi hana dapat yang lain.. korang tgk je la kt bawah nie.. 



unisza! kos sc comp.. pada hakikatnya hana ingin kan yang lain . tapi ALLAH da tetapkan rezeki di situ.. ku pasrah dan redha.. terima kasih, ku harus jadi seorang hamba yang bersyukur. 
cikgu kesayanganku puan hasni.. cakap "nie sudah rezeki awk, ALLAH tahu apa yang terbaik untukku"
ku sebak. ku sedar, ku tak patut tangisi apa yang telah ditentukan.. 
ingatlah bahawa, 
"TAK SEMESTINYA APA YANG KITA HENDAK,KITA AKAN DAPAT"
tu semua rancangan dari maha pencipta. siapa kita nak menolaknya? 

ok. mulai sekarang. ku tidak akan berpaling ke belakang lagi. aku akan teruskan cita2 ku.. doakan semua untukku.. terima kasih jugak kepada liyana kawan ku, kerana kata2 nya begitu tersentuh di jiwaku.

# zahirnya, nampak macam kita yg pilih kos tu.
tapi tersuratnya, Allah yg pilih. Sebab Dia tahu itu yg terbaik buat kita..

p/s: maaf lah entry panjang. meluahkan perasaan~ 

:: Ayat Break Up & Maksud Tersirat ::


selamat petang semua.. 
korang da tengok kan tajuk entry hana hari ini ape? 
mesti korang pernah dengar ayat nie yang keluar dari ex-2 korang dulu kan? 
tipu sangat la kalo korang tak pernah alami.. 
kecuali korang tak pernah couple. tu je la kowt~ hee.. 

cuba korang tgk, yg mne ayat yang korang pernah kena? 
habaq maai kt cek nie~ 

Ayat Ayat Nak Minta Putus aka Break Up Yang Tersirat Perlu Korang Tau : 

Awak berhak dapat yang lebih baik dari saya...maksudnye (aku boleh dapat orang lebih baik dari kau ! berambussss !) 
Kita ni banyak perbezaannya...maksudnye (ko ni membosankan aku laa berambusss la aku buat lawak pun kau tak pernah gelak kan !! bodoh)
Awak memang tak pernah faham saya...maksudnye (aku benci kauuuuu, menyampah betul !)
Saya tak bersedia lagi la untuk semua ni...maksudnye (aku bersedia nak lari dari kauuu,jahanam !)
Saya sayang awak,tapi macam kawan je...maksudnye (aku tak berminat la dengan kau, cermin diri kau dulu okay !) 
Saya perlukan ruang untuk diri sendiri...maksudnye (aku nak blah jauh jauh dari kau, paham tak !)
Saya nak tumpukan pada kerja saya dulu...maksudnye (aku sebenarnye ade hati kat sorang mamat ni kat tempat kerja aku...hik hik hik)
Saya harap hubungan kita ni menjadi,tapi...maksudnye (kenapa la aku kena cakap benda ni lagi dengan kau !)
Saya tak mampu bersama awak lagi...maksudnye (kau ni memang teruk lah, aku da tak sanggup daaa)
Antara kita, kita punya matlamat hidup ni berbeza...maksudnye (kau boleh jalan lah dengan falsafah hidup kau tu ok,aku dah letih !)





p/s : maksud nya tu bukan seratus peratus tepat. nie adalah untuk suka2 sahaja. tiada kaitan antara hidup dan mati yew pembaca sekalian ~ 


REVIEW : Mederma menghilangkan PARUT!

ini adalah entry berparut
ngee.. 
malam nie kan, hana nak promote kat korang la kan, produk yang terbagus, terlaris di pasaran.. 
alah.. yang iklan TV3 duk siar tiap2 masa tu.. apa lagi kalau bukan 
MEDERMA.. 
yeahh baby! 
sekarang nie kan.. sejak2 duk rumah nie, terjadi lah al kisah nya yang pada suatu hari,
sedang syok tunggu meggi kari + telur siap.. 
hana duk la berangan dulu. HAHA. sempat mak jemah oii~ 
sedap berangan, adik mari dari belakang.. 
opooocooott! 
terkena la periuk panas tu.. 
sekarang ada la parut sikit kat lengan tuh~ sikit je.. kat lain clean and clear taw.. 
jadi di sebabkan terpengaruh pada iklan kat tv tu.. 
hana dengan kondifen nye nak try test mederma tu.. banyak testimoni yang hana dengar dan baca yang produk tu molek.. molek banyak mana tak tahu pulak, jadi.. kene cuba test dulu la~ 

harap2 la boleh hilang parut tu.. tapi kalau tak hilang.. nak kene saman nie. coz buat aku terpengaruh.. ngeh2. 
nie la antranya yang sempat hana kutip kat pasar buah tentang produk tu~ 

Harga Mederma ? RM38 ringgit malaysia sahaja...beli yang tube kecik tu jer...cukup =)
Kat mana nak beli Mederma ? Beli lah kat watson, guardian, dan farmasi =)
Cecair Mederma ini berupa camne ? Cecair lutsinar..bau pun menarik, senang serap, tak berminyak dan tak nampak macam krim pun.
Cara nak apply Mederma kat kesan parut camne ? Sapu mederma kat tempat parut, dan urut parut luka tu...sampai ubat tu menyerap dalam kulit..
Berapa lama Mederma ambil untuk hilangkan parut nih? Bergantung kepada jenis parut..serius atau tak..kalau tak serius..mungkin dalam 2minggu - 1 bulan boleh hilang...kalau parut serius, ambil masa paling kurang 3 bulan pun boleh hilang...oklah tu daripada tunggu bertahun-tahun tak hilang kan.
- BEDAH : 8 Minggu
- PASCA TRAUMA : 2-6 Bulan
- LUKA BAKAR : 3-6 Bulan
- STRETCHMARKS : 3-6 Bulan
- ACNE : 3-6 Bulan
- SCAR LAMA : 3-6 Bulan atau lebih
Berapa kali nak apply Mederma nih ? Sekerap yang boleh...2-3 kali sehari. [tapi kalau parut korang tu jenis dalam dan serius..apply je 24 hours...saranan sayalah..bukan saranan doctor, sebab saya apply 24 hours]
Boleh tak guna Mederma tepek seluruh muka ? Boleh...takde masalah pun !
Kebaikan Mederma ni :
  • Mengurangkan kesan parut. [luka/jerawat]
  • Menegangkan kulit
  • Melicinkan kulit
  • Mencantikkan lagi kulit
  • Memulihkan kulit yang rosak , kulit kering, melecet, parut hitam
so apa lagi, korang yang ada parut tu, cpt2 la beli jugak. mana tahu lepas tu dah tak de kan? hehe.. 




p/s : tapi parut di hati nak guna ubat apa yerk? 

Segmen : Aku & Dia


dia seorang yang : 
~ kelakar
~pandai ambil hati
~selalu berada di cc disaat happy atau sedih.

nak kaler nie : FF0033

thanks abg apit! 

:: Tips Perkahwinan dari UAI ::

selamat malam semua kepada pembaca blog hana. 
sekian lama hana dah tak update blog kerana sibuk berGA. 
maklumlah.. musim cuti tanam anggur nie memang best kalau dapat barang free. 
elehh.. 
jangan nak buat muka toyee la. lempang nak? haha.. 
korang pun mesti terloncat2 kalau dapat barang free kan. siapa tak nak memang rugi la.. 

kali nie hana nak share dengan korang tips PERKAHWINAN
hana ulang sekali lagi perkahwinan.. 
ialah. korang jangan main2 dengan nikah kawen nie taw.. kita nak hidup dengan pasangan kita bukannya sehari dua.. tapi selamanya .INSYAALLAH. 
jadi di harap dengan perkongsian nie hana harap korang dapat manfaatkan apa yang di sampai kan oleh ustaz azhar al idrus kita nie. 
HIDUP TERENGGANU! 

Antaranya ialah :-

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita...

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4.KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5.KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6.SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

8.KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.

9. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

10. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

11KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

12.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

13.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda

14.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan

p/s : pesan hana. jangan lah mencari kesempurnaan, kerana hidup anda akan sempurna selepas bernikah~ 



korang ley check up blog awesome nie :  http://khusainikusi.blogspot.com/

1ST GIVEAWAY BY DINI HS


insyaallah nie ga yang last hana join. 
ga last untuk bulan nie. 

sesiapa nak join, tekan banner aje yerk~ 
sekian trimas. 


Segmen : You Are Awesome Blog By Hana & Afifah


siapa2 nak join ley tekan banner diatas yerk.


nie senarai hadiah dia : jum la korang meriahkan lagi ga nie. 
  • Topup RM5 ( 3 Orang )
  • Shawl ( 2 Orang )
  • Tudung ( 2 Orang )
  • Jam ( 1 Orang )
  • Rantai ( 3 Orang )
  • Gelang ( 4 Orang )
  • Anting - Anting ( 3 Orang )
  • Makeup ( 3 Orang )
  • MP3 Player ( 3 Orang )
  • Banner Animated ( 2 Orang )